Thursday, 3 March 2011

Pengalaman Bersalin

hai semua :)
lama betul entry ni tertangguh.dari sehari ke sehari nak buat entry ni, tak terbuat.
ni pun, 3,4 kali dok edit.tak siap-siap gak. pantang pun dah habis.huhuhu
so, sementara ada masa ni. moh kite!!!!

sehari sebelum kejadian tu, mama masih lagi gi opis.masih lagi drive kemana-mana.
mama keje cambiasa, walopon ramai dok cakap seram tengok perut mama yg terboyot-boyot.hehe
Isnin 17/01/2011 tu, mama bekerja cam biasa, walopon kurang sehat.
mama batuk teruk. lebih teruk dari hari sebelumnya.
sampai opis kul 8pagi, aseklah berulang-alik gi toilet tuk buang kahak. tekak gatal sesangat.
pelik gak, padahal antiotik dah abes. siap dah gi klinik amik antibiotik yg kuat sikit. tapi, masih gak batuk.
non-stop plak tuh. sampai perut mengeras.
kul 9 pagi, mama terpaksa isi form cuti. batuk yg tak tertahan. explain kat bos, dan terus balik.
sampai umah, terbongkang. batuk makin teruk. terus sms papa bagitau dia nak gi klinik.
tengahari tu, papa 1/2day. siap tapaukan nasi tengahari lagi.hehe
lepas makan, rehat. batuk ada lagi.
kul 5ptg baru gi Poliklinik Utama.takkan nak pergi klinik yg sama kan.dah tak baik kan, so kita cuba klinik lain plak.
sampai kat klinik, Dr check ada sikit bunyi kat paru-paru.so, dia suruh neb.
lepas neb terus lega. batuk pun hilang, Alhamdulillah.
dan-dan tu ajak papa gi makan naan cheese kat mamak area klang utama.tapi papa takmo.
dia cakap, pas maghrib kita makan naan cheese tempat biasa.hoyehhh!
lepas maghrib tu, terus keluar gi Khulafa Restoren, Sec.7.
makaihhh, nikmatnya dapat makan benda febret.hikhik
lepas singgah amik comforter kat kedai dobi, terus balik umah.
malam tu tidur cam biasa,lena sesangat.
tapi..

