Monday, 25 January 2010

Urusan Rasmi : Dating bersama En.Suami : Adnan Sempit

ni cerita hari Rabu, 20-01-2010.
mama dan papa ambik cuti semata-mata tuk gi bayar bil dan setllekan urusan kat JPJ.
kul 9, papa dah keluar gi JPJ tuk buat pembatalan tuntutan hakmilik motor HONDA kapcai papa tu.
sementara tunggu papa, mama bawak mak,ibuzahra & Zahra gi rumah mak sedara mama, Bik Sarinah tuk tengok isteri sepupu mama, Sahak yang baru bersalin.
dari minggu lepas lagi mak dah ajak tengok si Ain tu.Tapi, mama cam malas jek.
lagipun, minggu lepas mama sibuk temankan papa memancing.dari Jumaat sampai Ahad.huhu
so, semalam mama tunaikanlah janji ngan mak nak gi tengok Ain.
comel sungguh anak Sahak & Ain, Adi Akmal Hadif Bin Sahak.
comel banget.
tapi, mama tak bawak henpon,so tak dapek lah nak snap gambar si comel tu.
pipi Hadif memang tembam, muka sebiji cam Ain.hehehe


kul 10 dah gigih ajak mak balik sebab dah janji ngan papa nak gi bank & bayar bil.
Kul 10.30 mama dan papa gerak gi Port Klang, mama nak gi Affin tuk amik duit dan gi Bank Rakyat.
actually, mama nak survey personal loan kt Bank Rakyat.
mana tau, lebih baik dari Bank lain.
so, sebelum buat pinjaman, better mama survey dulu kan??
lepas ambik segala borang dan tanya pape yang patut kat officer tu, terus gerak ke Bandar Bukit Raja tuk ke HSBC, bayar card credit dan ke Celcom, bayar bil henpon.


tatau la pulak, bil henpon & berukben skang kena bayar kat mesin deposit.

so, terpaksalah mama bayar lebih dari sepatutnya, sebab mesin tu tak boleh bagi duit balance.

sangat jakun okeh.hikhik

Bukan pe, selalunya mama bayar either online or gi bayar kt TMPoint.

tapi, oleh kerana papa nak gi bayar card credit kt Bukit Raja, teruslah singgah kat Celcom Blue Cube neh..


sementara menunggu papa gi bayar kad kredit kt HSBC..


mama menyinggah kat booth magnolia betul-betul depan HSBC tuh.

mama sambar ice cream cornetto Vanilla & Coklat.




yummehh!! best sangat.. [tapi tak seBEST walls or Baskin Robbin lorr]

memaseng makan dengan jayanya sebab si kecik tak ikut sama.hehe


sian cik Zahra tak dapat menikmati eskem..hehe


bukan mama dan papa taknak bawak Zahra.

tapi, pengalaman mendewasakan.hikhik

Zahra ni tak boleh di bawak ke tempat urusan rasmi seperti Bank or Pejabat Kerajaan sebab dia mesti buat hal punya.

so, kena tinggallah..hehe

oleh kerana Zahra tak ikut serta, papa telah mencadangkan kami pergi dating berdua dan tengok wayang.

sungguh mengambil kesempatan yang ada.hahaha

so, kami pilih tuk tengok "ADNAN SEMPIT".


Film "PICK OF THE WEEK"


papa yang sedang gigih Q tuk beli tiket.


movie start kul 1.30pm, so sempatlah kami beli sikit barang Zahra dan gi lunch.

mama makan kue teow ladna & orange juice.

ada insiden berlaku time lunch neh.

sangat memalukan.hikhik


bukan seluar koyak or makanan tertumpah atas seluar.

tapi, mama pada mulanya order barli panas kat satu gerai ni.

sekali, masa nak bayar mama tengok price Barli tu cam tak worth it je.

so, mama cakaplah ngan papa, maka poapa suh cancel senyap-senyap jek.

maka, mama order la orang juice yg berharga RM1.50 dan cancel barli ice yg berharga RM2.50.hikhik

so, kami dengan berseleranya makan lunch kami.

sekali datang mamat bangla [dari gerai yang kami order barli ice]

bangla:"incik, tadi ada order barli kan???"

papa:"a'ah.cancel la,tak jadi amik"

bangla:"incik, kalu mau cancel, kasi tahu la, saya sudah bikin"

papa:"owh..ye ke???sorry!!"


muahahaha..gelak sakan kami.

ingatkan boleh terlepas camtu je.

tapi, cam jahat je tindakan kami kan???hehe


tapi, kami lupakan kisah memalukan itu setelah bergelak ketawa sehingga sempit semput perut bile menonton ADNAN SEMPIT.

serius kelakar cerita tu.

kami gelak dari awal sampai habis.

sungguh rasa tak bersalah pada anak yang ditinggal kat rumah.hehe

tapi, seronoknya sesekali dapat dating berdua ngan encik suami.

selama 1.5hours menonton ADNAN SEMPIT kami gelak nonstop.

sangat puas hati terbang RM12 tuk 2 tiket.hehe

rugi lorr pada siapa yang taknak menonton Adnan Sempit neh.

Kelakar sangat!!!

kul 3pm, kami terus berdesup balik rumah tuk solat Zohor dan ambik cik Zahra kat umah ibu.hehe

bagi menebus rasa bersalah sebab tinggalkan dia, petang tu bawak cik Zahra gi palyground.hahaha



sungguh manja ini budak..


mama yang rasa bersalah.hihihi [bersalahlah sangat.padahal dah plan nak pegi dating lagi ngan papa next time.haha]


HAPPY :)


love: mamazahra

1 comment:

Lily@MamaZaraZareef said...

amboi..berdating sakan papa n mama Zahra ni yek..hehe..best btol dpt slalu tgk wayang..=p

Zahra masih suka buat mulut muncung tu ek..kiut jek tgk..hehe

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!