Salam semua.
Zahra kena beguk semalam.mama 1/2 day semalam tuk bawa Zahra gi klinik.
satu malam Zahra tak tidur.merengek je.makan pun tak lalu.ubat langsung taknak masuk.susu je yang Zahra nak.
so, mama EL hari ni tuk jaga Zahra.
tak sampai hati nak tinggalkan dia pergi kerja.
tuk apa mama pergi kerja, tapi hati terkenang Zahra kan??
Penyakit beguk adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan
iodine , apabila kelenjar tirod yang terdapat pada leher
pesakit menjadi bengkak. Sekiranya saiz bengkak ini kecil ia tidak
akan mendatangkan masalah tetapi sekiranya saiz menjadi semakin
besar, ia mungkin menyebabkan kesukaran menelan dan bernafas
kerana kelenjar tirod ini terletak berhadapan dengan salur pemakanan
(esophagus) dan salur pernafasan (trakea). Penyakit ini tidak berjangkit ,
namun untuk mengubati penyakit ini pesakit perlu mengambil iodine tambahan
dan ia akan hilang secara beransur-ansur.
** susah untuk bernafas
** kesukaran untuk menelan makanan
** demam
** berasa letih.
Patutlah, Zahra masih demam since Khamis lepas.Rupanya nak kena Beguk.Sian anak mama...
Kajian menunjukkan golongan wanita lebih berisiko untuk menghidap penyakit beguk. Selain itu golongan yang ahli keluarganya pernah mengalami penyakit beguk berpotensi untuk mendapat penyakit ini. Di Malaysia, penyakit beguk sangat jarang terjadi disebabkan makanan dan sayuran yang kita makan mengandungi iodine yang mencukupi. Beguk cuma terjadi dalam negara atau sesebuah kawasan yang penduduknya makan hasil tanaman yang mengandungi kurang iodin.
Di antara kompilasi penyakit ini ialah kesukaran untuk bernafas atau menelan makanan sekiranya bengkak di leher menjadi lebih besar. Lebih serius lagi , pembedahan harus dilakukan untuk membuang beguk bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk lagi.
Antara panduan yang dapat diamalkan untuk mengelakkan penyakit beguk adalah dengan memastikan kita mengambil makanan yang mengandungi iodin dengan cukup. Selain itu , sekiranya terdapat bengkak pada leher segeralah berjumpa dengan doktor.
Untuk menyembuhkan penyakit beguk dengan cara perubatan tradisional ialah menggunakan nila dan cuka iaitu dengan mencampurkan kedua-dua bahan tersebut dan kemudian di sapukan pada bahagian yang bengkak. Lakukan selalu sehingga hilang bengkaknya.
Penyakit beguk dapat juga dielakkan dengan mengambil immunisasi untuk kanak-kanak ketika berusia kira-kira sembilan bulan diambil secara sekaligus. Program immunisasi kementerian kesihatan dinamakan MMR (untuk pertahanan Measles , MUMPS dan Rubella). Immunisasi juga boleh diambil di klinik-klinik swasta.
sian anak mama...tidur pun tak lena, sekejap-sekejap terjaga
love: mamazahra
7 comments:
ciannya zahra...kecik2 dah kena beguk...moga cepat sembuh..n thanx for info
zahra kena beguk ke? kesiannye..semoga zahra comey tue akan sembuh dgn cepat..
nanti mamanye x de la risau lagi =)
alala..siannya Zahra..leh kena beguk plak yek..tp after bace info norly mcm risaula jugak..yekla, dh dpt imunisasi mmr tu tp still ade potensi beguk jugak..huhu
apepon, harap Zahra cepat sihat k..
kesiannya zahra
ena dulu kena pun time kecik..mak ena letak nila jgk
salam norly..ala siannye zahra..kite doakan cpt sembuh yekk..org dewasa pon kalo kena sakit nikan pula anak2..mmg kasihanlah..
shila: tu la pasalnya..cian kat dia.asek merengek sakit je..
sheila: a'ah, zahra comey kena beguk.tp, hari ni (27/01), zahra dah ok.Alhamdulillah.skang ni mama zahra pulak yg demam.huhu
tenkiu aunty sheila yg comey sbb doakan zahra ye!!!
lily: tu la pasalnya, terkejut gak.boleh pulak zahra kena beguk.cian sgt kt dia, asek merengek cakap, akit..akit...aduh.meruntun hati...
ena: norly pun pernah kena, tp dah besar sikitlah.kalo xsilap, masa sekolah rendah.bile zahra kena, rasa cian sgt.mesti sakit sgt...
mummyseri: wslam.mmg cian sgt, zahra merengek x henti.mkn takmo, tidur xlena.dok jaga zahra, sudahnya mamazahra yg demam.huhu.Alhamdulillah,zahra dah baik, lega rasa hati ni...
Post a Comment