Thursday, 10 February 2011

Kisah Zahra

lama kan mama tak story pasal Zahra sejak bersalin ni.
bukan lupa atau tak sayang, tapi tak sempat nak transfer gambar dr camera henpon ke PC, nak bubuh watermark lagi lah tak sempat kan.
so, hari ni mama nak cerita pasal anak dara mama nan satu tu.
sejak Zahra sekolah kan, banyak perubahan Zahra yang mama perasan.

tak garang lagi
kalo dulu, pantang ada orang tegur dia.samada tegur benda baik atau sebaliknya, zahra akan tunjuk penumbuk atau buat muka gengster.hikhik
cthnya, orang A tegur zahra: "cantiknya Zahra aineh,nak gi mana??",laju jek Zahra tunjuk penumbuk.hukhuk
atau
Orang B tegur Zahra: "hi Zahra!!!",zahra terus tunjuk penumbuk.pastu Orang B:"eee...sombongnyeee!!!!".sekali lagi tunjuk penumbuk.
kadang tu, puas mama bagitau tak baik buat cenggitu.tapi, zahra tetap dengan pe'el sombongnya tu.
tapi, Alhamdulillah.sejak sekolah, Zahra dah tak garang dah.kalo orang tegur, Zahra dah tak tunjuk penumbuk.cuma masih buat muka sombong lah.slowly, mama rasa dia kan berubah.

suka membaca dan menulis
balik dari sekolah jek, terus kuarkan buku mintak mama ajar membaca dan menulis.even, belum pandai membaca dan menulis tapi dia rajin belajar.
part ni mama mmg cukup suka, sebabnya dulu masa dia belum gi sekolah.berpuluh mama belikan buku, takde satu pun dia suka baca dan tulis. dia cuma suka wat coloring jek.
sampai susah ati mama bile kawan2 yang ada anak lebih kurang sebaya dengan Zahra, bagitau yg anak dia dah kenal 1-10, A-Z. now, rasa bimbang tu dah takde. walopon Zahra a bit slow, but dia nak belajar.itu yg penting..

lebih disiplin
Zahra dah tahu sekolah masuk kul berapa[ bukan tahu tgk jam pun].tapi, bila mama bagitau dah nak kul 8, loceng nak bunyi.Zahra akan stop nangis dan cepat2 bersiap nak gi skolah. dan bile sampai kat sekolah, dia akan buat-buat manja,merengek nak itu-ini tapi bila loceng berbunyi, laju jek salam dan nak cepat-cepat masuk kelas.tahu pulak dia, loceng berbunyi maknanya sekolah dah mula dan dia kena masuk kelas.hikhik

kurang manja
dah takde dah nak mintak dukung.dia nak jalan sendiri even dia tengah menangis. kalo dulu, subhanallah.mama yang tengah sarat mengandung pun, kalo dia cakap nak dukung, mama kena dukung gak.mengada-ngada.now, tak lagi.Alhamdulillah.

tapi kan, apa yang dia masih buat walopon dah sekolah lebih sebulan...
ni, part ni memang takleh nak ubah...
menangis merengek setiap pagi...time nak gi sekolah
adoyaii!!abes susu sebotol baru nak masuk bilik air..

jenuhlah mama nak pujuk...haih!

tp, lepas mandi jek terus OK.bile dah siap pakai baju sekolah cenggini..

baru lah nampak Zahra dah big girl..

abaikan bilik yg bersepah.dengan zharif masih tidur tu eyh..

ok, Zahra nak gi skul dah!!!babai...


love: mamazahra ^__^

2 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

haha..zahra siap tunjuk penumbuk kat org ek..ingat si zara ni dh cukup garang dh..klu org tegur, die either marah balik org tuh or buat muka masam mencuka..spesis takut ngan org lah ni..nway, baguslah klu byk perubahan +ve pada zahra kan..mmg org kate budak2 dh skolah ni lain sikapnye..kebanyakannya jadik lebih berdisiplin n suka belajar..=)

norly a.k.a sweetmama said...

lily: sama jek zara dgn zahra ni.zahra masa belum reti tunjuk penumbuk dulu pun, salu kalo org tegur, dia kan marah balik "haip!".nak tergelak tgk.tp norly selalu marahkan dia.skang ni dia dah OK.senang sikit hati.kalo tak, malu dgn org bile dia buat cenggitu.huhuhu

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!