Monday, 13 December 2010

Sendat dan Padat

apa yang sendat tu??apa yg padat??
wow!!bunyi cam sexy jek kan.hikhik
sendat + padat = puas
dah..dah...jangan pikir ke lain...
sebenarnya..

^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


aktiviti hujung minggu kami yang sendat dan padat lah.
letih+mengantuk+sakit badan.hukhuk
but, sangat puas hati sebab dapat apa yang dihajati.hehe


ye, menonton...
The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader
setelah pelbagai halangan melanda.ececeh

ekceli, Jumaat malam Sabtu dah plan ngan papa nak tgk movie.
mama nak tengok The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader, tapi papa beriya-iya
nak tgk Harry Potter 7..

kul 8 lebih kami sampai kat TGV bukit raja, Q sikit punya panjang sbb TGV buat renovation, so hanya 2 kaunter bukak.1 kaunter tuk booking online, dah 1 kaunter tuk walk in.
bile tengok Q panjang, takut penat je Q pastu sold out plak. ye lah, screen tunjuk status seat pun takde.derang tampal A4 paper jek tuk tunjuk show time & status.
takut penat Q sampai berpeluh ketiak, tapi frust akhirnya...so, kami buat keputusan cancel jek movie.huhuhu
pas makan prosperity burger kat McD & cari bahan bacaan kat MPH.terus blah. tu pun sebab Zahra dah start mengaruk.terjerit terlolong kat MPH.huhu
so, niat tuk nonton movie disambung ke malam minggu.

Sabtu, kami cuma bermalas-malasan kat rumah. bangun kul 10 pagi. bekfes pun papa yang buat, maggie kari spesel. lunch plak masak sepesel sikit sebab anak sedara mama datang. so, mak request masak ketam masak cili & telur.
sangat selera makan tengahari tu sbb makan secara jemaah dengan kakak & anak-anak sedara sekali.
petang pulak, percubaan pertama buat kuih kasuwi. warna kurang memberangsangkan sbb guna gula melaka. tapi, lembut jek kuih tu. mak dan kawan-kawan pun cakap, rahsia tuk dapat kaler yg cantik tuk kuih kasuwi adalah KICAP. next time, mama try lagi lah.hehe
mama buat seloyang kuih kasuwi tu, makan tuk minum petang plus bekfes pagi Ahad. 2 in 1 :P

okeh, malam minggu tu plan nak nonton movie diteruskan.
kebetulan, anak sedara mama, Ain nak join sekaki. Lepas gi wedding kawan sekampung papa, Kamal mama gi TGV bukit raja tuk beli tiket movie dengan Ain. Papa lak gi rewang umah sepupu papa dengan Zahra.
Lepas beli tiket Narnia, terus balik umah. lepak-lepak tengok TV ngan Ain, sementara tunggu papa & Zahra balik.
kul 11.30mlm baru keluar gi midnite movie.sangat PUAS HATI.
terimbau balik kenangan tengok Narnia few years ago. time tu, papa dan mama belum kawen. kami tengok midnite movie secara jemaah beramai-ramai dengan kawan-kawan papa. time tu, status mama & papa..HANYA KAWAN.ececeh...

lepas tgk movie, terus balik umah & tidur sampai tak ingat dunia.hahaha
mujur pagi boleh bangun subuh, kalau tak ada yang subuh gajah gamaknya.hikhik
6.45pagi, dah dapat sms dari Andak. mintak khidmat mekap dari mama. layankan aje.
niat hati nak sambung tidur lepas subuh terbatal. mekap kan Andak sebab dia nak gi wedding anak mak angkat dia.
mama ni bukanlah pakar, tapi memang suka mekapkan orang.hehehe
gambar memang nan ado. so, tak dapek nak bubuh kat sini. esok-esok kalo dah ada camera mama tepek gambar hasil air tangan mama eyh...

