Saturday 23 April 2011

Tiada alasan lagi

tuk mama tak update belog.
dulu kata, kalo ada cik bedah bendul tu mama nak rajin update belog. tapi, masih lagi tak rajin pun.hukhuk
tapi, serius mama tak cukup masa nak update belog.
maklum lah, ada anak kecik kan.kowang paham-paham sudah. bangun malam lebih 3kali tuk susukan zharif. tu belum kira zharif berak, mama bangun tukar diaper dia.tapi kadang-kadang, mama kejut papa suruh tukar.hehehe
belum kira Zharif buat hal, ajak borak kul 3pagi.hukhuk
so, badan terasa sangat letih sebab tidur tak cukup. lingkaran gelap bawah mata semakin ketara. cuma lawo sikit dari beruang panda.hehe
sekarang ni, amma buat keje luar.audit kat area PJ. tu alsan, extra letih.hikhik. jalan jem pergi dan balik keje, pergelangan kaki dah mula sakit.walopon cik Persona adalah auto.hahaha
asal ada peluang tidur, kompom mama tidur. kadang tu kalo tumpang kereta opismet gi makan or balik opis ke, kompom mama tertidur dalam kereta. tapi, dengan kak CT kan...so buat bodo sudah.tidur jek.ekeke
niat hati memang nak update belog sebelum tidur, sambil baring-baring kat katil, gigih type entry. lom sempat send, mama dah tertidur. nasib baik, cik BB tak jatuh kat dahi Zharif.kalo tak, mahu jendul dahi budak botak tu.hukhuk
so, mama memang takde alasan lain lagi dah.hukhukhuk

hari ni, Alhamdulillah sempat gak mama gi dengar pengajian kat Surau Hj Musran. Ustaz tu sentuh tajuk :Sifat 20. rasa tenang sikit hati dapat dengar pengajian. dah lama sebenarnya tak dengar pengajian secara live. kadang tu, dapat tengok Tanyalah Ustaz belah pagi sambil siapkan anak-anak, tak pun dengar radio IKIM time drive. hati ni rasa cam dah keras jek, asek nak marah-marah.emo tak tentu pasal sebab hati tak didengarkan ilmu Allah. padahal, kat surau Northport tu, sentiasa ada pengajian. tapi sepanjang 2 tahun berkhidmat kat sana, tak pernah walau sekali dengar pengajian kat situ. datang solat kat surau ada lah jugak, tapi tak join solat berjemaah pun. lepas lunch baru solat kan...huhu

lepas balik pengajian tadi, hantar papa gi opis jap.ada keje nak setel katanya. so, sementara tunggu papa tu mama bawak anak-anak gi playground kat Tasik Shah Alam. sebelum tu singgah McD drive-thru. tapau makanan tuk Zahra. tapi, bile dia dah leka main, mana nak makan.

kul 12.30, amik papa terus gi makan kat wong solo. lepas gak gian nak makan ayam penyet.sejak abes pantang, memang teringin sangat nak amkan ayam penyet.hikhik

sampai umah tadi, lepas solat zuhur terus tumbang 4 beranak. tidur sampai masuk Asar. punyalah penat.huhu

okeh, sementara ada masa ni. boleh lah kita borak-borak kan. lepas solat maghrib nanti, nak masak dinner plak.meh kita borak pasal perkembangan terkini kami. eleh, bajet artis lah plak kan.ada ke orang kesah tentang perkembangan kau!!!hahaha.lantaklah, nak citer jugak!~!!

