Sunday 29 May 2011

Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya

Since malam semalam, kami sekeluarga berkampung di himpunan sejuta belia, Putrajaya.
semata-mata kerana papa join tournament futsal Kosmo tuk Himpunan Sejuta Belia 2011 ni lah.
tak pasal-pasal anak-beranak berkampung kat Putrajaya.haih!

malam semalam, kami gerak ke Putrajaya kul 8.30malam sebab papa punya game dijangka start kul 9malam.
punyalah bersemangat waja papa nak ke sana, angkut sekali bini ngan anak-anak.
sepanjang jalan, anak-anak dah tidur.
mama memang dah dapat agak, futsal tu akan berlangsung lama sebab papa ada cakap, lebih 100 team join tournament tu. dan, tournament tu ekceli dah mula since khamis lagi.
oleh kerana team papa, team ke 83, derang bajet dapat main Jumaat kul 9malam.
sampai kat gelanggang futsal sejuta belia tu, kat Presint 18.kiri-kanan jalan dah penuh dengan kereta, bas, motor dan ntah macam-macam kenderaan lagi lah.
parking toksah cakap lah, penuh manjang.puas papa pusing-pusing cari parking tapi takde pun.sudahnya, park kat tepi jalan dekat ngan petronas presint 18 nun.
sikit punya jauhlah kalo nak menapak ke gelanggang futsal tu. dengan anak-anak dah tidur, memang seksa.
sudahnya, papa cakap biar dia sorang jek jalan gi gelanggang futsal tu dan amma ngan anak-anak dok dalam kereta sampai papa dapat tau mana gelanggang dia akan main dan ada port tuk kami lepak.
tunggu punya tunggu, papa sendiri tak tahu bila turn dia sampai nak main.tempat nak lepak pun takde, orang macam semut kat area gelanggang tu.
akhirnya, mama pakat ngan anak sedara mama Eiqa yang dok kat Presint 11 tu tuk keluar lepak sama-sama memandangkan anak-anak dah bangun dan perut mama dah lapar. Eiqa abes keje kul 9lebih.tapi last minit ada pulak patient yang pengsan time nak balik tu.ops, Eiqa bukanlah Doctor eyh, nurse jek.hehe
so, terpaksalah berkorban masa. mama tunggulah sampai Eiqa abes keje. kul 10baru Eiqa datang amik amma & anak-anak.
oleh kerana dia pun baru balik keje siap beruniform, terpaksalah kami anak-beranak ikut Eiqa balik umah dulu mandi & siap-siap baru keluar.
Kul 12 malam, baru keluar.Eiqa ajak jalan-jalan ke downtown Cheras memandangkan Putrajaya tu takde tempat happening nak lepak dan ...

bazar himpunan sejuta belia tu pun dah tutup.
khemah belia-belia dari Puteri Umno melambak-lambak lah kat area tapak himpunan tu.
happening gila babas lah.
masa otw nak ke Cheras tu, papa sms bagitau yg turn dia punya team maybe kul 5pagi so dia nak join.
tak pasal-pasal patah balik ke Presint 18 tuk ambik papa.
maka, kami ke downtown lah memalam buta & anak-anak tak tidur pun. nak patah bahu mendukung si bulat Zharif tu. mujur Zahra masih mampu berjalan. elok jek jalan kat downtown tu dan selamat mengepau papa dia baju spongebob.lantaklah situ, janji tak merengek.
elok tengah shopping, member papa gitau yang lagi sejam maybe turn papa.masa tu baru kul 3pagi.punyalah papa gelabah katak disitu. sudahnya cepat-cepat makan steamboat terus berdesup hantar papa gi gelanggang balik.
otw balik tu, anak-anak dah separuh sedar,pengsan memasing. memula tu nak join papa kat gelanggang, tapi bila melihat keadaan anak-anak yang dah kepenatan sudahnya decide balik umah Eiqa jek.
punyalah seksa nak mendukung budak berdua tu naik tingkat 10 pangsapuri Eiqa. mujur Eiqa nak dukung Zahra dan mama dukung si bulat tu. nak patah tangan lah walopon ada lift.haih.
sampai atas, bukan anak-anak jek pengsan. tapi dengan mama & Eiqa sekali.haha
letihnya lah..
lepas subuh papa call, bagitau yang team dia tak main lagi. kul 7 baru sampai turn.subhanallah!!cian sungguh kat papa. tapi, dah itu minat dia kan...sendiri tanggung lah...
abes jek game, papa berdesup balik umah Eiqa nak hantar baju anak-anak. team papa berjaya mara ke peringkat seterusnya tapi tak sure lagi kul bape baru bleh main.
so, lepak kat umah Eiqa sementara kengkawan papa tuinggu giliran. lepak punya lepak, sampai kul 10.dasattt sungguhlah!dan lebih12jam tu berkampung kat putrajaya.kerja gila betul lah!semuanya kerana futsal.
pastu, member papa gitau yang maybe game derang kul 11malam. dari menunggu lagi 12jam kat Putrajaya, better balik umah jek. lagipun, keperluan anak-anak dah takde.
selamat balik Klang kul 11pagi tadi.umakkaihhh, badan sikit punya letih. mama & nak-anak selamat tidur sepanjang perjalanan.
sampai umah, papa punya turn pulak tidur.hehe
mama ngan anak-anak bleh lagi gerak gi Sementa, umah kak ngah mama sebab nak tolong kakak-kakak mama buat cookies tuk sponsor makcik mama yang nak buat kenduri kawen anak dara dia next week.
walopon penat, kena gak lah tolong kan.walopon mama curik-curik tidur sementara tunggu cookies siap.haha
dan waktu dan saat ini, anak-anak dah lena diulit intan dan papa dah selamat sampai kat Putrajaya semula.
kali ni, mama & anak-anak dah tak sanggup nak join papa buat kerja gila dia ni.tak sanggup nak berkampung kat himpunan sejuta belia tu. mintak mahap banyak-banyak.lotih!!
mama doakan dari jauh jek...hope papa & teamnya akan maju ke pusingan seterusnya dan berjaya bawak balik RM20000.mak ko!!!sikit punya tinggi harapan.hahaha
ye lah, takkan nak doakan papa lingkup pulak dah kan.walopon kalo bleh nak papa ada kat rumah kan.hehe

okeh, itu jek laporan mama tentang himpunan sejuta belia.hikhik
korang ada jugak ke yang berkampung kat sana?atau korang sempat jalan-jalan melawat segala booth yg ada kat situ?
mama tak sempat pun, kalo rajin sok nak kesana jemput papa. itu pun kalo rajinlah nak drive gi sana ngan budak berdua neh.ekeke
kalo tak rajin, papa tumpang geng dia lah.heeee :D

OK, selamat berhimpun di Himpunan Sejuta Belia 2011!!!gi lah beramai-ramaikan himpunan tu. kang tak cukup lah nak himpunkan 1,000,000 belia yang ada.hikhik

p/s: kerja gila betul!!!!kepala sudah weng...mahu berehat sebab kurang tidur.haih.

love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!