Thursday, 21 January 2010

ZaHRaku Demam

Morning semua :)
Mama EL hari ni, Zahra demam panas since awal pagi tadi.
Pukul 1.30pagi mama terjaga bila tangan Zahra melingkar kat muka mama.
mama terasa panas sangat.
sekali bila mama letak tapak tangan kat dahi Zahra, mak i, panas sangat.
cepat-cepat mama check leher,ketiak,tapak kaki Zahra.
seluruh badan panas.
Berlari mama ke meja solek untuk ambil termometer.
check dahi zahra sekali lagi, 39darjah.panas sungguh.
cuak mama.
sekali lagi berlari ke dapur, cari stok cool fever dalam fridge.
takde.
adui, cuak gila mama.
rasa menyesal tak buat stok.
so, mencari alternatif lain.
ubat bontot pun takde.
sudahnya, ambil asam jawa segera, yang dah takde biji tu.
bancuh ngan air dan tepek kat dahi dan kepala Zahra.
Zahra terus terjaga, sejuk lah kot.
Bila dia dah jaga, jangan harap dia bagi tepek lagi air asam jawa tuh.
puas papa dan mama dia memujuk.
janjikan aiskrim, huh!takde maknanya dia setuju.
sudahnya, dia ajak borak.
bila air asam atas kepala dia dah kering, Zahra sambung tidur.
papa memang sedia dah tidur sebelum Zahra lagi.
mama yang tak boleh tidur.
tidur-tidur ayam je.
sekejap-sekejap bangun tuk check suhu Zahra.
so, mama EL la hari ni.
walaupun semalam mama memang on leave.
Zahra tak pulak demam semalam.OK jek, cuma selsema.
Lepas maghrib malam semalam, Zahra ikut ibu ke rumah Kak Ngah mama.
masa Zahra balik, mama dan papa dah tidur.
bile Zahra ketuk bilik, mama bukak dan tidurkan dia terus.
tak pulak perasan badan dia dah mula panas.
sekali, bile mama sms-ed ibu zahra pagi tadi,
Ibu cakap, Zahra terkejut nampak kumbang kat rumah Kak Ngah.
tu yang menjadi demam nya tu.
ada-ada saje lah anak mama neh.
mama harap, Zahra cepat sembuh.
bolehlah mama masuk office esok.
p/s: bila anak demam, mesti tak cukup tidur sebab risaukan dia...naluri seorang mama.heee :D

love: mamazahra

3 comments:

zh-ena said...

sama la ngan ena..cuti gak sbb umairah pun demam..

nasib kita la kan

mummyseri said...

salam norly..cian zahra yek..smoga cepat embuh ye..musim demam ni kan skrg..

norly saliana @ mamazahra said...

ena: ye ke? umairah dah OK ke? Alhamdulillah, Zahra dah beransur OK...


mummyseri: tu lah, demam pun ada musim kan, ingat durian je ada musim.x suka la musim demam ni, risaukan anak dara kesayangan sy tu..huhu

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!