Saturday 22 May 2010

Inilah padah akibat aksi terlampau...

sudahnya....DEMAM
budak tecik ni, suka betul buat aksi terlampau dia.
suka melompat sesuka hati..
suka buat aksi cam gimnastik tu...
terliuk lentok, dok asek terbalikkan badan kt atas tilam...
skang dah demam sbb salah urat.huhuhu

Since hari Rabu aituh, ibu zahra dah sms mama bagitau badan Zahra dedau dan asek menangis jek.
tapi, sbb mama kt opis kan.so , mama suruh ibu bagi ubat demam yg ada dulu.
malam tu, baru mama&papa bawa Zahra gi Klinik Dr Shima.
pas makan ubat, masih demam gak.
malam tu, papa berjaga tuk tuam kepala zahra dgn air sejuk.

Khamis tu, mama masuk gak opis walopon berat hati jek nak tinggalkan Zahra yg masih demam.
tapi, sbb mama dah set meeting dgn auditee.rasa tak patut lak biarkan kak CT gi seniri walopon mama ni sekadar pak pacak.
tak sempat nk mencelah pun sbb kak CT terlalu petah.egegege [alasan jek neh...hehe]
sebelum gi opis pagi tu, mama mmg dah sms tukang urut, wak chamah tuk urut zahra.
nnt kita sambung citer....
jomm kita layan jap muka budak kecik yg suka buat aksi terlampau ni...

muka sedih jek....
cian anak mama, tak bermaya pun...
ini lah ubat yg Dr Shima bekalkan..

1. ubat demam
2. antibiotik
3. ubat selsema
4. ubat kahak
5. ubat batuk

haaa....banyak kan???bayangkan cane lah mama nak paksa zahra makan ubat sebanyak neh.ekeke

sekali, masa mama OTW nak gi Bandar Sunway tuk audit tetiba ibuahzahra call bagitau yg kepala zahra panas sangat, dan kaki, tangan & telinga zahra sejuk.
mama tak sedap ati, terus call kak CT bagitau dia yg mama nak balik tgk Zahra.
sekali mama tengok Zahra dah lembik, kaki, tangan & telinga mmg sejuk.
so, ibu suruh mama sapu vicks dan pakaikan zahra stoking.
time tu hujan pulak, Wak Chamah tak jadik datang.
mama ikhtiar tuam zahra dengan air asam tuk kurangkan panas kepala selain bagi ubat.

lepas maghrib, mama & papa bawak Zahra gi berurut kat umah Wak Chamah.
meraung zahra.cian mama tengok.
sampai papa, mama & ibu dok pegang zahra sebab zahra meronta-ronta.
tak sempat nak rakam pun.heee :D

balik dari berurut, panas zahra dah semakin kurang.Alhamdulillah.
Lepas makan & makan ubat Zahra tidur.
malam tu panas zahra dah berkurang.
Jumaat pagi tu, kepala Zahra panas lagi.so, mama tepek kool fever.
[abaikan muka serabai papa.hikhik]

Alhamdulillah, demam zahra dah semakin kebah pagi ni.

cuma selsema & batuk berkahak masih ada.
harap pas makan ubat, OK lah eyh...
"cepatlah sembuh sayang mucuk mama...mama risaulah"


hari ni, GIAD buat family gathering kat A Famosa Melaka. mama risau gak nak pergi, tapi dah tunda bayak kali gathering ni. at last baru jadi, harap semua njoy lah...dan harap Zahra tak demam lagi kat sana.

k...tata!!!



love: mamazahra ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!