Monday, 27 September 2010

Tentang Zahra

sowi la eyh, aineh byk tul n3 mama.
ekceli mama tgh review contract agreement tuk audit. almaklumlah, kalo seharian dari pagi dpk ngadap benda sama-yang tulisan dia skema nak mampus-pastu panjang lebar, sure setan dok gayut-gayut kat mata ni, rasa nak lelap jek.
cuba bagi majalah atau novel depan mata, kompom segar-bugar jek bijik mata mama ni.hikhik
skang ni sebenarnya, dah rasa nak balik umah dah. dok teringat dan terbayang cik zahra jek.
so, marilah kita bercerita tentang anak dara kesayangan mama tu, dah tentulah Nur Dhia Zahra.
22/09/2010, Zahra dah 35bulan. maknanya tinggal sebulan lagi nak masuk 3tahun.
sekejapan betul masa berlalu.
dan...yang pasti, cik Zahra masih pakai diaper.mama takde masa nak train dia lagi. hah!ni alasan jek.kalo wiken tu, cam tak larat jek nak train zahra.lebih rela pakaikan dia diaper, sbb malas nak mop lantai kalo zahra terkucil.hehehe
dan..cik zahra jugak masih pelat bercakap.hanya mama, papa, nenek, ibu,ayah,angah irfan dan along iqbal jek yang paham zahra cakap.walopon ada jugak yg kami tak paham.hehehe
orang lain, memang takkan dapat dengar suara emas zahra sbb zahra takkan bercakap depan strangers. tak tahu sebab apa.mungkin malu atau takut salah cakap..
tapi, mama tak pernah paksa zahra...
mama tahu, budak-budak lain yg sebaya zahra dah diaper free dan dah petah bercakap..tapi, mama tak kesah pun.at least, Zahra nak bercakap.
sekarang ni, Zahra asek dok mintak kat mama dan papa nak gi sekolah.sehari, lebih doploh kali dok ulang benda yang sama sampai mama dan papa kadang-kadang fedap.hehe
so, tahun depan kami akan hantar Zahra gi sekolah. mama tahu, ada yang cakap terlalu awal takut dia jemu atau ada gak yang cakap, dah memang patut zahra gi school.
tapi, mama dan papa decided tuk hantar gak zahra next year. if tetiba next year dia tak nak, berhentikan jek. ok tak??
mama bukan pe, at least kalo Zahra gi school dapat lah dia belajar sesuatu.mungkin belajar kenal nombor,huruf,warna dan boleh gak belajar solat dan baca doa harian. walopon kami ada ajar dia. sekurang-kurangnya dia belajar dari cikgu sekolah dan belajar berkawan jugak.
sekarang ni, zahra memang susah nak bergaul mesra dengan orang luar. tatau nape. so, kalo dia gi sekolah, dapatlah dia belajar benda baru.
dan kalo kowang nak tahu, Zahra masih tak kenal warna lagi.bukan tak ajar, tapi dia cam tak minat nak belajar if mama yang ajar. tu yg mama nekad nak hantar dia gi sekolah. biar dia belajar dari cikgu. ye, mama tahu. ramai kawan-kawan zahra dah pandai menulis, melukis, membaca dan kenal bentuk,warna dan gambar.
bukan mama tak beli flash card tuk zahra, tapi zahra selalu buat tak minat kalo mama yang ajar.dia cam jadik ngengada.
dan yang pasti, mama ada masa sebulan jek tuk ajar Zahra diaper-free. dan selambatnya sampai hujung tahun ni jek zahra boleh pakai diaper. lepas tu zahra mesti dah boleh gi bilik air sendiri. risau mama sebenarnya..
dan yang paling mama risaukan, zahra masih menyusu botol.pernah ajar zahra minum guna botol air biasa, tapi dia taknak minum. kalo bubuh air kosong dlm botol air tu, nak pulak dia minum. tengah pening dok pikir cara nak berhentikan zahra menyusu guna botol.huhuhu. korang ada idea tak??
atau biar jek dia berhenti sendiri??


apapun, mama tetap sayangkan zahra.biar zahra lambat sikit dari kawan sebaya...love u much sayang.mmuuuaahhh!

love: mamazahra ^__^

1 comment:

Sha@Mama Tina said...

Ala..Tina pun masih berbotol susu noli..jgn risau lah. If sha bg dia dlm cawan or sippy cup or straw cup..takmo minum..camner tuh..

dah dia nak skolah..skolahkan jek la..yg kat umah ni pun sibuk nak skolah..tapi nak yayak pakai pampers lagi..camner?

slow2 la..tak payah paksa2 dia. nnt dia akan improve sendiri tapi kita kena selalu rangsang dia supaya improve..

normal la sume tu..

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!