Monday 16 August 2010

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

Hai ibu-ibu mengandung semua :)
jom, aineh mama nak kongsi "Panduan Pemakanan Ibu Mengandung".
tujuan mama share info neh, bukanlah nak tunjuk yg mama ni menten ayu time mengandung.no!
mama kalo mengandung, mmg extra gemuk dari biasa.
tatau nape..
walopon selera mkn berkurang, badan tetap menten gemuk.hahaha
time peknen almost 16weeks ni pun, berat badan mama dah naik melampau-lampau.
kalah pompuan ngandung 9bulan.hahaha

Masa mengandung kan, kita (ibu-ibu mengandung neh) bukan je PERLU meningkatkan jumlah pemakanan, tapi yang lebih penting ialah apa yang kita makan. Biasanya, orang akan cakap, orang mengandung tu makan tuk dua org.itu MITOS ye.salah sama sekali.muahaha. [padahal, itu alasan selalu guna kalo nk mkn byk.ekeke]
Kebiasaannya, pompuan mengandung ni memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir [bkn trimester kedua cam mama ni.ekeke] di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung??

Pernah tak korang terfikir...kenapa berat badan kita bertambah 10-15 kg masa mengandung??? sedangkan berat baby yang baru lahir HANYA  ¼ daripada tu?
Sebenarnya, ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung tu, Doctor cakap...
 faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
Berat bayi : 2.5 – 3 kg
Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain pun penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar. [masalahnya, ibu yg mengandung anak bukan kembar pun berat naik mendadak, pe cerr???egege]
Makanan semasa mengandung
Masa mengandung, apa jek yang kita makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi baby kita tau. Pemakanan kita berkait rapat dengan kesihatan baby sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada kita mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika kita mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang kita berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi.
Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad. [ngandung kali ni, tembikai jadik feberet.jgn semput udah lerr]
Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain) [nasi mama mkn time lunch jek.mlm, mmg tekak bertukaw jd tekak omputih.dan kadang2 tekak india, sbb cuma western food dan roti naan jek yg layak masuk tekak waktu mlm.huhuhu]

Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. [ngandung kali ni, mama susah gile suh telan ikan.masa 5minggu awal tu, laju jek makan ikan.bile dah start mabuk kepayang tu, xde makna nak makan ikan.hukhuk]

Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese. [susu tuk ibu mengandung pun bagus gak.mama minum ANMUM MATERNA.tp, salu skip.muahaha.kalo depan papa, laju jek minum.kalo papa xde, skip lah ape lagik.ekeke]

Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit. [ini PENTING tau!!!kalo dah sembelit.azab wehhh]

Piramid Makanan
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus) [mama dah kena pun.uu]wwwwaaaa!!!!!
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi

  •  Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi

  • Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.




love: mamazahra ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!