tentang Zharif

18.04.2011 - Zharif genap 3bulan. maknanya aineh 3mos 5days lah. badan semakin berkembang dengan pesat. lenguh lengan mama kendong dia.mujur ada baby sling, kurang sket sakit lengan ni. kalo tak, mahu ada muscle lengan mama kalo dukung dia selalu. mama tatau berat terkini dia, Isnin nanti ada 3rd check up. baru mama update berat si botak tu eyh... budak botak tu suka borak, kadang tu tak kena masa dia ajak borak. kul 3 pagi lah, sape yang larat nak layan kan.susu plak, zharif dah kurang sikit minum. tapi dalam tempoh sebulan lebih sikit neh, dia berjaya menghabiskan stok chilled ebm mama dari February sampai march.stok 2bulan, dia minum dalam masa sebulan. hebat tak hero mama ni???
skang ni, stok yang tinggal stok 6.4.2011 sampai 22.4.2011, tatau lah sampai bile bleh bertahan. mama dah naik risau, kalo bleh takmo campur susu formula. kalo lah boss hantar gi otstesen, mahu mama angkut budak botak tu sekali.sapa mau baby sit dia kalo mama gi otstesen, angkat tangan!!!!!!!syaratnya, kena ikut gi otstesen sekali lah.hikhik

tentang zahra

5.4.2011 aituh, Zahra ada exam. mid term exam rasanya. mama tak letak harapan tinggi pun. sebabnya, Zahra masih lagi belum lancar bercakap kan. so, tuk dia paham nak jawap exam tu agak payah kan.
tapi, Alhamdulillah.keputusan dia sangat memeranjatkan mama. dia mampu dapat 5A2B1C.As for math, bahasa, english, science & computer .B tuk jawi & arab dan C tuk pendidikan sosial. keseluruhan markah dia B. dan Zahra dapat nombor 15 dari 18. mama bajet, dia akan dapat nombor akhir sekali sebab Zahra masuk kelas campur budak yang 5tahun kan. cousin dia yang 5tahun tu dapat nombor 13. ni baru mid term kan, harap dia akan improve lagi.chaiyokkk!!!!


tentang papa

tengah busy nak exam. so, pagi petang siang malam ngadap buku. masih legi sebok ngan bola padang dan futsal. cuma since dah ada Zharif ni, mama dah tak ikut papa lagi. dah malas.dengan Zahra yang selalu buat hal skang ni kalo keluar.malas.baik dok umah layan budak berdua tu. semester ni papa cam kurang sikit kelas sebab lecturer selalu cancel class last minit. tapi papa lak yang rungsing sebab kena study sendiri. lagi pun, semester ni, lecturer tak rajin update carry mark masuk dalam portal. so, papa tak tahu berapa carry mark dia.hopefully papa dapat menten pointer dia lah...itu jek doa mama.

tentang mama

semakin kuat makan, aseklah lapar.lagi-lagi kalo wat keje luar neh.sentiasa lapar.pastu, aseklah nak makan sedap.pizza lah, eskem lah, burger lah.semua fastfood nak makan.jadi badan semakin bambam. malu tengok perut seniri yang membuncit. walopon ramai cakap, mama takde lah gemuk ke hape. tatau mereka ikhlas atau tak. so, mama rasa, mama memang gemuk. macam nak guna premium beautiful lah. tapi, duit takde. cemana???cer citer..cer citer

p/s: DVD gambar sekitar Majlis Zharif dah dapat, tapi msatu folder tu xleh bukak.kt folder tu lah gambar yg cantik2, so layan jek lah gambar dr folder kedua ni...huhuhu

p/s: malas buh watermark!!!harap maklum

love: mamazahra ^__^

4 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

alalalala..sweetnyeeeee zharif senyum..geram tgk..hihihi..n congrats utk kakak zahra yek..good improvement..banyak dpt A tuh..=)

puteri** said...

zahra da makin cun la sis!

Norly a.k.a MamaLeana said...

lily:TQ lily...harapnya camtu lah,Zahra akn improve lg.skang ni mmg rajin sgt baca buku,mana yg cikgu xsuruh buat pun dia sebok nk buat.hehe [menurun mamanya ni.hakhak.perasan!]

Norly a.k.a MamaLeana said...

puteri**: cun cam mama dia kan?hikhik :P

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!