Masih lagi cerita dan gambar kat Bagan Lalang.
habis je mini explorace, terus terjah swimming pool.
masa tu, ramai kat swimming pool.
oleh kerana zahra dah excited nak swimming, layankan jugak lah.
mula-mula, papa yang bawak zahra swimming, mama seperti biasa tukang ambik gambar je.
sebab orang semakin ramai.
masa bawak zahra naik pun, dia menangis sebab belum puas mandi.
tapi, sebab mama dan papa janji tuk bawa gi swimming lagi, baru berhenti nangis.
[tapi, ntah bile nak bawak zahra swimming lagi.muahahaha...bulan depan kot.hikhik]
mama jadi tukang hangkut barang.[dah cam bibik mama rasa.kehkehkeh]
masuk bilik, terus sambung mandi kat bilik air pulak.
bagi peluang zahra mandi.
memang suka sangatlah dia.
habis di basahkannya toilet tissue. inilah anak papa :P
lepas mandi, kami melepak sambil tengok star movie.
dan papa dan mama terus jatuh cinta dengan filem ni, "Once",irish film.
best gila citer neh, tapi mama tak sempat tengok habis sebab dah kena turun lunch.
so, sekarang ni, mama sedang gigih mencari DVD/VCD citer neh.
mama suka sangat cerita ni sebab semua lagu soundtrack dalam filem ni sedap sangat.
mama baru dapat download 2 lagu, Falling Slowly dan If you want me.
lagu-lagu ni dinyanyikan oleh Glen Hansard dan Marketa Irglova.
serius best lagu ni.
korang nak dengar???
gi lah cari di "tiubkamu".muahahaha
kul 12.30 baru kami turun lunch, padahal dah diberitahu urusetia kena turun kul 12pm.
kami khusyuk sangat tengok "Once", tu yang lambat turun.
masa kami sampai, semua dah nak habis lunch.
dari kanan: alia, mala, sheila, kak CT dan wife En.Razman, Kak Nazariah
dari kanan: hakim,Shafiq,wife Shahril,Erna,Afiq dan Shahril
kami tak terus balik sebab dah plan nak tengok movie kat JJ BKt TInggi ngan family En.Iman, Sheila,Alia,Asyrani & Anis.
dan...
papa yang gigih memandu, sementara co-pilot tidur.krohkroh kat sebelah.muahahaha
sudahnya tengok "Paranormal Activity" yang ntah hapehape.
dah lah, Zahra wat hal.hadui.
lepas tengok movie, sempat pulak mama shopping sikit.
mama kan terror bab "sambil menyelam, sambil minum air".hikhik
mama sempat sambar kasut adidas yang pump shoes tuh.
kaler putih.
merata outlet adidas mama cari, takde size mama.
bile dah ada kat Bkt Tinggi tu, sambar je lah.
lepas tu, gi makan kat Pizza Hut, En.Iman belanja.
Tenkiu En.Iman ye, terima kasih daun keladi :)
love: mamazahra <3
No comments:
Post a Comment