Sorry,agak terlambat entry hari ibu ni. Tapi itu tak bermakna mama tak hargai jasa mak mama tau.
Bagi mama, setiap hari adalah hari ibu. Setiap hari mama terkenang setiap jasa yg mak dah korbankan tuk mama. Lebih-lebih lagi bila mama dah berjauhan dgn mak. Jauh?terpisah? Bukan mama dok ngn mak ke?yes, itu dulu. But sekarang ni, sejak 11 april 2012 (masa cuti pertabalan agong) hari tu, mak tak lagi dok ngan mama mahupun kakak-abang mama. Mak sekarng dok kat Madrasah Pusat Pengajian Taqwa, Jeram. Itu permintaan mak mama, nak menambalkan amal,ilmu agama &mendekatkan diri pada-Nya. Sebagai anak, andai itu adalah kebahagiaan bagi mak, haruslah turutkan.
Buat masa ni, kak ngah mama yg paling kerap jenguk mak.tuk tengok apa keperluan mak. Sejak mak dok sana, baru 2kali mama jumpa mak. Rindu memanglah rindu, tapi taknak lah mak terganggu. Mak pun kalau balik, taknak tidur umah atau umah anak2 lain. Balik sekejap je melepas rindu.
So, sabtu lepas kami sambut hari ibu secara sederhana je kat Pantai Remis, Jeram. Tak lebih 2jam pun. Kak ngah jemput mak lepas asar, dan nak masuk maghrib tu mak dah nak balik takut terlepas jemaah maghrib.
Apa yg penting, mama doakan mak sihat je kt sana dan bahagia sbb dpt buat lebih byk ibadah kt sana. InsyaAllah...
Okeh, berbalik pada tajuk entry. Mama nak story tentang "warisan bonda". Apa yg mak wariskan kepada kami?bukan harta pusaka yg kami harapkan, bukan juga wang ringgit tuk dihabiskan 7 keturunan. Tapi ilmu, didikan yg mak turunkan buat kami adik-beradik tuk kami jadikan panduan hidup dan teladan dalam mendidik anak-anak kami pulak. Betul tak?
Tapi kan, mama nak tanya. Dalam banyak2 sikap/kepakaran/habit mak korang, apa yg korang warisi dari mak? Macam mama sendiri, bila renung/muhasabah diri sendiri ada sesuatu yg mama warisi dari mak. Apa?
Mama rasa ada yg baik dan ada gak yg buruk. Yg buruk tu, mama over sikitlah dari mak. Hehe. Apa dia?
Okeh, kalo yg baik tu mama warisi air tangan mak. Bukan mama sorang je, tapi semua kakak dan abang mama. Boleh kata, semua ada kepakaran memasak. Tapi, mama paling kuranglah sbb mama paling akhir kan tak sempat nak belajar lagi. Haha, alasan. Tapi, semua abang-kakak mama pun pandai memasak malah derang ada extra warisan mak,iaitu berniaga hasil memasak. 1 dari 3 abang mama ni, berniaga makanan kt pasar malam dan katering. Dan 2lg boleh masak tuk anak-bini je. 3kakak dari 5 pulak, berniaga &masak katering jugak. Dulu, kak ngah siap bukak kedai makan kt sementa. Tapi sekarang masak tuk family dan sesekali amik tempahan je. Setakat hari ni, mama & 2kakak lagi taklah berniaga makanan tapi ada sejenis dua kuih yg kadang ada jugak org tempah. Mama belum lagi sampai tahap tu, setakat nak masak tuk family dan tuk kawan2 boleh la. Tapi tuk ambil tempahan, tak sampai tahap tu lagi.hehe
Bagi mama, asal dapat masak tuk suami dan anak2 cukup lah kan... Yg penting pandai masak. Hehe. Tapi, minat mama dalam masak & baking ni warisan dari mak.
Sejak kecik lagi, mama &adik-beradik tolong mak buat kuih&masak tuk jualan. Masa kecik dulu, mak ada warung. Lepas arwah bapak meninggal, warung tutup dan mak berniaga pasar malam pulak. Tak lama lepas tu, mak supply kuih ke kantin-kantin pulak. Dan pernah gak mak masak&supply kuih kt kantin sekolah dan kilang. Dan mak amik gak tempahan dari orang. Setakat nak buat karipap&kuih-muih melayu ni memang kami adik-beradik insyaAllah boleh buat. Mana taknya, dari sekolah rendah darjah 2-3 camtu mama dah start tolong mak buat kuih. Kadang tu, mak cuma bancuh je kuih tapi mama&kakak2 yg buat kuih tu sampai siap. Kakak2 mama mmg terror lah kan, mama setakat masak tuk buka puasa boleh la. Selalunya, time puasa lah kami praktik ilmu dari mak. Mama akan tukar-tukar juadah dgn 2kakak mama, Andak&Endek.
Apa pulak yg buruk? Suka berbelanja &boros. Mama perasan, mama ni sama je ngan mak. Pantang ada duit, ada je nak beli. Walopon kekadang benda tu akhirnya terbiar. Kan dah kira boros tu kan... Memula tu tak perasan yg mama warisi sikap mak, bila perhati sekeliling rumah baru perasan. Haha. Ada benda yg kami (mak&mama) beli, tapi tak diguna pun.
Apapun yg mama warisi dari mak, mama tetap bangga sebab ada sesuatu yg mama boleh kenang tentang mak. Kan....
Sangat berterima kasih dengan mak sebab membesarkan mama dgn susah-payah hasil air tangan mak. Penngorbanan mak tak dapat nak berbalas sebab terlalu besar buat mama.
Mama sangat sayang mak walaupun sukar nak terucap kata-kata tu. Doa mama, moga mak sihat dan senantiasa dilindungi-Nya. Amin.
Selamat hari ibu mak!!!!
Sent from mama's SweetBerry®
No comments:
Post a Comment