Wednesday 10 March 2010

Cuti2 Pantai Timur : Day 2

Sabtu, 27-02-2010.
Pagi tu, kami check out Fantasia Beach Resort kul 8pagi.
kumpul kat lobby kul 8.
payah betul nak bangunkan Zahra ngan papa.
mama dah siap kemas barang, barulah memasing nak bangun mandi.
masa tunggu nak pulang kunci, mama nampak ramai gak artis tengah breakfast.
derang ada shooting agaknya.
mama nampak Aida ARis, Badrul Muhayat, Khairil Anuar & pelakon budak yg mama tak tahu nama.hehe


si budak kecik yang susah betul nak mandi pagi.hehe

mak ai, sungguh tak senonoh.bleh plak korek hidung.hehe

tapi kan, FBR ni memang kami black listed lah.
masa nak serah kunci, tuh jenuh menunggu receptionist.
dekat 1/2jam gak lah, tak muncul2.geram je.
yang paling geram, En.Iman try call resort tu boleh je la telefon kat meja receptionist tu bunyi.
so, maknanya takde orang pick up lorr.huhu
sudahnya, kami tinggalkan je kunci atas meja receptionist.
kalau hilang, padan muka.ahaks

Lepas check out, terus gerak gi breakfast kat area Pantai Balok.
ada satu gerai tepi jalan kat belah kanan jalan.
tak ingat apa nama warung tu.
tapi, nasi dagang dia memang TERBAIKKK!!!
orang jawa cakap, "cap jempol".hahaha
dia punya kesedapan tu sampai kita tak ingat nak ambik gambar pun.
korang bayangkan jek la kesedapannya sambil telan air liur.muahaha
tapikan, bukan nasi dagang dia je sedap, n.minyak, pulut kelapa, roti canai & air dia memang mabeles.
Pasti puas hati.nak promote pun susah sebab tatau apa nama warung tu.
sepanjang tepi jalan tu memang banyak gerai.
yang mama ingat, depan gerai tu, ada rumah 2 tingkat yang berpagar.
kami parking betul2 depan rumah tu.
nanti, kalau mama turun Kuantan lagi.mama make sure mama tanya makcik tu apa nama kedai dia.hehe

lepas mentekedarah, haruslah teruskan perjalanan "Jomm!!!2gather2 di Pantai Timur" ke Kuala Terengganu.
Destinasi kami seterusnya...

kali ni En.Bakar pulak lead the rombongan.hehe


cayang mucuk mama :)

benti jap kat petrol station.memasing nak membuang apa yang tak patut dok dalam pewot.hehe
lihatlah dunia, pipiku yang semakin gebu saban hari.muahaha


Zahra lagi...


papa jenguk anak dara dia...
Kami jejak Kuala Terengganu dalam kul 12lebih.
letih wo, jauh betul perjalanan. walaupun papa yang drive, tapi mama penat tau. bangun, tidur, bangun, tidur tapi tak sampai2.hehehe
masa sampai kat depan Masjid Tuanku Zahirah tu baru perasan kereta yang ada sticker "jomm!!!2gather2 di Pantai Timur" dah takde.huhuhu
nasib mama terjaga, dan tanya papa mana kereta yang lain.
rilex je, papa jawap "ntah, tak perasan.kat belakang kot"
mama pun gelabah, check henpon.bleh je papa tak kejut mama masa henpon bunyi.
elok je ada banyak misscalled dari En.Iman & Anis.
rupanya derang masih ada kat belakang.
derang singgah petrol pump, tapi papa laju je.huhuhu
so, tunggu yang lain sampai barulah teruskan perjalanan ke destinasi kami seterusnya...

Kat Kuala Terengganu, destinasi pertama kami Taman Tamadun Islam(TTI).



susah gaklah nak ke TTI tu, nasib Asyrani ada GPS.
senang sikitlah walaupun terpaksa U-Turn 2,3 kali.muahahaha

apa yang ada kat TTI tu???sila klik SINI.
kalo malas nak klik SINI, meh mama bagitau apa yang ada..
Destination: Monument park
– Convention Centre
– Crystal Mosque
- Guest House
– River Cruise
– Beteng.
banyak2 places of interest yang ada kat Monument Park tu.kami masuk MPCC, Masjid Kristal dan makan kat Beteng je.
yang laian2 dah tak larat.penat, lapar & dah panas terik.