^

^

^

^

^

^

kul 1.30pagi, rasa cam nak buang air besar. terus bangun gi toilet. lepas tunaikan hajat tu, sambung tidur lagi.
kul 3.30pagi, mula sakit pinggang yang teramat sakit. kejutkan papa,mintak dia urut-urut sikit. kononnya nak sambung tidur lagi.
tapi, sakit pinggang tu datang balik setiap setengah jam. mama dah tak boleh tidur dah.papa bangun setiap kali mama rasa sakit tuk urut belakang mama.
kul 4.30 pagi, mama rasa tak sedap dah.time tu, rasa cam nak bersalin dah. tapi, tak berapa nak sure sbb takde tanda-tanda lain cam lendir atau darah, air ketuban jauh sekali, mmg takde lah kan.
mama mintak papa masakkan air panas tuk mama mandi, maklumlah umah kampung mana ada water heater.
lepas tu, terus mandi basuh rambut. ingat pesan mak mama, kalo nak bersalin mandi basuh rambut tuk rasa segar dan bertenaga tuk bersalin.
memula tu, nak tunggu lepas subuh baru nak gi Hospital, tapi rasa tak sedap pulak.
kul 5.30pg, mama dan papa bersiap tuk gi Hospital Umra. otw tu, mama sempat lelap bila sakit takde. bila sakit datang 15minit sekali, dok menggeliat kat tempat duduk sebelah menahan sakit.
sampai jek kat Umra,kul 6pg.gelap jek.bukan tutup lah, tapi takde orang,so derang cuma pasang lampu kaunter jek.
terus daftar masuk dan derang tolak gi labor room bila mama bagitau sakit every 15minit.
sampai kat labor room, Dr Ummul check bukaan servik.terkejut mama, dah 6cm. so, Dr suruh prepare tuk bersalin.
masa tu dah nervous. Dr suruh papa tunggu kat luar labor room dulu sampai saat nak bersalin sampai baru bleh masuk.
Dr bagi drip water yang ada ubat.
Dr terus pecahkan air ketuban.pertama kali merasa Dr pecahkan ketuban, sbb masa zahra dulu ketuban pecah sendiri.
2 bekas air ketuban mama.banyak tu!!!terkejut.
lepas pecah ketuban, sakit makin kerap. masa tu rasa nak meneran dah.
Dr ummul bagitau, kalo sakit baru teran.
bile kepala baby dah sampai kat pintu, Dr panggil papa masuk.
papa pegang tangan mama. setiap kali teran, mama pegang kuat tangan papa.
setelah meneran hampir 15minit, mama dah hampir hilang tenaga. so, Dr terpaksa guna vacuum tuk tolong mama tarik baby DZ keluar.waktu tu kul 7.01pagi. sepanjang waktu subuh tu mama bertarung nyawa melahirkan baby DZ.
subhanallah, hilang segala sakit bila dengar baby DZ menangis.
Dr mintak papa potong tali pusat baby lepas Dr clip tali pusat tu.
lepas tu, papa keluar.Dr jahit luka.
nurse bersihkan baby. waktu tu mama cam berada diawang-awangan kesan air ubat yg masuk tu.
masa papa azan dan iqamatkan baby pun mama cam sedar-tak sedar jek.
ubat abes lebih kurang kul 8pagi. masa tu nurse pindahkan mama ke kerusi roda tuk tolak mama ke ward.
mama dapat sharing room, sbb ward semua penuh.tak kesahlah, yang penting mama dah selamat lahirkan lil DZ.
mama tatau pun papa dah update status FB mama bgitau mama dah bersalin, mama tatau pun yg papa dah sms semua kakak2 dan abang2 mama. sebab mama masih lemah sangat, kesan ubat tu.
lepas masuk Room 6 jek, mama mintak nak mandi wiladah.
lepas tu, terus berehat.papa balik umah tuk tanam uri dan bawak makanan tuk mama.
sementara tunggu papa datang tu, mama berehat sambil tengok TV. Dr Ummul datang check samada mama OK tak.
masa tu lah, mama tanya Dr samada mama boleh balik tak hari tu. Dr Ummul cakap, kalo mama dah kencing Dr kasi balik.yeayyy!!!
oleh kerana nak balik sangat, mama gerak gak gi toilet tuk kencing walopon masih sakit lagi.
kul 10 camtu, mama suruh nurse bawak baby DZ kat mama, mama nak breastfeedkan dia. lepas tu, nurse bawak lg baby DZ gi nurseri. dia suruh mama rehat lagi.
kul 11 pagi, papa sampai.sembang-sembang ngan papa. papa bawakakn air horlick dan roti, so mama isilah perut.sebab last mama makan, roti naan malam semalamnya.hehe
time lunch, kawan2 mama dari Northport datang jenguk. TQ syanie, Nad & yati :)
dapatlah gelak-gelak hilangkan rasa sakit.
kul 2 lebih pulak, opismet papa datang. TQ bawak buah tangan,guys!!

kul 3, papa kuar gi lunch. sementara tunggu papa, mama rehat lagi.badan rasa shaking. tu yang mama beriya nak balik gak, at least esoknya mama dah boleh berurut. bagi hilang sakit-sakit meneran semua.huhuhu

Alhamdulillah, kul 4.30petang. mama & baby DZ balik rumah. inilah kami pertama baby DZ balik rumah. semua happy jek sambut baby DZ especially, kakak Zahra.

okeh, itu jek pengalaman bersalinkan Dayyan Zharif. Pengalaman bersalinkan Zharif memang tak sama dengan pengalaman bersalinkan Dhia Zahra. totally different.

apa yang beza???
nanti mama story kat entry lain eyh...

love: mamazahra ^__^

2 comments:

✿ etiey erywan ✿ said...

alhamdulillah semuanya selamat. pengalaman yang paling bermakna utk seorang mama kan

norly a.k.a sweetmama said...

etiey: Alhamdulillah, dpt nikmati sakit bersalin buat kali kedua. pengalaman yg xdpt dilupakan

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!