Tuesday, 29 December 2009

Percutian Keluarga

ececeh, tajuk bikin gempak jek.
bukan bercuti-cuti mesia pun.
tapi, percutian bersama keluarga.
bunyi cam bercuti ke luar negara or negeri,padahal nun ke hulu langat saje.hehe
ini adalah destinasi wajib bagi kami sekeluarga, Keluarga Pn. Hjh Siti Fatimah Al-Mansor.
tetiap tahun, memang Hutan Rekreasi Sg. Congkak ni mesti kami jejak.
at least camping 1 malam kat sana.
dan, tahun ni seperti tahun-tahun yang lepas gak.
kami stay kat challet Sg Congkak neh jugak.
ekceli, plan asal kami nak bercuti di PD.
tapi, malangnya.
banyak halangan.
menantu kak lang terpaksa kerja hari Sabtu tu lah dan yang paling malang, mama tak dapat booking apartment tuk kami.
maklumlah, cuti sekolah + cuti xmas kan.
so, Sg Congkak lah destinasi yang kami pilih.
dekat dan murah.haha
cuma kali ni, kami tak dapat book challet yang proper.
mama booked tru phone jek.
bile sampai sana pagi Jumaat nan indah tu, challet semua dah fully-booked.
derang bagi pada yang walk-in.hukhuk
geramnya pada Pak Yob Challet tuh.
Jumaat, 25-12-2009 kami bertolak seawal 7pg ke Sg Congkak.
kul 8pg dah sampai.
olehkerana challet yg kami booked telah diberi pada orang lain.
maka, kami redah cari challet yang kosong.
Alhamdulillah.ada gak rezeki kami.
walopon challet tuh tidak sebaik challet Pak Yob.
Tapi cukuplah tuk kami tukar baju dan solat.
sebab kami prefer tidur kat khemah jek.
dah namanya camping kan..
lepas check-in jek.
wah!dah cam hotel pulak.wakaka
kami keluarkan segala bekal yang dibawak.
mama bawak nugget & fries jek.simple dan sedap.
my sis,Eja bawak nasi putih & ayam masak kicap.
Andak Nora bawak nasi goreng & hati ayam masak pedas.
Kak Ngah bawak nasi himpit, ayam rendang, sambal jawa & ulam.
mabeles!
Kak Lang sampai lewat sikit, kul 9.
Kak Lang adalah sponsor terbesar bekalan makanan.
lagipun, set BBQ Kak Lang marinate.
kami bagi sumbangan duit jek.hehe
pas makan, terus terjun.hehe
itulah masa yang dinanti-nanti kanak-kanan rebina semua.
termasuk mak-mak rebina ye.hehe


dari kiri: fiya,cucu sulungku,Auni & anak sedara Abg Ngah,Mirul


papa,Zahra & nenek Mah..my mak tersayang


mereka lagi...


dan lagi...


tuan punya belog yang perasan cantik
kat belakang tu..Auni

2 oarang penting dalam hidupku...


mak...papa & zahra ..auni


anak-anak buah mama....erra irdania, haziQ & haikal


yg botak tu,Abg Ngah..dan anaknya,Nenny.cucu Abg Ngah, Aaron Danish..yg baju putih, anak sedara bang ngah, mirul


Lepas semua lelaki-lelaki gi solat Jumaat kat masjid berhampiran,
kami semua bersiap sedia tuk acara BBQ malam tu.
dan ada perkara sadis tau terjadi.
apa dia???
nak tahu???
kami kekurangan space tuk tidur.huhu
khemah yang ada tak cukup nak tampung kuantiti oarang yang ada sebab semua badan kus mangat.hikhik
maka, papa terpaksa gi beli 2 bijik khemah lagi kat Econsave dekat Masterskill tuh.
jauh gak dari tapak perkemahan kami.
tak pelah, yang penting semua leh tidur nyenyak selepas acara memenuhkan pewot.hikhik

sowi ah terpaksa bubuh gambar neh.
kalo lah Endek Eja @ ibuzahra tahu mama masukkan gambar ni, sure mama kene sekeh ngan dia.hikhik
sebab dia kata, dia malu pakai anak tudng jek.haha

