Tuesday 9 November 2010

Cucur oh cucur

skang ni mama dok craving cucur.
dua hari berturut-turut (khamis & jumaat) mama dok telan cucur tuk ganti dgn nasi.
khamis mama ada check up kat klinik desa, balik dari check up tu plan nak masuk opis semula sbb awal lagi.
sekali, suami kepada kezen mama meninggal. terus EL.
lunch tu mama skip sbb tertidur. bangun kul 2 lebih, terus tekak ni terasa nak mkn cucur.
tp, xde benda yang ada dalam peti.
cuma ada ikan bilis & mix vege.
bedal!
maka, jadilah cucur sayur & ikan bilis.

makan cucur ni panas-panas, cicah plak dgn mayonis dan cili sos, makanlah sampai kekenyangan.
petang pas papa balik keje, sambung goreng cucur lagi.
dan, makan lagi. malam, terus skip dinner.hahaha

Jumaat lak, pas buat ciskek, sementara nak tunggu oreo tu sejuk lebih kurang 3jam, mama buat lagi cucur.
cucur bawang dan ikan bilis pulak.
kali ni, siap buat sambal simple.
bawang & ikan bilis goreng dgn cili padi.

dari minum petang sampai ke dinner makan cucur.
tatau apesal lately, tekak ni nak cucur jek.
makan panas-panas mmg sedap,  tak sedar sepinggan bleh abes tau.hehehe



love: mamazahra ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!