[amik gambar kat Pintu masuk Monument Park]
tiket nak masuk, mama tak ingat bape ringgit.kalau tak silap,RM25/adult.
sebab semua pakai duit trip, ketua rombongan (En.Iman) yang bayar.hehehe

Bbeteng...ada cruise, gift shops & cafe.
masa nak masuk MPCC tu, kami diberi passport.
passport tu akan dicop pegawai bertugas.
tiap kali datang kat TTI, kena bawak passport tu tuk cop.
kalo 3kali datang, akan dapat diskaun tuk next trip.
tuk jalan2 dalam monumen park tu, guest leh naik basikal atau naik tram.
kalau naik tram, kena bayar tambahan RM3/pax.
kalau datang waktu pagi or petang, OK la sikit nak cycling kan.
ni panas terik, tak koser.naik tram sudah.hehe

tunggu turn nak naik tram.stesen menunggu tram adalah monumen Masjid Negara.


[dari kanan: Shafik anak En.Bakar, Asyrani,Papa dan Zahra]
ada banyak monumen masjid dalam MPCC tu.tapi, mama tak bubuh semua la ye walaupun amma amik gambar semua.
kalau kamu semua nak tengok, better gi sendiri la.hehe

[ni Masjid apa??mama tak tahu apa nama, yg mama tahu Masjid ni dibina kat Brunei.lawo masjib neh, berkubah emas lagi tau!!]
dan, kat bawah ni bangunan apa???kalau tak tahu, mama babap tau!!!
inilah Taj Mahal, sayang oii!!dibina kat Agra, India oleh Shah Jahan tuk Mumtaznya.
Romantik gitu!!!
cantik Taj Mahal ni.kat Taj Mahal, kami diberi kesempatan menonton video sejarah pembinaan Taj Mahal.kagum dengan Shah Jahan...

[inilah Shah Jahan mama, En.Zahari."bila nak bina Taj Mahal tuk saya plak, B??" ]

[3 of us...di Taj Mahal kami.hikhik]

[sementara menunggu tram tuk ke monumen seterusnya.posing jap :) ]

[turn papa pulak :P ]

[anak dara ni tak semangat nak amik gambar depan Taj Mahal, lebih teruja dengan air pancut neh.nanti papa buat fountain tuk Zahra ye,sayang!!!]


Masjid yang macam seruling ni, masjid Samarra kat Iraq.unik kan???

ini pulak???Menara Kalyan Mineret,Uzbekistan.unik sebab dibuat daripada bata yang dibakar.


Ini adalah Masjid Agadez, Niger.berbentuk cam piramid dan ada perancah kayu..unik kan??


dan last sekali, Masjid Kul Sharif, Kazan,Russia..cun.kaler biru lagi.
ada banyak tau monumen dalam MPCC ni, tapi mama tak bubuh semua tau.
ada Masjid Negara, Masjid Kudus Minar Jawa tengah Indonesia, Pattani Central Mosque, Masjid Badashi Lahore Pakistan, Kubbah A-Sakhrah Baitul Muqaddis, Masjid Sheikh Lutfallah Iran, Makam Abu Nasr Parsa Afghanistan, Masjidil Haram Mekkah, Aleppo Citadel Syria, Masjid Mohamed Ali Egypt, Masjid Nabawi Madinah, Masjid Suleyman Turkey, Masjid Qairawan Tunisia, Istana Merah Granada Spain dan Masjid Xian China.
Lepas habis round MPCC, walaupun tak pusing habis pun.hehehe
kami singgah makan tengahari kat Beteng cafe, sbb dapat voucher RM3.00/pax.
lepas makan, kami terus ke Masjid Kristal tuk solat.

