Semalam, Isnin 15-03-2010, mama amik cuti sebab ibuzahra balik kampung dari Jumaat sampai isnin, makanya mama kena lah jaga si kecik ni.
lagipun, lesen memandu mama dah expired.kenalah renew kan.
dah "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan".hikhik
dah alang2 mama cuti, papa cutilah sekali.
lepas solat, papa layan PS2.mama lak sibuk uruskan rumah.
kul 8.30pg kami dah keluar rumah tuk gi sarapan kat luar semestinya.
ajegila nak masak time cuti, memang jangan haraplah.hehehe
muka kena paksa bangun pagi.heee :D
breakfast kami di Khulafa, Sec.7 s.alam
lama gila tak bekfes kat sini.heee :D
muka masyam sebab kena paksa duduk, kalau tak nak merayau je kejenya.Khulafa tu dia buat cam kedai papa dia.hikhik
muka happy sbb tak payah masak sarapan.muahaha
menu mama: naan cheese+tandoori ayam+nescafe ais yg pahit cam kopi.huhu
lepas sarapan terus gi JPJ, Shah Alam tuk renew lesen.punyalah azab nak cari parking.ramai tul umat kat situ.
sudahnya, parking kat tepi jalan, then jalan kaki masuk dalam.huhuhu
untunglah si kecik tu,penat berjalan papa dukung.
mama ni, penat berjalan, papa suh merangkak je.hukhuk
nasib kaunter semua bukak, so tak sampai 1/2jam pun menunggu.
lesen dah selamat amma renew tuk 5tahun.terbang RM150. ni kalo beli jeans kat levis lepas ni.hikhik
Habis urusan kat JPJ, kami plan nak ke MPK uruskan hal pelan rumah.
sekali, separuh jalan bleh pulak papa tertinggal file kat rumah.sudahnya, balik rumah je.
Lepas zuhur, kami keluar ke MPK.Setelah selesai urusan, terus terjah Jaya Jusco Bkt Raja(JJBR), time tu hujan lebat.
plan nak tgk movie kul 3lebih.sekali citer "Alice in Wonderland" ada kul 4.20ptg je.
sementara menunggu movie start, window shoppinglah pe lagi.hehehe
i likeee!!!
mama terus gi bahagian budak tuk cari sandal tuk zahra.
sandal asadi dia dah tertinggal kat Kuala Terengganu.baru sebulan beli tu.sandal adidas dah ketat, kasut nike dia pun dah sendat.cepat tul kaki zahra membesar..tak sampai 6bln pun beli.huhu
keluar je dari bahagian budak, terus zahra nak terjah menatang ni.
menatang ni memang feberet cik Zahra, tapi dgn syarat tak kasi geraklah..hikhik
...jimat duit mama dan papa.hehe
masa nak terpa menatang ni....sekali!!!
tak sangka pulak boleh terjumpa.kecil betul dunia kan.
mama mmg ada baca status kak radiah kat mukabuku,yg dia akan turun shah alam.tapi, tak sangka leh jumpa.
happy sangat dpt jumpa.tapi, as usual, mama ni "shy shy cat".dalam hati nak sgt borak, tp mulut berat je.hehehe
salunya borak kat blog je, either mama tinggalkan komen kt belog kak radiah atau sebaliknya.hiks~
Kak radiah nampak lagi cantik diluar.kulit putih bersih je, tak cam mama.berkerak.hikhik
E-en tu comel je, mama suka rambut dia.kiut!!!
lepas kak radiah & family gerak, kami sambung layan zahra main mendalah ni.
sampai movie start.
tatau, apa yg zahra suka sgt menda ni.nak kata benda ni best sbb gerak2, zahra nangis kalau mama gerakkan menda ni.ntahlah..pelik anak dara sorang ni.huhu
mama rasa kan, Zahra suka sbb ia ada stereng kot.memang dari kecik cik Zahra suka main stereng kereta.
ntah2, cik Zahra nak jadi pelumba kereta tak besar nanti??huhuhu
konon2 nak buat "peace" lah.hikhik.ntahpapentah..
kami dah bosan dengan menadalah ni.tiap kali gi shopping complex, kalau bleh kami nak larikan diri dari mendalah ni.
kalau tak...jadi camnilah...
kami bosan menunggu cik Zahra main mendalah ni sampai bosan..tapi,. dia tetap tak bosan.hukhuk
sampai nak terlelap papa tau...
nasib sempat mama beli "Alice in wonderland" combo.comellah combo ni.popcorn dia bubuh dlm cup cam bentuk topi Mr Hatter.comel :)
best sgt3 citer "Alice in Wonderland" ni.Plan nak tengok yg 3D pulak pasneh.hehehe
love: mamazahra
4 comments:
ooo..best ek citer alice in wonderland tuh..tgk gazet mcm pelik2 sgt..hehehe..lame dh tak tgk wayang sbb mcm tkde citer yg btol2 tertarik nk tgk..huhu
bestnye dpt jumpe kak radiah..tulaa..dlm gmbar pon nmpak rmbut e in tu cntik kan..curly2 mcm tuh..=)
ehehehhhh..puji lelebih lak Norly ni.hehe..mekaseh ya....
harus + wajib + mesti kurus + mesti cantik....sebabbbb?????laling keje KL maaaaa....mcm2 dugaan dan godaan so akak kena pandai lah..agar laling TAK BERPALING TADAH...muahahaha...cabaran buat akak sebenarnya....laling akak berjawatan Senior Executive di department learning centre with Open U....dan sentiasa dikeliling pompuan....menyebabkan akak kena fikir perkara2 yang negatif dan positif...bukan lah minta menda2 tak baik jadi tapi itu lah...kalau nak buat hati suami selalu sayang dan ingat kat kita...kena lah USAHA...hehe betul tak?
Rambut E in tu...mmg keturunan belah akak rambutnya curly2...akak tak lah curly sangat....tapi tu lah rmbut E in..dah besar ni susah sangat dia nak bagi akak ikat rambut dia...tapi sib baik kat taska dia bagi pengasuh2 kat situ ikat rambut dia...
Insya Allah len kali kalu akak nak turun KL tau Shah Alam..akak bagitau...tapi tak janji ya...kdg2 nak pegi jenjalan tu tetiba je...hehe
Alahia norly cam na la kita peyut tak muncit kan...cam lya ni ais memang suke,tp en suami minum air panas,sama la mcm en suami norly kan,minum air pans gak kan.....
lily: dgrnya Alice in wonderland 3D lg besh, gi la tgk.Zara mesti sukee!!!
psst: kebetulan jumpa k.radiah.terkejut sgt.tp, xpat sembang, sebab malu2 kucing.hikhik
k.radiah: niat hati mmg tingin nak jaga badan, tp nafsu mkn payah tul nak kikis.makin menjadi2 lak skang ni.pantang alpar sikit, terus terjah dapur.huhuhu
psst:nak amik semangat akak lah, nak bg kuwus sket badan ni..hehehe
alya:norly dan ais ibarat isi dgn kulit, xdpt dipisahkan.huhuhu
psst: namun nak ikut hubby minum air panas je, mmg xdelah..x feeling langsung g kdai mkn tp minum air panas.hukhuk
Post a Comment