Sunday 27 March 2011

Terkilan

apa yang mama terkilan malam-malam buta neh??
rantai leher Zahra hilang.
baru je perasan malam ni.huhuhu
last nampak rantai leher tu, pagi tadi masa mama kat pasar tani sec.13, shah alam.
masa kami tengah makan eskem sambil jalan hala ke kereta, ada satu pakcik, eh taklah tua sangat orang tu, muda sikit, kira abang lah.dia tegur.budak-budak tak elok pakai rantai.bahaya.
mama pun terus tarik zahra.
masa tu, memang kami dah nak menghala ke kereta.
masa tu mama perasan, rantai tu ada lagi.
lepas masuk kereta dan balik rumah, kami sempat singgah kat tasik shah alam. tak sampai setengah jam pun.
just bawak zahra & abang-abangnya main gelongsor. pastu terus balik rumah.
sampai rumah memang tak perasan dah mana rantai Zahra.
masa mandikan Zahra petang tadi pun, mama tak perasan.
baru malam ni, suruh papa tanggalkan rantai tu.niat nak simpan sebab masa tengah wuduk nak solat isyak tadi teringat kata-kata pakcik tu tadi.
tapi, papa cakap rantai dah takde. terus gigih cari dalam kereta. takde.
belek henpon, tengok gambar yang sempat mama amik masa kat tasik tadi, memang CONFIRM rantai Zahra TAKDE. sedih sesangat.
mama beli rantai Zahra tu dengan duit bonus time raya tahun lepas.
harap sangat dapat jumpa balik rantai tu.
esok pagi, nak sambung cari dalam kereta dan laman rumah.
tolong doakan masih rezeki kami!!!!!


love: mamazahra ^__^

2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

harap masih ade rezeki Zahra..budak2 klu pakaikan barang kemas, mmg kena sntiasa tgk2..mklumlah, diorang kan aktif..tkt tersangkut pastu cicir kat mane2 kan..

tp cakap psl barang kemas..kite pon ade terkilan ngan satu rantai tangan kite yg hilang tahun lepas..sbb rntai tangan tu hadiah dari mak sempena konvo degree dulu..smpai skang tk cakap ngan mak rntai tgn tu dh hilang sbb takut die kecik hati..huhuhuhuh

edane said...

alalhai... tak pe nanti ada rezeki beli lg

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!