Tuesday 19 June 2012

Facebook tempat kumpul kawan atau lawan?

Assalamualaikum semua :)
Apa khabar semua kawan2 blogger? Sihat?
Mama seperti biasa, asthma yg semakin kronik lebih-lebih lagi dalam keadaan jerebu sekarang ni kan. Bacaan API kt port klang 130++. Kira bahaya dan tercemar. Asthma mama makin menjadi-jadi. Bertambah buruk bila ada jiran tetangga yg langsung tak alert dan tak ambil peduli pasal keadaan udara, bila mereka sesuka hati membakar sampah. Sekarang ni inlaher dan pil ventolin menjadi sahabat baik mama, sampai papa suruh gantung kat leher buat loket. Ok, ini memang tak kelakar eh papa. Ingat mama suka hati ke nak sakit. Tak pernah doa pun mintak Allah bagi sakit tau, kalau boleh memang nak sihat sejahtera je. Tapi, sakit kan juga kehendak Allah. Itu tanda Allah masih ambil peduli pasal mama kan..

Okeh, lately agak busy dengan kerja. Kemudian, sibuk dengan kenduri-kendara. Kenduri arwah makcik depan rumah yg meninggal hari rabu lepas, kenduri kawen jiran tetangga, kenduri aqiqah anak sepupu dan terbaru weekend ni bakal berlangsung majlis tunang anak sedara mama, Amira. Rasanya, penat tuk majlis nikah&bertandang Aien pun tak hilang lagi. Huhu.

Sampai kan, besday sendiri ahad ni pun hampir tak ingat. Haha. Mujur kakak-kakak bagi hint supaya tempah kek yg sedap sbb derang nak makan sempena besday mama. Derang ni memang hampeh, patutnya derang beli tuk mama tapi sungguh kejam bile suruh mama beli sendiri. Tapi, demi kakak-kakak tersayang mama order lah juga kan.

Selain sakit dan busy, cik sweetberry juga merajuk minggu lepas dan hampir mama nak lepaskan dia pergi tapi Alhamdulillah, dia masih mahu berkhidmat buat mama. So, kepada iphone4s sabar dulu eh. Nanti saya sambar awak juga..haha

Orait, berbalik pada tajuk. Facebook tu tempat kumpul kawan atau lawan? Apa pendapat korang?
Bagi mama, facebook(fb) ni memang tempat mengumpul kawan dan mengeratkan silaturrahim. Tapi FB ni boleh juga dijadikan tempat tuk kita kenal mana antara kawan yg tak ikhlas berkawan dgn kita, pendek kata berpotensi menjadi lawan. Atau, dia request tuk jadi friend kita semata-mata tuk mengutuk kita, mencari salah dan kekurangan kita dan juga jadi stalker.

Kenapa mama tanya soalan ni? Sebab mama baru terkena. Mama ingat mereka ikhlas nak berkawan, tapi rupanya cuma nak jd stalker dan akhirnya mengutuk kita. Subhanallah... Mujur, mama belum sempat merapatkan diri dengan dia. Mujur hanya jadi kawan dalam FB. Kalau tak, bukan je fizikal mama dikutuk mungkin keluarga mama sekali atau apa sahaja yg dia tahu tentang mama boleh dijadikan bahan.

Apa pun, kalau keadaan semakin rumit mama mungkin akan mem'bersih'kan friendlist fb mama. Mana yg tak berkaitan, kita remove je. Mama buka akaun fb tuk merapatkan silaturrahim dgn semua yg mama gelar sahabat dan ada juga kenalan baru. Tapi, tak sangka lah ada juga yg dalam friendlist mama rupanya tak ikhlas dlm berkawan. So, lepas ni mama cuba lebih berhati-hati.

Sekarang ni, mama agak busy dengan kerja dan persediaan tuk percutian kami sekeluarga. Nanti mama kongsi eh. Sekarang ni sibuk mengumpul maklumat, tips dan booking segala apa yg patut. Susah hati sebab nak berjalan bawak anak-anak, kali ni tanpa orang lain. Hanya, mama,papa dan anak-anak. So, extra gelabah disitu. Haha

Ada sesapa boleh teka destinasi percutian kami??? Nanti mama hadiahkan fridge magnet dan t-shirt. Nak tak??? Sila teka!!!

Ok. Bai.

Sent from mama's SweetBerry®

5 comments:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

bestnye nak pi holiday..overseas lagi tuh..bandung kan kalau tak silap..syokla leh shopping sakan..^__^

Norly a.k.a MamaLeana said...

lily:dah betul tu, tp tuk lebih tepat kami akan pergi 2 tempat sebenarnya.... tq kerana mencuba. insyaallah fm bandung kami belikn tuk lily.hehe...

Anonymous said...

lily:shopping sakan tu xde lah, duit poket xbyk pun. xsempat nk menabung.hehe

eyrajabar said...

Jakarta & Bandung...tetttt...

eyrajabar said...

jakarta & bandung...tetttt...

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!