Tuesday 13 October 2009

~ Khasiat Pelukan ~

Tajuk entri neh, panass..lebih hangat daripada biasa.hikhik *gelak gatai*

ini n3 tuk mereka-mereka yang sudah bernikah SAHAJA.
Bagi yang belum bernikah, jangan gatai-gatai ye!!
tapi, bagi yang bakal bernikah, bagus gak baca.
leh la di jadikan amalan harian pas kawen nanti.

info ni mama nak share ngan kawan-kawan yang dah kawen or bakal kawen.
mama tahu, dah ramai yang tahu dan dah ramai yg amalkan.
mmg bagus lah.
info ni dari Dr Fadzilah Kamsah.
selain leh hilangkan or jauhkan penyakit, boleh jugak tuk eratkan hubungan suami-isteri.

Bukti keberkesanan amalan neh, tak pulak mama tahu.
Tapi, bagi pasangan yg dah cuba, atau amalkan sure derang nampak keberkesanannya.
kalo rasa nak kongsi ngan mama pun, boleh saje.


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.*tapi,mama kurang pasti apa kebaikan nye bg isteri pulak.mebi sama jugak kot*

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

*so, tak payahlah gi slimword or mana-mana slimming program ye!!!*

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.


Macam mama dan papa seniri, memang setiap pagi sebelum gi keje.
mama akan kiss pipi kiri dan kanan dan cium tangan papa.
papa lak, cium pipi kiri dan kanan dan kiss dahi.
pastu kami berpelukan sekejap.

Tapi kan, satu tabiat buruk mama.
Kalo majuk ngan papa, gi keje salam jek, takmo cium or peluk.
nanti sampai opis, rasa nyesal jek.
rasa resah gelisah macam cacing kepanasan.
takot sgt kalo pape jadik pada papa.
takot tak sempat nak peluk papa lagik.
so, salunya, bile papa balik keje jek,terus cium pipi n peluk papa.
pastu, papa akan perli..."tulah, pagi td buat dono jek." hikhik

Macam mama dan papa, kami ni amat susah meluahkan rasa cinta dan sayang.
dari awal kenal sampai dah kawen.
kami susah sangat nak luah rasa cinta.
rasa malu nak cakap "i love you!!".
tatau lah nape.
bukan tak cinta, tapi rasa malu nak luahkan.
so, dengan cara ni la kot, kami luah segala rasa.

tuk bukti leh susutkan badan tu, takde pulak.
mama tengok badan mama sejak kawen, makin menjadi-jadi.
papa pulak makin kuwus melidi.hikhik
agaknya, kesan tuh pada papa kot.ngeh3

okey la, selamat berpeluk!!!

love: mamazahra =)

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!