Monday 18 January 2010

Ujian Pap Smear

[gambar sekadar hiasan :) ]


Jumaat lepas, 15-01-2010, mama ada appointment kat Klinik LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) cawangan Klang kul 8.30pagi tuk buat ujian pap smear.
selepas lahirkan Nur Dhia Zahra, mama belum buat lagi ujian pap smear.
maknanya, dah 2 tahun 2 bulan.
walaupun, kakak-kakak mama dah berkali-kali ingatkan.
mama asyik beralasan je.
lagipun, ujian pap smear ni perlu buat selepas 10 hari habis haid.
so, bile setiap kali habis period ada sahaja perkara yang menghalang mama nak buat ujian ni.

tengok, alasan lagi.hehehe

actually, takut sebenarnya.
last 2 weeks, kawan mama, Zura sms-ed bagitau yang dia dah selamat buat pap smear test tu.
Zura ni bersalin awal 3bulan dari mama.
1st time dia buat gak ujian tu.
so, semangat mama berkobar-kobar lah nak buat gak kan.hikhik
bile zura bagi no fon klinik LPPKN yang dia gi buat test tu, mama terus call Klinik tu.
kebetulan, mama memang tengah period masa tu.
so, hari ke-10 pulak jatuh Isnin 09-01-2010.
Memula mama plan nak buat Isnin tu, bile mama call Klinik tu dia suggestkan mama datang Jumaat pagi.
so, pagi Jumaat tu, selepas breakfast ngan papa dan Zahra.
mama terus drive gi Klinik LPPKN.
masa sampai depan Klinik, jantung dah berdegup kencang.
takut sehh!!.
Ye lah, banyak orang cakap sakit, ngeri lah dan macam-macam lagi.
ketar kepala lutut.
mama ambik masa 10 minit gak lah tuk tenangkan hati.
Alhamdulillah, kebetulan kat klinik langsung takde patient.
so, semua nurse dok bersembang ngan mama sambil ambil maklumat.
hilang sket rasa nervous.huhuhu
mama ambil pakej 2, termasuk ujian darah, breast dan pap smear.


murah je, RM25 sahaja.
kalo kat Klinik Desa Kerajaan tu free je, cuma klinik kerajaan kan selalu penuh.
so, mama malas lah nak menunggu bagai.
kalo kat Klinik private lak, bayarannya antara RM50 & above.
lepas dia ambil semua maklumat peribadi, mama timbang berat.
mak oii!!berat badan dah bertambah.hukhuk
lepas tu, ukur tinggi pulak.still the same.muahaha [ada hati nak tambah tinggi, umur dah sampai tahap takleh tinggi lagi dah.muahaha]
tapi...

BMI, unggul beb!! nurse tu yang cakap.kehkehkeh
mama bajet, dah overweight dah.Alhamdulillah, masih normal.hehehe

tapi, paling mama takut, part kena amik darah tuk check tahap kolestrol dan paras gula.
masa preknenkan Zahra dulu pon, mama memang paling takut bile kena amik darah kt hujung jari.
lepas amik darah, mama buat pemeriksaan breast,Alhamdulillah, semuanya OK.
nervous gila bile nurse suruh tanggal panties dan duduk atas kerusi.
kaki pulak kena letak atas tempat letak kaki.
mak aii, malu nya terkangkang camtuh depan nurse.
kalo depan papa dah biasa.wakakaka
okeh, ujian pap smear tu amik masa tak sampai 5minit pun dan tidak menyakitkan.
geli-geli sikit jek.hikhik
so, pada yang masih belum buat ujian pap smear tu, baik pergi.

Nurse kat LPPKN tu bagi mama buku kedatangan ni.
so, dalam bulan July nanti, mama kena datang buat routine check up tuk breast, kolestrol, gula dan tekanan darah.


sape yang patut pergi??dan sebab apa???

Siapa yang patut melakukan pap smear?
Wanita yang sudah melalui hubungan seksual terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman. Pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.


Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim.

Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dan baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.


Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi?
Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim.

Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah

  • Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
  • Mereka yang kerap bertukar pasangan.

  • Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

Berapa kali ujian diperlukan?
Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubungan seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.


Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

  • Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.

  • Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan
(sumber dari internet)

Kanser serviks @ pangkal rahim dan kanser payudara merupakan dua jenis kanser pembunuh utama wanita di Malaysia. Atas kesedaran ini, mama dah buat pemeriksaan untuk kedua-duanya. Orang kata mencegah lagi baik dari mengubati..kan?kan?

so, korang , bile nak jalankan tanggung jawab korang pulak? hikhik





love: mamazahra <3

4 comments:

•♥• Mrs RR •♥• said...

thanks 4 the useful info.. huhu! eita nk mintak no klinik LPPKN tu bley x? huhu..

Norly a.k.a MamaLeana said...

eita: sowi lmbt reply..tenet mengong kat umah.hikhik
LPPKN klang = 0333422546

Anonymous said...

Tks aite ;) - mama mikael

Anonymous said...

Tks aite ;) - mama mikael

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!