Tuesday, 29 December 2009

Rezeki Hujung Tahun 2009

Alhamdulillah.
Hujung-hujung tahun neh mesti semua senyum meleret kan??
mana taknya, hujung tahun kan banyak SALES.
so, semua senyum meleret lah kalo mintak sesuatu dan hubby memasing jawab "Y.E.S".
betul tak??
mama pun camtu gak.
ada ke pompuan yang tak suka kalo hubby derang nak belanja tuk shopping.
ada ke???
mama tak percaya lah kalo ada yang cakap..ADA.
sebab mama neh, bila papa cakap "Y.E.S" jek, mama senyum sumbing meleret-leret.hehe
Alhamdulillah.
sujud syukur pada-Nya atas rezeki hujung tahun neh.
Company papa sekali lagi bagi 'durian runtuh' tuk papa.
dan orang yang paling happy dapat berita ni, dah tentu lah mama kan.hehe
papa dapat bonus Rabu lepas.
kire rezeki anniversary kami lah..dan rezeki birthday papa gak.hehe
penat lelah dan jerih perih papa sepanjang tahun 2009 neh, berbaloi-baloi.
dan tak lupa gak, pengorbanan mama jugak berbaloi-baloi.hikhik
sepanjang 2009, papa selalu balik kerja lewat.so, masa tuk kami bersama berkurangan.pengorbanan gak la tu namanya kan???
dan papa gak, kadang terpaksa masuk kerja lewat malam kalau ada barang nak keluar, or ada masalah kat warehouse sbb production 24jam.so, mama berkorban tidur sorang kat rumah.tul tak??
so, apa salahnya papa berkongsi kegembiraan dengan mama & Zahra kan???hihi
Alhamdulillah, walopon 'durian runtuh' tu tak banyak.
tapi bagi kami yang berpendapatan sederhana ni, cukup berbaloi-baloi.hehe
dan sekali lagi, pagi Isnin nan indah, 28-12-2009..
bila mama sesampai jek kat opis, tengok ada payslip dalam drawer.hehe
hati berbunga riang gitu.
bukak-bukak jek payslip.
senyum meleret.
syukur Alhamdulillah, rezeki Allah.
companyku yang tercinta jugak berikan 'imbuhan' yang bagi mama berbaloi-baloi.
lagi syok kalo tak payah potong PCB kan???hehe
tamak tuh!!!hikhik
dan insyaAllah, dengan 'imbuhan' tuh, dapatlah mama memanjakan diri yang penat bekerja sepanjang 2009 neh.
dan gunakan 'imbuhan' tuh tuk perkara yang baik tuk keluarga kecil kami neh.insyaAllah.
p/s: dan dapatlah mama langsaikan "wishlist" yang hampir berkubur bersama 2009 yang akan melabuhkan tirainya beberapa hari jek lagi.hehehe
apa wishlist tu???tungguuuu!~!!


dah berangan-angan nak beli apa neh..hehehe.Jangan jeles haa!!!
love: mamazahra =)

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!