Tuesday, 12 June 2012

Pantang atau tak, mana satu jadi pilihan?

Assalamualikum semua :)
Korang sihat? Biasalah, mama semput. Semalam dapt MC, Dr suruh berehat kt rumah. Memang mama pergunakan waktu sebaiknya tuk tidur. Hehe. Zharif papa hantar gi umah bb sitter, Zahra gi sekolah. Balik sekolah baru stay kt rumah dgn mama, tapi mama paksa dia tidur sbb mama nak tidur. Bukan apa, mlm isnin tu langsung tak tidur satu malam sbb menahan sesak nafas. Subhanallah, Allah sahaja yg tahu betapa azabnya penyakit asthma ni. Kalau diberi pilihan, mama memang taknak ada penyakit ni.

Lamanya mama tak menconteng kt sini kan, macam tak cukup masa je. 24jam tu rasa cam pendek sangat. Dengan sakitnya, busy keje, melayan anak2 dan suami memang jadual harian penuh-padat. Nak buat cemana? Itu semua tanggungjawab...

Okeh, berbalik pada tajuk. Pantang atau tak? Mama bukan story pasal pantang lepas bersalin tau! Itu wajib, kalau tak pantang mahu badan lunyai. Kalo setakat 'curi tulang' masa pantang tu normal.haha

Mama nak cerita pantang makan tuk sesuatu penyakit. Macam mama ni lah.. Mama kan ada asthma, benda pantang bagi mama adalah makanan/minuman sejuk, berais selain habuk dan asap. Kalo kencing manis, tak bleh makan benda manis. Kalo darah tinggi, tak leh makan benda masin dan panas cam kambing dll. Korang rasa kan perlu ke pantang makan ni???

Mama ni kalau diberi pilihan, memang TAK SUKA nak pantang-pantang makan ni. Kalo boleh nak bedal semua. Tapi apakan daya, yang tanggung sakit badan sendiri. Nak atau taknak, kena gak pantang. Huhu

Tapi kan, mama pantang atau tak asthma tetap menyerang. Walau mama jaga makan, tetap semput. Kalau bedal semua, memang sah lah semput kan. Tension mak tau! Mama dah bosan pantang makan, rasa macam hilang nikmat....

Kalo ikutkan hati ni, memang nak bedal apa pun yg mama nak makan atau minum. Mati itu PASTI, so sementara masih ada nyawa ni nikmati segala nikmat yg Allah beri. korang setuju tak??

So, pantang atau tak?? Korang rasa apa patut mama buat? Nak kena pantang atau tak eh?

*bingung*

Sent from mama's SweetBerry®

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!