Monday, 15 March 2010

Hancur hatiku...

Ni cerita hari ahad 14-03-2010.
nak sangat apdet ahad gak, tapi almaklumlah seluruh kampung skang pakai wifi, so internet tersangatlah lembabsnya.paham2 sudaaaa....
berukben sangat tidak membantu.huhuhu
Ahad tu, syokk woo... bangun lambat.Lepas solat subuh membongkang lagi.papa sorang je yg jaga, tu pun sebab nak main facebook zynga poker.papa sekarang sedang ketagih main game tu.lantaklah..janji papa bahagiaaa....hehe
mama dengn zahra bergolek atas tilam sampai matahari tegak.hahaha
sangat tak senonoh kan??
sekali-sekala...bukan selalu dapat peluang camni...
kalau papa tak kejutkan ajak keluar gi "brunch", memang masih lena diulit intanlah mama agaknya.hehe
oleh kerana skip breakfast, teruslah lunch kat Solero Bistro.
menu sarapan pun dah langsai, menu tengahari yang ada.belasah lah..
brunch pun brunchlah, janji tak payah masak.muahaha
inilah keadaannya di Solero Bistro Jln Kapar dalam kul 10.30pg..
ramai gak yang brunch, bukan kami je tau.hikhik
budak kecik ni dah merengek2.. "nak nasik..nak nasik.."
dia ni memang kompom "anak jawa", tekak dia nak makan nasi je, tak kira waktu.huhuhu
roti canai ke roti bakar ke, memang tak dipandangnya walau sebelah mata.
Selepas enak mentekadarah.sampai bibir mama jadi bibir Angelina Jolie gara2 makan gulai cili api yang memang power, kami ke carwash tuk memanjakan cik Persona.
dah naik berdaki dah badan cik Persona.so, kami kasi cik Persona bermanja2 dengan mamat2 dari India tuh.hikhik
kami menunggu dengan setianya cik Persona dimanja2..hehe
Balik dari carwash, sempat layan TV dulu.kul 1, gerak gi wedding Adlee& pasangannya kat Taman Cempakasari, Bt 4 Jln Kapar.
dengarnya siap masuk paper lagi.Wedding 1Malaysia.Pak Najib yg rasmikan.Kalau nak baca lanjut pasal wedding Adlee klik SINI. Adlee ni bkn sape2 pun, anak Ketua UMNO bahagian Kapar je.Persandingan Adlee dengan 3pasangan lain.Pengantin terdiri daripada dua pasang pengantin Melayu, sepasang pengantin Cina dan sepasang pengantin India.
Gambar sepanjang kat kenduri tak amik pun sebab Adlee tengah bersiap masa kami datang tu.
So, lepas makan terus kami balik.
Balik dari wedding Adlee tu, papa ajak gi nonton Alice in Wonderland kat GSC, Summit.
Papa dpt tiket free dr HSBC.
so, mama dah siap2 bawak jeans & t-shirt.malaslah nak berbaju kurung masuk panggung.
hati berbunga riang nak gi nonton movie...
lagi2, dengan cinta hati saya..hehe
sampai tertidur anak dara saya..sian dia
tetapi...hancur hatiku...
full house dah cerita Alice in Wonderland kat Summit.mama ajak papa gi OU or MV sbb ada gak GSC kt sana.
tapi, papa takmo.takut jalan jammed dan takde parking.
so, kami balik je lah.
lagipun belum solat zuhur lagi.
Hancur hati sebab tak dapat nonton..huhuhu.tapi, papa janji nak gi Isnin.yeay!!!
pssst: Serius kecewa....dahlah Summit sangat tak terurus.dah 5tahun mama tak pergi The Summit.langsung tak bagus meintenance kat sana.teruk gila.betul tak?

love: mamazahra

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!