hai semua :)
mama bukan nak cerita pasal micheal owen ye.
tapi mama nak cerita pasal oven.
ye, oven tuk bakar kek tu.
mama sekarang ni tengah gigih mencari oven yang terbaik.
mama taknak yang mahal sangat dan taknak yang murah sangat.
mama kalo boleh nak oven yang praktikal.
boleh bakar biskut, roti, kek,pizza & panggang ayam.
sekarang ni mama pakai oven kakak mama, oven kaler hitam yang brand butterfly tuh.
mama kalau boleh, taknak lah asyik pinjam jek.
nak gak ada oven sendiri.
actually, mama ada panasonic microwave.
papa dapat masa lucky draw time company's annual dinner year 2007.
tapi, microwave tu tak boleh membakar kek or panggang ayam.
kalo bakar kek, dia cuma kering diluaran, dalam tak masak.
kalo panggang ayam, jadi kering dan keras.
masa wedding mama dulu, ada kawan hadiahkan microwave oven, tapi microwave oven tuh dah dimintak MIL mase acara bukak hadiah.
takkan lah, mama nak jawab tak boleh kan masa MIL nak mendalah tu.
so, skang ni mama nak beli oven yang sesuai tuk tukang masak amatur cam mama ni.
mama berkenan kat oven milik kak sham.Kak Sham punya oven sedang-sedang jek.
mama da gak YM ngan kak sham, dan dia usha kat carrefour, Giant or Tesco.
setakat ni, mama cuma dah usha kat Carrefour.
tapi, mama cam serik lah beli barang elektrik kat carrefour.
last year, mama ada beli hand mixer brand elba kat carrefour.
tapi, mixer tu cepat panas.
bile mama guna tuk buat kek, belom kembang pun telur tu, mixer dah panas menggelegak.
so, mama cam teragak-agaklah nak beli oven pulak kat carrefour.
kalo korang ada nampak, or korang punye oven nak rekomen kat mama.
sila tinggalkan komen ye.
sebelum duit "dutian runtuh" last year ni abes, baik mama beli something yang bermanfaat.
tapi, mama bajet antara RM50-RM120 jek.
mama bukanlah kaya sangat sampai nak beli yang mahal-mahal.
lagipun, takut pulak hobi mama ni hangat-hangat taik ayam jek.hehehe
love: mamazahra <3
No comments:
Post a Comment