Friday, 25 March 2011

Anak-anakku

tatau nak cerita apa, tapi gigih nak update gak belog.hikhik
1st of all, nak ucap syukur pada-Nya yang memberi rezeki pada mama.
masuk jek office lepas maternity leave, dapat merit bonus.Alhamdulillah.rezeki anak-anak. walaupun tak sebanyak mana, ia tetap rezeki kan.

okeh, malas nak cerita bonus. kita cerita pasal anak-anak mama.
si anak dara tu dah 3thn 5bln 22-03-2011 dan si bujang tu hari ni 67hari. Alhamdulillah, dua-dua sihat.cuma Zahra ada selsema sikit. ubat dah makan but masih selsema.rajin sangat makan eskem, tu lah pasal.huhuhu

semalam, ada 2nd check up tuk Zharif.dah selamat cucuk dah. Alhamdulillah, takde demam.Anak bujang mama dah 5.5kg, tinggi dah 59cm. dah berat dah tau, tak larat mama nak kendong. kalo pangku dalam kereta, mahu lenguh lengan mama yg sasa  ni. kebas-kebas peha gebu mama.kalo riba time duduk bersila, dah terjulur kaki, tak muat dah pangkuan mama neh.hehe

jom tengok gambar budak bambam tu...
Dayyan Zharif yg bambam.berketul2 badan dia.kalah papa!!hehe

pipi pun dah layut-layut.labuh jek pipi Zharif kan?.hikhik

Budak bambam neh makin bijak dan banyak akal tau.
siang lena kemain tidur, lagi-lagi kalau kena bedung.kadang tu langsung tak bangun menyusu.

kalo dapat tidur dibedung camneh, kompom lena!!!
dengan papa sekali lena.hehe

tapi...cer tengok malam.bangun lebih 3kali tau.sampai naik lebam bijik mata mama dia neh. skang ni, malam Zharif ngelat.langsung takmo minum air suam+madu/kismis dah. nak susu jek. puting pun tak berapa nak layan.
kadang tu, kalau mama dah letih sangat. mama pump susu lepas BF zharif kalo dia bangun nak susu tu. lepas pump, biar tepi, sat lagi dia bangun lagi. mama kejut papa tuk bagi susu kat Zharif.hahaha.jahat kan?tak larat lah wehh, kadang kalo 3kali bangun.mama siang tersengguk-sengguk tau. so, terpaksalah 2kali jek BF sekali lg bagi ebm.huhuhu

cepatlah Zharif besar sayang!!!!

okeh, mama nak cerita tentang anak dara tu pulak.
dah 3thn 5bulan. sekejap jek kan.
zahra dah sekolah selama 3bulan. dan selama 3bulan tu lah, setiap pagi layan Zahra menangis nak gi sekolah.ada lah sekali dua, Zahra tak nangis bangun pagi dan mandi gi school. selebihnya, kompom nangis. sampai naik angin mama.
sekarang ni, bila mama dah start keje. tugas bangunkan dan mandikan Zahra, mama serah bulat-bulat kat papa. pandai-pandai papa lah nak pujuk Zahra atau nak heret bawak masuk bilik air.sebab mama dah busy nak mandikan dan siapkan Zharif. nak siapkan bekal air zahra lagi, nak siapkan beg baju tuk Zahra dan zharif lagi.so, papa memang kena mandikan & siapkan Zahra sendiri.so, anak dara tu kurang semenggah ar sikit. kadang tu, senget jek tudung.hikhik.al-maklumlah, papa yang siapkan....

anak dara mama dah besar!!!

skang ni, Zahra kena dok belakang dalam kereta. tapi, kadang tu dia request nak duduk depan gak.terpaksalah mama & Zharif pindah dok belakang.hehe
Walaupun Zahra dah 41mos, tapi Zahra masih pakai diaper.mama tak sempat lagi nak train Zahra. ingat, by next month nak start semula free-diaper training Zahra.
hope berjalan lancar lah....

anak dara ni makin rapat dengan papa, since mama asek melekat dengan Zharif jek. cian gak kadang tu.
tapi, bila Zharif tidur.mama tetap layan Zahra dan bagi perhatian pada dia pulak.
tapi kan, Zahra memang dah big girl tau. dia tahu mengalah dengan adik dia.kalo dia nak sesuatu dan tetiba Zharif nangis, dia suruh mama dulukan adik Zharif.

selain masih pakai diaper, Zahra jugak masih pelat. tapi, dah semakin banyak cakap.even, ada beberapa perkataan yang disebut tu hanya mama yang paham. orang lain takkan faham.hehe
slowly, mama tahu Zahra akan belajar & makin lancar bercakap.

love both of you!!! Zahra n Zharif...
kamulah bintang hati mama....
love u both very2 strong!!!!muaaahhhhhh


love: mamazahra ^__^

2 comments:

LilyAzliyana@MamaZaraZareef said...

syoknye zharif tido berbedung..klu ammar zareef, 2 minggu jek tahan berbedung..skang kalau dibedung, lagi tk mo tido sbb sibuk nk lepaskan tgn die..hoho

yela, zahra dh besar..pndai mengalah utk adik yek..good girl..=)

norly a.k.a sweetmama said...

lily:zharif mmg suka berbedung,lg lena dia tdo.tp, semua bedung dah xmuat.so, terpaksalah koyakkan kain batik nenek tuk dijadikn bedung.hehe

zahra tu ada angin.kdg sikit punya penyayang ngan zharif, kdg tu hanya Allah yg tahu.abes zharif diusiknya smp menangis.hehehe

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!