macam raya pulak kan???
siap ada pelita..
pelita tuh papa beli kat econsave.
nak harapkan lampu gasoline yg tauke challet tu provide memang bergelaplah kami malam tu..
menu acara BBQ..satay ayam, kepak & ayam black pepper & sosej panggang.
pastu, kul 9 lebih, anak sedara mama, Nenny masak maggie lak.
makan lagi.
pastu kul 10 pulak, Abg Ngah wat cekodok bawang.
peh!sedap gile.cicah plak ngan sambal jawa yang kak ngah masak.
pastu, kul 11 lebih memaseng dah masuk khemah.hehe
mengantuk sebab kekenyangan.
kul 3 lebih memaseng dah bangun, masak maggie dan makan lagi.
mama, papa & Zahra lena sampai pagi.haha
sejuk weyh, tidur kat hutan.
lagi-lagi dengar bunyi air terjun, memang lena lah.
tapi, kul 5 lebih papa dah bangun, gi bilik air.kesejukan.hehe
mama bangun tuk solat subuh.
pastu terus gigih wat bekfes.
kak lang masak bihun goreng, abg ngah masak cekodok ikan bilis dan mama wat roti bakar.hehe
yang senang jek keje mama.
ops, mama gak yang bancuh air tau.nak jugak rasa diri tu rajin!!!hehe
setelah mencekik, tukar baju mandi..sambung asek makan, mandi,pastu makan lagi, mandi lagi.hehe
kul 10 mama dah bersiap nak balik Klang sbb nak gi wedding pak sedara papa.
family yang lain stay sampai kul 12.
rasa tak puas mandi.hehe
nak buek camno!!terpaksa gak gi..hehe
[kalo sedara papa jek, mulalah rasa terpaksa, cuba sedara seniri, rela hati nak pegi.hehe
kejam sungguh!]
Pak Sedara papa yang kawen neh, Paman Izam.
Paman Izam neh, anak Atuk Talib, bapak sedara FIL.
Paman Izam kawen ngn Bik Intan, org Sijangkang.
kami dari Sg Congkak terus ke rumah pengantin perempuan...
sedang menunggu pengantin bersiap tuk bersanding....

3 of us...hope akan terus kekal bahagia .amin :)


kul 12.30, Pengantin Bersanding.

tema pengantin putih & hijau.
simple but nice :)

pintu gerbang yang simple


inilah pengantin.
semoga Paman Izam berbahagia bersama pasangannya.
walopon Paman Izam lambat bertemu jodohnya, harap ia akan kekal hingga hujung nyawa.amin.

kami balik awal sikit.
tak sempat nak bergambar ngan pengantin pun.
sebabnya...
budak tecik kat tengah tuh, dah buat hal.
dia berlari & terjatuh bergolek-golek atas tanah.
menangis cam dah tercabut gigi.
geram jek.
langsung tak reti dok diam.

3 of us...
sebelah malam, gi wedding sepupu mama pulak, Izam & Nurul.
ni dekat jek.
sowi lah, tak dapat rewang umah kowang sebab kami bercuti-cuti mesia.hehe
agaknya, memang musim orang nama Izam kawenlah.hehe
mereka yang nama Izam pakat kawen sekali.muahaha
moga Izam & Nurul bahagia gak...

Ahad pulak, mama takde aktiviti sangat.
papa pagi-pagi dah kuar gi main futsal.
papa ada tournament.
papa masak maggie sup tuk sarapan before gi main futsal.
papa kejut mama bangun tidur tuk bekfes sesama.
kali ni mama tak ikut papa.
badan sakit-sakit sebab swimming beriye sangat.haha

kul 11pg, mama kuar gi K4 ngan ibuzahra.
carik ketam.
papa request nak makan kari ketam.
maka, sebagai isteri yang mithali,mama turutkan je.hehe
papa balik lunch & pegi lagi main futsal.
gigih sungguh laki haku neh..hehe

kul 2lebih baru papa balik.
siap dah kendong basikal baru tuk cik Zahra.
sukalah budak tuh.
tersengih-sengih naik beskal baru.kaler pink lagi.
papa memang dah janji,kalo bonus masuk jek nak belikan beskal tuk cik Zahra sbb beskal lama dah patah dua.huhu
kiranya, hadiah anniversary tuk buah cinta kami la..
apa hadiah mama tuk Zahra???
tungguuuu!!!!
mama lom beli lagi.haha

lawa tak beskal Zahra???
murah jek..RM85.
papa beli kat kedai beskal kat pekan Rantau Panjang.



p/s: wiken yang sangat hectic.papa jadik mangsa jadik tukang urut.haha

love: mamazahra =)

2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

beshnyer..lom pernah lagi smpai sg congkak ni. selalu dgr dr mulut org jerk..ni yg terasa nk pegi jugak..pergi satu hari utk mandi manda cukupla ye tak..nk camping, kitorng tak segigih family norly..siap pasang khemah n masak2 lagi..seronok betul baca..hehe

lagi satu, nk tumpang gumbira utk Zahra. mama n papa smbut aniversary, Zahra pon turut dpt hadiah ek..best3x..

Norly a.k.a MamaLeana said...

lily: kami nak bercuti jauh-jauh mmg x dapatlah.memaseng ada hal memaseng, harap kt sg congkak jek la dpt berkumpul.tu pon, x cukup korum....

zahra kan pengikat kasih mama dan papa, tu yg dpt hadiah same tuh.hehe

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!