tengok tajuk dah tahu kan, punyalah azab nk update entry. padahal banyak je gambar dan cerita nak up, tapi langsung takde mood nk blogging. mama rasa kan, dah berkurun mama tak update direct dari blogspot. manjanglah update dari BB atau gmail. komen yg ada tu, berlumut dah tak ber-reply. sikit punya malas.
korang pepaham je lah, kalau dah update via email/BB, dah tentu gambar berderet kt atas sekali. tak saspen langsung. nak cerita pun terus mood terbang melayang. malas.
amacam Hari Raya Aidil Adha korang? ada buat korban? mama, belum ada rezeki lagi. insyaAllah, kalo duit dah cukup next year buat tuk sekeluarga terus. this year, kami beraya kt umah kak ngah mama kt sementa sebab mak beraya kat sana. kak ngah memang pujuk ajak beraya kt umah dia dan siap offer mama tuk gantung kuali dari masak juadah raya. memula, cam taknak lah sebab takut papa ajak berya umah in-law. sekali, sehari-dua sebelum raya tu, papa kena kerja sampai lewat malam sebab closing. mama lak MC sehari sebelum raya tu. dah lama tak semput, inhaler ntah dah campak mana, ubat ventolin pun dah abes stock dan makan belasah semua benda. sudahnya asthma attacked. actually dari Rabu lagi dah start berbunyi bila bernafas, tapi mama tahankan je. sekali khamis tu, dengan semput, sore throat dan batuk terus MC. terus lah setuju tuk beraya kat umah kak ngah. dan mama decided tuk masak western food je tuk raya sebab kak ngah dah siap masak juadah raya sehari sebelum raya tu. mama memang tak tolong apa pun, tengahari lepas balik dari klinik amik neb, terus gi carrefour cari bahan-bahan tuk buat pizza & burger. burger patties memang mama dah buat 2 hari sebelum tu. terus lepak umah kak ngah, petang tu anak-anak sedara mama tolong potong-potong pizza topping, segala cili benggala, pitted olives, nenas, sosej dll. senang keje buat ramai-ramai kan. hehe
malam raya, lepak-lepak tengok TV sambil takbir ramai-ramai. anak-anaklah yg paling seronok malam raya sebab bleh kumpul dgn sepupu-sepapat. main dan gelak ketawa. mama pun seronok gak sebab tak payah susah-susah masak juadah raya dah bleh makan 2-3kali ulang. mana tak gemuk. eh. malam raya tu, papa balik hampir tengah malam dalam hujan lebat. sian papa.
pagi raya, kak ngah panas-panaskan juadah raya dan amma tolong-tolong apa-apa yg patut like kemas umah & cuci pinggan. lepas tu terus buat doh pizza. memula mama buat 1kg tepung je, takut tak termakan sebab juadah raya memang banyak. tapi, bila adik-beradik, anak2 sedar & cucu2 datang, 10keping medium size pizza tu tak cukup dan mama bancuh another 1kg tpg dan gigih beli grated cheese lagi. sudahnya 2kg tpg pizza & 12bj homemade burgers licin habis. penat memang penat sebab asek dok depan oven jek kan, tapi seronok bila makanan yg kita masak habis licin kan. sorry, gambar pizza & burger tak sempat snap. mana nak sempat, keluar jek dari oven, terus semua berebut nak makan. tak sempat pizza seterusnya masak, dah abis. hehe. atas permintaan ramai, insyaAllah mama akan repeat buat lagi. tapi ntah bila lah. bukan apa, modal tuk buat western food ni bukan murah. tuk buat pizza & burgers tu mama habis RM150++ gak tau. tapi, sekali-sekala takpe lah. seronok masak bila hasil masakan habis dimakan dan tiada pembaziran.
raya ke-2 dan ke-3 pun, masa dihabiskan dirumah kak ngah sambil makan daging korban. sup tulang lembu, asam pedas daging & bbq daging jadi juadah. seronok. tapi badan terus flat sebab banyak sangat makan daging. hehe
apa cerita raya korban korang pulak??
--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com
No comments:
Post a Comment