[papa with Zahra depan Masjid Kristal]


[mama dan Zahra.jauh.sbb appa tak reti nak adjust zoom.hahaha]

meh tengok dari dekat....

cantik kan???masjid lah, bukan mama.hehee


tengoklah, mama dan papa gilir2 solat.anak dara ni merayau je..

cantik kan???
lepas solat, terus check in di Felda Residence.
bravo la hotel ni.tip top!!
baru dan selesa :)
tak cam FBR, harga kurang RM20 je dari Felda Residence, tapi servis hampehsss!!!

jom tengok bilik kami!!!

si kecil yg merasmikan katil :)

selesa :)


ada tea table..


meja mekap yang cantik..

dan..TV yg ada Astro.hehe
yang penting ada ESPN, sebab malam tulah menyaksikan Chelsea kalah teruk dengan ManCity.ahaks!!!

bathroom glass door.sexy, auuwww!!!


toilet yg selesa :) ini yang penting tau!!!hehe

toilettries..yg sangat OK compare to FBR lagi.hikhik

cantek kan?abaikan model yang bertowel tu.hikhik
lepas check in, apa lagi nak buat.rasmikan lah katil.
tidur lah!!jgn pikir lain ye!!!badan penat, tidur adalah terapi terbaik.hehe
kul 6.30ptg, kena kumpul kat lobi tuk gi makan malam kt Seberang Takir.

belakang hotel adalah laut.ye ke laut?ke sungai??belasahlah labu..
bak kata Zahra, asal nampak laut/sungai.."Air..Air..nak mandi???"hehehe

kat belakang mama tu, masih under construction lagi.tatau FR nak buat apa..

pemandangan waktu senja..damai je..

papa dan Zahra...
malam gi dinner tu, kami tumpang kereta Asyrani je.
malas nak drive.hehe
kami dinner di Kedai Air Buah Gelas Besar Pak San, Seberang Takir.
tak sesat, sbb dibantu GPS Asyrani.cayalah orang jerantut dah maju tau!!!ada GPS lagi.heee :D
cuma salah ketua rombongan, tak ingat nama kedai.so, kena benti tanya orang.
baik punya, tanya kat tauke kedai lain.nasib tak kena tipu.hikhik

masa tuk makan :)


papa makan nasi dagang kaler PINK.papa kata kureng!!!lagi sedap yg di Pantai Balok tu.huhuhu.
belasah je lah pa..

mama makan laksam.pun tak best gak.rasa masin sangat.tak habis pun mama makan.huhuhu

dan kami share air tembikai gelas besar ni.sharing is caring.hahaha
makanan dah la tak sedap, nasib baik keropok lekor dia sedap.habis berpinggan2 kami belasah keropok lekor.hehehe
dah macam piranah dah memasing, asal waiter letak je pinggan keropok lekor, terus kami serbu.hehehe
bajet, lepas dinner terus nak karaoke.aktiviti biasa.
sekali pusing punya pusing, tak nampak batang idung karaoke punya tempat pun.
apa orang KT tak berkaraoke ke???
sudahnya, balik bilik menyaksikan kekalahan Chelsea sambil baring atas katil.muahahaha

kami ada tapau air stoberi mangga.sedap!!!
ni semua gara2 terpengaruh ngan Inas.hikhik


maka, tidurlah kami malam tu dengan nyenyaknya diatas katil Felda Residence, 0605.
dan...bermimpi shopping di Pasar Payang.muahaha

pssst: tunggu next entry ye!!!!dah letih..


love: mamazahra

2 comments:

zh-ena said...

seronoknya berjln2
kelakar jea tgk zahra korek idung
sama jea perangai ngan umairah

norly ena buka blog norly nie
lama sgt nak keluar semua
entry norly
ena rasa blog norly berat la

Norly a.k.a MamaLeana said...

mmg x senonoh zahra neh.tp kan, nmpk comel je bile bdk yg buat cenggitu, cuba org tua..mahunya kena kutuk.hehehe

pssst: ena, ye ke slow?x reti nak buat cane.sila beri tunjuk ajar...

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!