Friday, 12 February 2010

Jiwaku telah Bersatu..

hahaha, tajuk tak boleh blah.
sebenarnya, papa dan Zahra dah pun sampai JB mlm tadi.
mereka berdua naik bas Selat Keris dari Klang Sentral ke Larkin.
Habis je exit meeting semalam, terus drive laju-laju balik hotel ambil kereta kak Siti.
kami gerak ke Larkin 2 kereta sebab family Kak Siti pun sampai.
Derang pun naik bas yang sama.
mama beriya jadi penunjuk arah, padahal mama pun berani-berani takut je.hehehe
sebab Branch Manager tu lukis peta cam putar-belit sikit, mama kurang faham.
tapi, mama ingat landmark tuk amik simpang yang sepatutnya.
Alhamdulillah, mama sampai kat Larkin masa papa & zahra baru je sampai.
happy sangat bila nampak 2 borang buah hati pengarang jantung mama berjalan ke arah kereta.
kalo ikutkan hati nak berlari ke arah mereka, dan peluk kuat-kuat.
ececeh, dah macam drama swasta la pulakkan.
lagi pun, mama tak dapat parking.
cuma parking kat tepi jalan je.hehe
kami terus gerak ke Stulang Laut tuk makan dan balik Hotel sebab papa pun dah letih.
Zahra sepanjang perjalanan tak nak tidur.
menikmati sungguh-sungguh perjalanan tu.hahaha
paling kelakar, papa masuk toilet masa berhenti kat R&R pun bawak sekali Zahra.hehehe
Jangan zahra nampak "benda" tak sepatutnya sudah lerr.hehehe
happy sangat sebab jiwa mama yang separuh lagi tu, dah bercantum semula.
itulah perkara paling membahagiakan bila insan yang kita sayang, ada depan mata kita.betul tak, kawan-kawan??
siapa yang weekend wife/husband tu, pasti faham perasaan mama ni.hehehe
kalau yang tak pernah tinggal suami&anak-anak, sure cakap mama mengada terlebih.hahaha
okeh, esok pagi Sabtu 13-02-2010 kami plan nak ke Singapore.
nak pusing Pulau Sentosa.
esok petang gerak semula JB dan insyaAllah, terus balik Klang.
itu pun, kalau tak letih lah.
kalau letih, sambung satu malam lagi.heee~
p/s: kalau jadi ke Singapore, mama amik gambar banyak-banyak dengan kamera cikai mama ni dan tunjuk kat korang ye!!!

love: mamazahra

4 comments:

zh-ena said...

selamat bercuti

jgn lupa amik gambar byk2 blh la ena pun tumpang tgk sekali

lily azliyana @ mama zara said...

pergi..jgn tak pergi singapore tuh..alang2 dh smpai jb..lagipon passport cik zahra pon dh buat kan..have a great time there k..tk sabar nk tunggu gmbar2 singapore..=D

amm said...

comei je woi....slmt berjln2....best2!!

norly saliana @ mamazahra said...

ena: tenkiu dear.skang tgk gambar s'pore tu smp muntah.muahaha

lily: doa kite, Allah da makbulkan.dpt gak kami jejak S'pore :)

amm: comei ke??tenkiu dear :)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!