nampak sangatlah tak sabar nak abes pantang kan??hahaha
bukan pe, sekejapan betul lah dah 22 hari. rasa cam semalam baru jek rasa sakit contraction.heee :D [nampak sangat lah menipunya tu!!]
lately, takde masa langsung nak mengupdate belog.banyak sangat benda nak cerita. tapi, macam malas nak on pc. yelah, baru on jek, si Zharif dah uk ek uk ek.potong stim betul.
kalo tak pun, tenet sangat lah slow motion, sampai hilang mood nak blogging.
kadang tu, time Zharif tidur siang dan Zahra lom balik sekolah.ada lah on lappy papa sekejap. tu pun, dapat blogwalking jek.nak tinggal komen pun tak sempat.
si Zharif tu "ciwek" sikit lah, asek lah nangis. tidur tak pernahnya lena. setiap setengah jam jek, mula lah uk ek uk ek. nak menyusu. geram jek. siang malam, sama jek.
selama 22 hari ni jugaklah mama tidur tak lena, pendek kata, tak cukup tidur. macam mana lah mama kamu ni nak kekalkan kecantikan, Zharif oii. kalo kamu asek uk ek uk ek, mata mama dah macam mata panda tau!!!
kalo camni, comel la kan??
tapi..
kalo camni???sedihhhh...
tapi, comel lagi panda ni dari mama tau....hukhuk
selama 22hari ni, makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena.huhuhu
kalo tidur pun tak cukup, confirmlah automatik selera jadi takde kan.hukhuk.tapi bab mandi tak basah tu, penambah perasa jek.ekeke
harapnya 22hari yang mendatang ni, Zharif dah boleh tidur lena.
bukan pe, nak kata dia salah urat, mama dah panggil tukang urut tuk Zharif...
nak kata kembung perut, nenek dah letak daun mengkudu kat perut.
tapi, Zharif tetap uk ek uk ek gak...
sudahnya, Isnin mama bawak Zharif gi Klinik Keluarga Firdaus kat shah alam.terbang RM270. harapnya, baik lah.
Doktor cakap, Zharif bukan kembung dan bukan jugak salah urat.tp, ada lendir kat paru-paru dia.masa lahir, pihak hospital tak sedut abes lendir tu menyebabkan dia tak selesa tuk bernafas dan menyebabkan dia aseklah uk ek uk ek.
mama ingat Zharif ni terlebih manja.hehehe.rupanya, dia tak selesa.
ye lah, kalo tak gi klinik memang tak tahu yang ada lendir kat paru-paru dia. mama ada perasan yang Zharif ni, tiap kali BF dia akan tercungap-cungap.mama ingat sebab air susu laju sangat.so, mama pump dulu setiap kali sebelum BF dia. but, Zharif masih tercungap-cungap dan ada bunyi tiap kali dia bernafas. mama ingatkan, bunyi tu disebabkan kahak.ye lah, mama kan batuk masa mengandungkan dia.so, mama bajet kahak lah kan.pependai jek mama ni kan??
so, Dr ada ajar teknik nak hilangkan lendir tu selain bagi ubat. InsyaAllah, akan OK la Zharif lepas ni.kawan-kawan mama tolong doakan Zharif ye!!!
dan...
doakan mama berjaya mengharungi 22hari lagi.hehe
kan hari tu mama ada cakap yang mama akan start berpantang "betul2" bila Zharif dah 20hari kan?
nampaknya, kena tangguh lagi lah, sebab Dr cakap jaundis Zharif still ada disebabkan oleh lendir kat paru-paru dia tu menyebabkan jaundis lambat sikit turun.
so, Dr suruh mama elakkan makan jamu lagi. dan elak benda-benda kuning.
makanya, tak "berpantang" lagi lah mama. dan nampaknya lambat sikit lah berat badan ni nak turun. mama harapkan bengkung dan penjagaan makanan jek yang menurunkan berat badan mama ni. walopon tak dapat nak turunkan 20kg, at least ada lah yg turun kan. tapi, mama tak tahu lah dah berjaya turunkan berapa kg setakat ni sebab penimbang rosak. kena tunggu gi check up Zharif 22/02/2011 nanti, baru timbang berat badan.harapnya, ada "kejutan" lah.hehehe
tapi kan, mama dah berjaya sarung skirt cotton on size S. mama beli masa peknen hari tu, kononnya sebagai pembakar semangat tuk turunkan berat badan.yeyyy!!!!!akan terus menjaga makan supaya dapat turunkan berat badan lagi.chaiyok-chaiyok!!!!
6 comments:
alahai norly sayang...
baru 22 hari yer..
takpe.. sabar... demi anak²..
ita: sedang belajar bersabar lah ni :)
smg zharif cpt sembuh...sian kt mama nk rehat...
mcm manelah agaknye kite time berpntang nanti pulak..mau kelam kabut jugak melayan kerenah 2 org budak gamaknye..heheh..nway, sm0ga baby cpt sembuh ek..sian die tk selesa rupenye ye
zura: TQ 4 da doa. tu ar, mmg mama dia ni xcukup rehat.mata dah cam mata panda jek.huhu
lily: kena extra sabaw.mmg anak 1st akn menguji kesabaran kite.kelam-kabut toksah cakap lah, dgn baby nanges nak susu lg, dgn kakaknya yg nak itu-ini..heheh
harapnya Zharif cpat sembuh,dan mama dia ni pun cpat gak sembuh spy leh bersilat layan 2 anak.hehe
Post a Comment