kul 9pagi tadi sampai ke pukul 1.30tghari, rewang umah bibik papa. sepupu papa kawen, Eila & Tapa. moga kekal ke akhir hayat lah jodoh derang ni.
dan, sepatutnya hari ni mama kena attend wedding coursemate mama masa zaman buat degree kat UiTM shah alam dulu, Ashraf Tawadzo tapi mama tak dapek nak gi sbb rewang umah bibik papa dan kena attend wedding umah mak angkat Andak.
bukan takmo attend wedding Ashraf, tapi sebab Ashraf pun jemput tru FB dan mama cuma sempat jengah pagi tadi dan dah plan lain, so tak dapek lah. sowi Ashraf eyh.. "moga awak kekal bahagia dengan pasangan awak lah eyh..."
rasa bersalah gak lah tak attend wedding Ashraf sebab teringat zaman UiTM dulu. mama keraplah "keluar" dengan Ashraf ni,kire rapat lah.kami rajin gi nonton movie lah, kuar shopping lah, kuar jogging lah dan banyak lagi lah.
bak kata Sarah, masa mama call tanya dia, samada dia attend tak wedding Ashraf hari ni.. "ko patut pergi norly oii, dia kan "EX" teman tapi mesra ko!!!aku tak bape rapat ngan dia, tak pergi pun tak pe...". pandai ko sarah eyh...statement ko sangat tak bleh blah tau. kalo bini dia baca, kompom terbeliak bijik mata dia.hahaha

sekali lagi, "Sorry Ashraf eyh...Selamat Pengantin Baru tuk Awak!!!"

balik dari attend wedding mak angkat Andak, terus singgah umah Andak tengok abang ipar mama yang jatuh motor Jumaat lepas. sian Andak Awie, luka-luka. mujur tak teruk.

balik dari umah Andak jek, layan tidur 3 beranak sampai mama tak dapat temankan papa gi reunion futsal ngan schoolmate dia. padahal dah janji nak teman papa, tapi sebab keletihan plus kepenatan, yang kononnya rewang padahal dok layan Zahra jek sbb tak larat nak buat keje dengan peyut terboyot neh,  sampai tak larat nak bangun kul 4lebih tu, papa gi sorang jek reunion futsal tu. mama ngan Zahra sambung tidur sampai kul 5.heeee :D

kebetulan pulak, kul 5 tu Atam mama singgah umah lepas balik attend wedding kat umah mak angkat Andak. pe lagi, kalo dah kumpul adik-beradik kan. aktiviti wajib adalah makan-makan & borak-borak. kami makan mempelam muda petik depan umah makan cicah dengan kuah rojak. beli jek kuah rojak buah tu, RM2.90 jek.sedap hingga menjilat jari. sampai pedih perut mama sebab bedal banyak sangat mempelam muda. masam-masam pun, sedap!!!pehhhh... telan liur lagi.hehe.sok lusa leh sambung makan mempelam lagi, selagi tak habis atas pokok tu.hikhik

Aktiviti wiken yang sendat dan padat ni, buat mama letih & sakit badan.
papa dan Zahra dah lama hanyut, lena duilit mimpi.
walopon letih, tetap semangat berkobar nak update belog yang tak berupdate berkurun lama ni.ekeke

OK, babai.mau titun dulu.sok update lagi kalo rajin  :)








love: mamazahra ^__^

2 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

Heee...kitorng pon baru pas tgk Narnia malam nih..aritu hajat nk bwk Zara tgk berdua tak kesampaian (sbb yg same ngan norly, TGV bkt raja ramai sgt org..heheh), last2 tunggu papa ade br dpt tgk..itupon tukar selera kali ni pi tgk kat bukit tinggi plak..hihi

nway, serius mmg padat aktiviti weken norly..kite yg baca pon terasa ke'padat'annye..=D

Norly Saliana a.k.a Sweetmama said...

lily: bagusnya Zara, layan movie smp abes,. Zahra separuh cerita dah hanyut.tp, eloklah zahra tertidur kalo tak mulut dia pot-pet pot-pet jek masa tgk movie. marah kang org keliling.hikhik

kalo time tak preggy, aktiviti cenggini takde hal pun.skang ni, dgn perut boyot neh cam larat jek.teruk kan..hehe

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!