Thursday, 28 January 2010

Kelmarin Zahra, hari ni mama pula...

...yang demam.

macam main pass-pass beten la pulak.

lepas ko pass beten pada aku, aku pulak lari.hahaha

tapi, kes nye DEMAM.

Alhamdulillah, Zahra dah mula nak baik.

bengkak beguk dah mula susut walaupun demam, selsema dan batuk masih ada.

Hari ni, mama pulak yang sambung demam.

bak kata k.moon, mama ambik separuh demam Zahra.hehe

memang ye, mama tak sanggup tengok zahra menanggung sakit, biarlah mama.

ada gak kawan kat mukabuku cakap, mama dan zahra ni kurang vitamin.

sebab tu, asyik demam je.

mama pun tatau lah.

sebab, apa yang mama tahu [kalau salah,tolong betulkan ye!!], Allah menguji hanya hamba-Nya yang mampu.

oleh itu, Allah sentiasa menguji mama.

mula-mula, Zahra demam, lepas tu kena beguk pulak.

Allah tahu, anak dara mama kuat. Sebab tu Allah bagi double sakit tu.

Alhamdulillah, mama dan Zahra mampu hadapi ujian Allah tu.

dan hari ni, Allah pulak bagi sakit pada mama.

adakah sebab mama jugak kurang vitamin?

mama taknak salahkan mak bapak mama, mungkin masa mama kecil dulu, mak tak sempat nak bagi injection imunisasi kat mama, sebab tu mama asyik sakit.Wallahua'lam.Hanya Allah yg mampu menjawabnya...

Apapun, mama redha dengan ujian Allah ni.

walaupun penyakit yang didatangkan bukan 1, tapi 4 sekaligus.

mama demam, batuk, selsema dan Asthma.

biasalah, bila encik batuk, puan demam dan cik selsema datang bertamu, cik puan Asthma dah tentu ikut datang sekali.

mama terima ujian-Nya ini...dan berharap mama tabah hadapi ujian ini.

"Tiada penyakit yang Allah jadikan yang tiada ubatnya...riwayat oleh Abu Hurairah"

p/s: Semoga sakit mama akan berkurangan supaya mama dapat jadi mama terbaik tuk Zahra dan dapat jalankan tanggungjawab mama pada Zahra.Renung-renungkan dan selamat beramal.

love: mamazahra

3 comments:

Fara_Adura said...

Yea.. allah sentiasa bersama umatnye yg sabar.. xde maknanye kot kurang vitamin. Musim gak laa skang neh norly.. :D

Moga cepat sembuh.. aminn..:)

zh-ena said...

biasanya mmg mcm tu..klu anak tak sihat pastu confirm ibu dan ayah plak tak sihat..mmg akan berjangkit2 la

norly saliana @ mamazahra said...

fara: terima kasih ats doa fara tu :)
cepatlah musim demam ni berlalu..x larat dah

ena: selalunya mmg camtu la.skang ni, hubby pun dah start nak selsema&batuk.berjangkit2 la pulak..dugaan.dugaan..

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!