Saturday, 12 December 2009

Bulan Cinta - Episod 3 : Hari Pertunangan kami

Ya Allah...at last, dapat gak mama wat entry.
cuti 3 hari, berukben pun bercuti gak ke?
payah tul nak upload gambar.
geram jek.
blog langsung takleh update, hanya mukabuku saje yg dgn jayanya leh bukak.


okeh, episod bulan cinta kali neh, adalah imbasan tentang Majlis Pertunangan kami.
ececeh.cam poyo tak?


Mama dan papa bertunang pada hari Sabtu,24-June-2006.
bersempena tarikh hari lahir mama yang ke-24.
tarikh neh, papa yang pilih.hehe


Kami bertunang, selepas 2 bln mama habis degree.
Majlis Konvo pon belum lagi time tuh.
Nasib baik mama dah dapat part time job.
tapi, time tu gaji seciput jek.
nak beli barang hantaran pun tak mampu.hehe
sudahnya, segalanya di sponsor oleh papa.
sape suh ajak tunang cepat-cepat.kehkehkeh
apepun, kat situ menunjukkan kesungguhan papa tuk mendapatkan mama.




Majlis Pertunangan kami hari Sabtu.
dan mama kerja that day.
so, majlis berlangsung selepas asar la.
Mama pilih tema kaler PINK kesukaanku.
papa lak pilih kaler febret dia lah, BIRU.


Majlis kami sederhana jek.
hanya saudara terdekat dan sahabat baik jek yang mama jemput.



[tengah berdebar-debar neh, tunggu rombongan sampai]

Alhamdulillah, rombongan sampai gak.walopon lambat sikit sbb ada kenduri doa selamat kt rumah papa before ke rumah mama]

sebahagian keluarga papa yang ikut rombongan

13 barang hantaran dari pihak papa.


ekceli yang papa plan cuma 9 hantaran sahaja.
cincin,set perfume,buah,cekelat,kek bertunang,kelengkapan solat,sejadah,sirih junjung&kain pasang.
tapi, sedara-mara papa bawak lg 4.tu yg jadik 13.
kek,kuih,manisan & pulut kuning.
rezeki tuh namanya.hehe



11 hantaran dari pihak mama.


kek,set perfume,cincin,sirih junjung,sejadah& kain pelekat,kain pasang,cekelat, manisan yg disponsor Asz, pulut kuning,manisan&buah.



rombongan dari pihak lelaki



sedara-mara & rombongan meminang



cincin bertunang yang disarungkan nenek papa


24 kuntum bunga ros pink dari papa.surprise neh, mama tatau pun papa plan.
bunga ros neh tuk hari jadi mama.
bunga neh adik pompuan papa yang bawak.
mama & SIL, Ana
muka hepi :)
mama selamat jadi tunangan papa.
Kedua pihak setuju tuk kami bertunang selama 1.5tahun.
maknanya majlis pernikahan akan berlangsung Dec 2007.
dan..antara kawan-kawan baik yang berkongsi kegembiraan ngan mama.




ayu shaliza

Asz, bespren dari zmn sekolah menengah



sarah..my BFF time BACC kt UiTM Shah Alam



syida...my coursemate BACC

Ejan..my BFF & eva..

nad...



tetamu yang hadir


my siblings...plus anak sedara

anak-anak sedara...
dari kanan: fiza, neny,erra dania,ayong,aein &eika

dah, itu jek nak kongsi...
sekali-sekala dapat imbas kenangan,syok gak...
hope kowang tak muak baca entry Bulan Cinta neh :)


love: mamazahra =)

3 comments:

NONIE AZIZ said...

24.06. birthday Nurin!!so Norly ngan Nurin sama tarikhlaaaa

~mamazahra~ said...

k.nonie: ye ke???leh la cebebr8 sesama.syok neh..lg best kalo k.nonie yg sponsor.wakakaka

~mamazahra~ said...
This comment has been removed by the author.

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!