Monday, 27 September 2010

Ribut Petir

Semalam, lepas breakfast kat kedai nasi lemak dgn mak n zahra, mama terus menghala ke Sementa, umah kak ngah mama. mak ajak jenguk kak ngah sebab dengar kak ngah demam.
lepak kat sana sepanjang hari.
lagipun, mama ada jemputan hari raya schoolmate mama, eizan mama qalesya kul 3pm. tak sampai hati nak tinggal mak sorang kat umah, sbb endek kuar gi beraya umah sedara-mara suami dia.
bukan taknak ajak mak, tapi mak ni tak bape selesa nak gi umah orang.ye lah, mak kan jalan pun tak bape larat...
so, dalam kul 3ptg camtu, mama dan zahra bersiap nak gi umah eizan, kat meru.
masa tgh drive elok jek keluar dari umah kak ngah, dekat sg kapar indah tu kilat sabung-menyabung.kilat dia jangan cakaplah, menyeramkan.
dah lah time tu mama berdua jek ngan cik zahra.
mmg boleh nampak jelas kilat tu.serammmm!!!

lepas tu, hujan sikit punya lebat. ikutkan hati nak patah balik sbb cik zahra ni mmg takut guruh.
tapi, sebab dah janji nak datang.nanti tertunggu-tunggu pulak eizan kan...
Alhamdulillah, sampai area setia alam tu hujan dah stop.
so, kuranglah sikit rasa gelabah tu.
sampai kat pekan meru menghala ke umah eizan, banyak dahan pokok yang menghalang jalan.
mujur dah ada yg angkat dan ketepikan, kalo tak mmg tak sampailah.hehe

sampai kat umah eizan tu, ana farhana & suami pun dah ada.
sempat sembang dan makan sikit-sikit jek sbb zahra dah mula buat perangai.
tumpahkan air lah, nak itu lah, nak inilah..kalo takde papa, mmg dia suka benar menguji tahap kesabaran mama dia neh...
macam-macam eizan masak, nasi minyak, udang sambal, rendang, popia goreng, laksa, nasi himpit & etc.
tapi, mama sempat makan laksa dan popia jek, zahra pulak mkn nasi dan udang sambal.
tuk mengelakkan zahra terus buat perangai, better mintak diri.

kul 5 gerak ke sementa balik, amik mak. time tu, kak ngah dan abg ngah tengah kemas rumah yg dah kebasahan. sian dorang...
sekali, bila sampai rumah keadaan rumah kami lagi dasyat.ruang tamu dah basah dek banjir. abes tikar buluh semua. langsir dah basah kuyup.
bila masuk bilik, lagilah dasyat.tilam zahra yg mama bentang kat lantai dah lencun.hukhukhuk
tak sempat nak selamatkan.
air masuk dari bumbung yg tercabut akibat ribut petir.dugaan syawal tul lah...

mama baru plan nak jemput kawan-kawan datang wiken neh, kalo air tak surut or hujan masih berterusan, memang takde chance lah nak buat makan-makan. kang tetamu terpaksa makan berdiri pulak.hehehe
oleh kerana hujan renyai-renyai tu bersambung sampai malam tadi, abes sengal-sengal kaki mama. sakit sampai ke tulang. malam tadi, masa attend kenduri lenggang perut mak sedara papa pun mama jalan terhincut-hincut. kalah makcik dia yg dah sarat tu.hukhuk

balik dari umah Atuk Talib tu, terus singgah umah PIL. memula mmg taknak singgah.badan mama dah tak larat, tp papa cakap tak sedap pulak sbb abah dah ajak singgah. so, kat sana papa sapu minyak panas kat kaki mama dulu, balik umah baru urut. segan jugak dok berurut laki-bini kat depan PIL. tapi nak buat camne, kaki mama dah sakit sangat. bukan mama buat-buat manja...

balik umah, lepas papa urut terus sarung stokin tebal dan berselimut. niat hati nak puasa hari ni pun, dah tercancel.hikhik. tak larat lah...esok lah start puasa.harap badan ni dah sihat sikit...
korang dah puasa syawal??

love: mamazahra ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!