Wednesday, 28 November 2012

Langkah Mula

source: Dari Hawa ke Hawa

Sekadar perkongsian....

Setelah berkahwin, selesai sahaja aqad nikah, diri pasangan menjadi halal antara satu sama lain, sepatutnya mawaddah dan rahmah mula berkembang dan memekar seterusnya terus harum mewangi mewarnai kehidupan pasangan dua sejoli itu..

namun, kekadang bukan itu yang berlaku,..

halalnya status suami isteri rupanya menjadi titik mula penderitaan batin dan emosi...

suami kasar, isteri bengis, suami garang, isteri jadi singa betina, suami tak endah, isteri tak peduli, suami lepas tangan, isteri berkira.. kasih dan sayang seolah tidak wujud lagi.. umpama langit dengan bumi layaknya..jauh beza ,..tidak seperti masa bercinta dulu,..

mengapa begitu? sedang masa bercinta, dia tidak halal untuk kita pegang, untuk kita sentuh, untuk kita bermesra , bersenda gurau, ketawa menggoda, senyum menawan, bercakap lemah lembut.. tapi kita buat, semasa bercinta. sebaik berkahwin, hilang senda gurau, tawa manja dan senyum manis, yang ada hanya sendu dan pilu,.. kesan layanan kasar masing-masing…

maka bertepuk tanganlah syaitan durjana..

hari demi hari berlalu, bulan berselang, tahun berganti,.. keadaan makin parah..

bila berlaku sesuatu ujian, isteri jatuh cinta dengan orang lain, suami ada perempuan baru, ingin menambah cawangan .. tiba-tiba baru kita tersedar.. ehh. apa jadi dengan perkahwinan ku, yang ku bina atas dasar cinta sama cinta.. yang dia dulunya kurindui siang dan malam, kini masa dan tempat bukan lagi merapatkan ..

kesedaran datang.. isteri mahu berubah, mahukan suami juga berubah,.. mahu cuba menyelamatkan perkahwinan, mahu rasa kasih mekar semula, rasa cinta bersemai kembali,..

boleh,..

insyaallah,.. kerana ALLAH itu amat cintakan kebajikan,..

tetapi desakan hawa nafsu pula menjadi masalah.. bisikan syaitan tak pernah putus,..

kekadang diri mahu berbuat baik , tetapi pasangan hanya memberi respon jika kita mulakan dulu, jika kita diam, dia pun tak kisah.. setiap kali kita yang kena mulakan langkah awal, ambil first inisiatif,.. setiap kali,..lalu kita jadi negatif, jemu dan bosan…

mengapa?

bukankah orang yang memberi itu lebih baik dari orang yang menerima?

bukankah tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah?

kenapa ada rasa sombong,..? tak mengapa kita sentiasa memulakan ,..kebaikan atas kita,.. bukankah nabi kita kata orang yang memberi salam itu lebih mulia dari orang yang menjawab salam?

yakinlah, memberi itu lebih baik..

memulakan itu pahala,..

yang pertama itu sentiasa membawa makna,.

buat kerana ALLAH, nescaya puji atau keji , tak akan membawa erti pada kita,.. dipuji kita syukur , dikeji pun tak mengapa,.. kerana yang penting adalah penerimaan ALLAH…

ayuh,.. kita jadi yang pertama.. mulakan langkah,.. menuju kebaikan..


Ada benarnya kata-kata Puan Intan Rohaida ni kan? ini lah yg mama alami,  tidak sedar bila bermula. bukan sebab cinta sudah hilang, bukan juga sebab jemu tapi sebab kita rasa bila aqad sudah diucap makanya dia hak kita yg kekal dan tak perlu disemai rasa cinta itu semula. lebih-lebih lagi, mama & papa bercinta tak lama. kenal, berkawan, terus ikat tali pertunangan & bernikah. orang kata, tempoh taaruf tu tak lama. tapi itu bukan alasan kan, tempoh perkahwinan selama 6 tahun tidak dipergunakan sebaiknya. Bila ALLAH beri ujian, baru tersedar, namun masih bekum terlambat lagi. semoga rumahtangga mama & papa sentiasa diredhai ALLAH dan semoga mawaddah warahmah terus berkembang, in sha ALLAH.

--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

8 comments:

Julia Johari said...

Comel betul anak u dhia...heheh besar dh dia...jom follow me...i dh follow u back dear...keep in touch always ya...see u soon :)

Norly a.k.a MamaLeana said...

tq dear... dhia dah 5thn, dah anak dara.. hehe. will follow u back!

Unknown said...

Aminkan semua doa awak..amin~

Norly a.k.a MamaLeana said...

nafira:tq awak for the doa. amin jugak~

Anonymous said...

Semua da oke.? Pray for u always.....

•♥• Mrs RR •♥• said...

Salam dear.. how r u? hopefully semua akan kembali normal spt biasa.. i pray for u too ;)

NONIE AZIZ said...

Amin...in sha Allah..Akak doakan semua yang terbaik untuk Norly & Family..take care ya...

Norly a.k.a MamaLeana said...

Mrs RR: sorry.. baru sekarang berkesempatan balas ur comment yunk! hehe. berkurun dh kan... kembali seperti normal adalah mustahil. tetapi norly harapkan kembali ceria seperti dulu walau keadaan telah berubah. chaiyokk!!

k. nonie: amin.. TQ for the doa akak! semoga yg baik2 je Allah bg pd norly & anak2! amin.

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!