Monday, 7 March 2011

Cerita Budak Hitam

Lamanya mama menyepi kan?
tak cukup masa lah nak update.
kalo ada masa lapang sikit, dok round blog kawan-kawan. dapat baca story terbaru cukuplah.
nak update blog seniri, memang tak dapatlah.
sikit punya malas nak cari masa terluang nak update.hehehe
Penyakit M dah melanda mama sekarang ni.
Jangangkan nak update blog, nak masak pun malas.hahaha

Okeh, sementara ada masa sikit ni,Zharif dah tidur, kakak Zahra pun dah lena dan papa pun dah hanyut. mari lah kita mengarang cerita.hehe


mari lah update cerita terbaru budak hitam ni.
siapa lagi?Zharif lah.
Zharif kan gelap sket kaler dia, dah abes kena panggil budak hitam kat rumah ni.hehe
ini lah, wajah terbaru si budak hitam. Muhammad Dayyan Zharif yang dah berumur 50hari.
dia neh, dah pandai senyum-senyum, gelak-gelak kalo mama borak-borak ngan dia.
tersengih jek.gerammmm!!

hari ni, hari pertama mama train Zharif minum susu badan guna botol susu dari jam 8pagi sampai 5petang.
seharian tu lah, mama tak direct breastfeed dia. sian dak tecik tu. pandang jek mama masa mama sua botol. sayu hati mama. kalo boleh mama nak peluk-peluk, gomol-gomol, dan direct BF Zharif, tapi mama dah nak start keje kan.takut tak biasa lak nanti. dan sepanjang hari lah mama guna stok EBM dia yg dah mama kumpul since 23 January 2011. dan hari ni, mama berjaya pump 11oz.dapatlah bertambah stok EBM Zharif kan.kira OK lah, sejak makan Yasmin kiranya takde lah semakin berkurang stok EBM mama. Alhamdulillah.rezeki Zharif.
InsyaAllah, esok nak pump every 2hours. kita tengok berapa banyak dapat.harapnya semakin banyaklah production susu badan mama. jangan semakin berkurang sudah. Sekarang ni, mama dok amalkan doa menambah susu badan, nanti mama kongsi eyh...

okeh la, dak Zharif dah uk ek uk ek.kang menjerit pulak.
esok kita sambung lagi eyh!!!
good night semua :)

love: mamazahra ^__^

2 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

alahaiii...siannya die kena panggil budak itam ek..sampai ati mama..hehehe..nway, nnti norly sharelah yek doa banyakkan susu badan tuh..klu leh nk amalkan gak..skang ni susu lom bp nak meriah nampaknye..

norly a.k.a sweetmama said...

lily:bkn norly yg panggil, adik-beradik norly ni ha.ala, derang gurau jek.tp mmg kulit zharif gelap sikit.agaknya sbb lahir time subuh.hahaha

insyaAllah, nanti norly share.masih lg dok mencari doa-doa yg lain. lily x urut breast ke?norly masa dlm pantang, lepas jek berurut susu laju cam air terjun.skang ni dah kureng sikit sbb zharif kuat menyusu.nak pump pun xcukup.huhuhu

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!