Monday, 25 January 2010

Jom Memancing di Tepi Pantai

cerita dah berkurun ye.
ini bukan cerita last weekend.
tapi cerita last two weeks.hehehe
cerita dah basi, tapi nak cerita jugak.
sorry lah, lately banyak halangan nak update blog.
jangan salahkan mama, salahkan cik cekom berukben.langsung tak berbaloi-baloi.
kat rumah sepanjang last week, cuma boleh berYM SAHAJA.
no Facebook, no belog.
tension yang amat.
punyalah niat nak meng'update' belog tu ada, tapi cik berukben sangat menyakitkan hati.
ingat bila bil lambat bayar, dia jadik lembabs.
tapi, bile bil dah bayar in advance pun sama je.
buat sakit hati.
tukar ke telco lain, baru tahu!!! [ugut neh!!hikhikhik]

ok, mama nak cerita Ahad, 17-01-2010.
papa dah janji ngan officemate dia, Abang Isa & Family tuk gi memancing kat Kolam Sungai Sembilang, Jeram.
betul-betul kat belakang apartment tu...
kat area Pantai Remis.

papa sungguh excited memancing.
mana tak nye, papa beli joran baru last week.
so, Jumaat 15-01-2010 tu kami (zahra & mama) jadi mangsa tuk teman papa test power joran barunya sebelum gi memancing Ahad tu.
habis kami dua beranak kena serang nyamuk sebab temankan papa memancing kat Tanjung Harapan.huhu
nasib hujan turun, maka terselamatlah kami kami terus meneman papa memancing.hahaha

so, Ahad tu papa bersemangat waja nak gi memancing ngan Abang Isa.hehe

mama dan Zahra sebagai peneman setia jek.
habis kopak duit mama demi meyogok Zahra supaya duduk diam.
terpaksa belikan milo ais dan jajan tuk bagi Zahra khusyuk tengok papa memancing dan sebagai ubat supaya mama tak mengantuk.hahaha

inilah peralatan papa..macam-macam ada.kalah beg make up mama.hahaha

setelah sejam, masih lagi tiada tanda papa akan dapat menangkap ikan.
maka, budak-budak (Zahra dan 2 org anak Abg.Isa) dah mula buat hal.
merengek-rengek masing-masing.
so, mama terpaksa membawa derang termasuk Kak Emma,wife Abg Isa gi berjalan-jalan kat Pantai Remis bagi menghilangkan ke'boring'an mereka.


sekali lagi kopak duit tuk beli jajan bebudak.
tapi, seronok banget dapat melepak tepi pantai.
sementara budak-budak makan jajan sambil main lari-lari, mama ngan k.emma sempat borak dan sesi luahan perasaan.
kalo tak silap mama, mama pernah cerita pasal Kak Emma, dia pesakit barah buah dada yang Alhamdulillah dah selamat jalani pembedahan dan kimoterapi dan dah sihat seperti sediakala.
so, Kak Emma ceritalah pengalaman dia jalani kimoterapi.
sedih tapi dalam masa yang sama, mama cukup bangga dengan Abang Isa yang sanggup berkorban tuk Kak Emma.
kalo papa, sanggup ke buat perkara yang sama ngan Abg Isa??
sejam jugak melepak, bila budak-budak dah start boring.
bile jajan dah habis, terpaksa bawak ke kolam semula.
on the way dari Pantai Remis ke kolam pancing, Zahra dah lena.
so, sementara menunggu papa memancing lagi sejam, mama lepak dalam kereta je.


letih. mama memang kurang sabar.
sebab tu tak suka memancing.hahaha


kereta kancil putih tu Abg Isa punya...

papa memancing 3 jam kat Kolam tu, dari kul 11am sampai 2pm dan terbang RM38.
langsung tak berbaloi kan???
terbang RM38 dan tak dapat apa-apa.
kalo mama, rasa buang masa je.
baik tidur kat rumah.hehehe
tapi, dah namanya hobi kan..so, papa rasa cam puas hati walaupun tak dapat ikan.
[tapi, mama tahu, sure papa kecewa punya lah, paling tidak mesti bajet dapat siakap seekor.hahaha]

kami lunch kat area Pantai Remis.
kat food court tu.
makan kerang & kepah bakar, nasi putih&kembung berlada.
mama pulak makan nasi goreng belacan dan ABC yang tak best langsung.hahaha
lepas main, haruslah bawak si kecik yang dah serabai gi main buaian depan gerai makan tuh.



tengok, selebet sungguh anak dara ni.hehehe



p/s: memacing menguji tahap kesabaran???ye ke???renung-renungkan dan selamat beramal..




love: mamazahra

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!