Friday, 13 May 2011

Dah mula sedih :(

Esok,papa dan anak2 dah nak balik Klang.tapi,hari ni mama dah mula sedih.tak sanggup rasanya nak berpisah selama seminggu,especially ngan hero kecik mama.
Cane lah Zharif time malam agaknya???nanges tak dia nanti??dia dah lah bangun breastfeed 3 atau 4 kali satu malam...
Sedar ke papa nanti,bile zharif nanges nak susu.ye lah,dah lama kan papa tinggalkan zaman bancuh susu...
Susu ibu ni dah la leceh sikit.tak leh nak suka-suka bancuh cam susu formula.
Cukup ke nanti stock chilled EBM zharif yg ada kat umah.kalo bleh,takmo lah bagi Zharif susu formula.
Papa kata,kalo dah xcukup nak buat cemana?kena gak lah bagi susu formula.harapnya cukuplah stok ebm tuk zharif tu.
Mama tak risaukan sangat zahra,insyaAllah papa boleh urus kakak zahra nak gi school pepagi.tapi,sedih sangat...tak dapat tgk kakak zahra sukan 17 May nanti.hope papa bleh harap tuk teman papa sukan...mujur ada ibu & mak andak tuk tengok2kan budak berdua tu...

Sebak nya rasa hati ni,dah lama tak berpisah ngan papa n zahra dan TAK PERNAH berpisah ngan Zharif.uuuwwwaaaaa!!!!sedihnya,moga mama kuat hadapi hari esok dan seterusnya....

Yang paling mama risau,bleh ke papa nak drive dari Kuantan ke Klang dengan dua anak tu...walopon papa dah seploh kali cakap,papa boleh dan mama jgn risau.mama tetap risau sgt2....
Mintak kowang doakan sekali,papa dan anak2 selamat sampai kat klang dan mama tabah hadapi rasa rindu ni....

Ok, nak kesat air mata jap....huhuhu


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Gieyana said...

sabar yer..mmg sedih kan bila bpisah..

norly a.k.a sweetmama said...

Gie:insyaAllah...seksa jiwa ni tak nmpk ank2 dpn mata :(

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!