Oleh kerana tinggal berdua je dengan Cik Zahra hari ni.
makanya, mama keboringan.
Bila dah boring, maka tak boleh lah mama dok kat rumah je.
panaslah punggung ni.hehehe
maka...terus lah kepala otak mama ni ligat je...nak...
Jalan-jalan...cari pasal lah mama dengan cik Zahra...
selain tu, dapatlah sekali Jalan-jalan cari makan...[bab ni paling suka.tak payah masak.cepat dan mudah.hehehe]
Lepas dapat je 'lampu hijau' dari papa, berdesup mama drive dengan Cik Zahra ke Jaya Jusco, Bukit Tinggi (JJBT).
Mula tu, rasa cam nak ke Jaya Jusco, Bkt Raja (JJBR) je.Dekat sikit dengan office papa.
Kalau tak busy, bleh papa join lunch.Tpi, dah papa cakap dia busy.
Terus berdesuplah mama ke JJBT.Lagi best, banyak sket pilihan.Dan banyak lah mama leh shopping.ahaks~
[Tengoklah..muka budak yang tengah kemaruk ber'sunglasses'.hehehe.lawak je muka :P]
[pose dulu before gerak.jangan marah eyh...]
Bile mama start je enjin dan berdesup.....hanyut dah co-pilot mama.
'sunglasses' menten je walaupon mata mengantuk.muahahaha
Bergaya punya pasal.Ikut piil sapa la ni???hehehe
[punyalah tak senonoh gaya tidur..cancel org nak buat menantu.hehehe]
Setelah sejam mama ronda, dapat lak sms dari sheila.dia nak join sekaki.
mama lagilah suka, ada geng leh ajak borak.
nak harapkan cik Zahra.letih mama ulang ayat 2,3kali benda yg sama.
Zahra tetap.."haa??haaa?"
Sempatlah mama rembat 2helai t-shirt POLO tuk Cik Zahra.harga baju budak, sama je ngan harga baju dewasa...baik mama beli baju mama, saiz besar tapi harga sama.hehe
masa mama tengah usha baju kat GUESS, elok je cik Zahra nampak badut tengah buat belon tuk budak2.
maka, menangislah cik Zahra sekuat hati.nak belon..nak belon.
selagi amma tak turutkan, selagi tu menangis.
Sudahnya, mama Q sekali kt Badut tu tuk mintak belon. 1/2jam menunggu, langsung tak dapat pun belon.
Badut tu dok sibuk bagi kat nak2 cina.walaupun datang lebih lambat dari kami.geram je mama...
Masa Sheila sampai pun, turn kami tak sampai lagi.hadui..
Sudahnya, lepas 20minit tunggu lagi dan masih belum dapat.
mama dah hangin satu badan, terus blah.geram betul ngan badut tu.rasa nak luku je kepala dia.
At last, pujuk Zahra tuk beli je belon sebab sian kat Sheila menunggu.
Bile dah marah, perut pun laparlah kan...
Terus ajak Sheila gi lunch kt Pizza Hut.Belasah pizza heavy loaded set 1.
putus selera bila Cik Zahra buat hal.sekejap nak duduk baby chair, sekejap nak duduk kt stroller, sekejap nak minum. Sudahnya, termuntah.Terus blah.
Niat sebenar nak ke JJBT, nak cari Birthday present.
so, terus ke Jusco bahagian kanak2.
Belum pun dapat apa yang dihajati, Zahra dah ternampak bahagian game tu.
adui, puas memujuk.
Sampai dapat apa yg dicari, teruslah tunaikan hajat cik Zahra...
Zahra suka sgt main mendalah ni.tapi dgn syarat, jgn masukkan token.sbb dia gayat.
tak paham betul mama tau!!!
Zahra memang happy naik mendalah ni,bagilah sehari suntuk pun...mmg dia suka sgt2 lah..
Sebelum balik, sempat singgah ROXY, sambar sehelai t-shirt tuk mama.yeay!!
Kul 3.30ptg, gerak balik.
papa elok je tengah layan PS2.
papa ni kalo dah berPS2, mmg tak ingat menda lain.
Oleh kerana tadi dah janji ngan Zahra nak beli belon.maka, mama belikan jugak party set ni.
Dalam pack ni, ada 5pcs belon panjang, pam dan panduan nak buat belon.
jenuh mama try buat macam badut tu buat, mak ai susah rupanya.mama ingat senang je.
2pcs belon pecah mama kerjakan.hehehe
Zahra menangis2 suruh mama buat, sudahnya papa terpaksa PAUSE game dia sbb tak tahan dengan tangisan cik Zahra.hikhik
appa pun cuba lah buat...
inilah hasil air tangan papa.kiut kan??
tak sangka papa reti buat mendalah ni.hehehe
leh jadi BADUTlah papa lepas ni.hikhik
suka lah anak dara dia...papa buat tuk dia..
dok kelek ke hulu-ke hilir.ekekeke
dari melayan depa main belon, mama menikmati air tin ni.freshy!!
tahu air apa ni???jauh mama beli ni..kat Taman Tamadun Islam, KT tau..hehe
bacalah sendiri...hehehe
inilah air ISTAK berperisa PEACH.freshy!!!
non-alcohol tau!!!jangan salah sangka ...
air berkarbonat ni, takleh minum banyak.takut kencing manis.hehehe
tapi, time cuaca panas ni, memang syok minum sejuk2.hehehe
pssst: malam ada kenduri kawen kat jalan kebun, klang.kawan sepermainan masa kecik2 dulu.hehehe
love: mamazahra
3 comments:
haha..samalah kite..arini terpaksa outing ngan Zara n my bff sbb papa Zara takde..nway, cntik 'puppy' buatan papa Zahra tuh..tk tau pon ada jual benda utk buat belon mcm tu sndirik..hahahaha..jakun tak..
p/s: blog norly mcm dh cpt loading jek skang..ade buang ape2 widget ker..
aloo beb..aku pun lepak JJBT gak tp x nmpak ko plak. aku pun rembat t-shirt polo utk danish...murah kan beb...
ko mkn tmbm jer skang ni, ada apa2 ker??
lily:lenkali kalo papazara xblek s.alam, calling2lah bleh kte gather2 kuar bw zara n zahra jln2..heee :D
mamadanish: tu ar pelik, aku yg 'besar' ni ko xnmpk.hehehe.murah bg ko yg 'duit' byj, bg aku mahal tu beb...hehehe
makin tembam??apa2 eyh??sbb terlebih mkn sedap kot...ko gak yg makin kuwus kan???
Post a Comment