Wednesday 2 February 2011

2 minggu dah...

sekejapan betul masa berlalu...
hari ni dah 15hari Dayyyan Zharif lahir, dan dah 15hari gak lah mama berpantang.
ala, bukan berpantang sangat pun.macam yang mama story kat entry lepas mama lom start berpantang "betul2" sbb Zharif ada jaundis.
walopon jaundis Zharif dah normal, dan tak perlu ulang check up lagi tapi mama tetap takut nak pantang "betul2", at least sampai 20hari.sbb Dr ada cakap, kalo hari ke-20 masih ada jaundis kena ulang amik darah lagi.tapi, harapnya tak lah kan.harapnya, Zharif terus sehat.
setakat ni, jamu, manjakani, ubat periuk semua mama tak makan lagi. so, harapan tuk kurus cepat tu hanya tinggal harapan jek la kan.hehe
takpe, slow-slow lah. at least bengkak dan sembab kat muka dan kaki dah surut.bab lemak-lemak yang tersebar luas seluruh badan tu, mama pelan-pelan kurangkan lah.
sekarang pun, mama tengah usaha ambil makanan yg berkhasiat jek.takde makanan berlemak.
dan since hari ke-5 lahirkan Zharif, mama dah mula buat stock susu tuk Zharif. so, makanan yg mama makan perlulah makanan berkhasiat kan.
setakat ni, mama makan nasi 2kali sehari.kul 11pg dan 6ptg.pagi dan malam, mama minum horlicks dan biskut hup seng. tengahari pulak, susu fresh dan epal.
bile dekat2 CNY ni, banyak lak papa bawak balik limau lokam cina tu, pastu Atam mama lak datang bawak sekotak. umakaihh, terliur mama nak makan limau tuh.hukhuk
ada lah, mama kecoh2 pasal limau lokam ni kat FB.ada yang kata bleh makan, ada gak yang cakap tak boleh.so, mama yang berani-berani takut ni tak makan pun walaupun mama terpaksa telan air liur tiap kali tengok orang makan.hukhuk. kata dalam pantang kan, haruslah jaga makan.huhuhu

okeh, jom layan gambar mak beranak dua yg tengah berpantang.hehe

ni gambar 19-01-11, hari pertama berurut, masa ni baby tak kena kuning lg,tu yg semangat berparem dan berpilis bagai.hehe

dan..

Muhammad Dayyan Zharif...
hari pertama lahir, petang lepas discharge


papa dan anak-anak

dan...
my lil soldier...hero dihati mama

nampak tak jari Zahra dok cuit2 Zharif?jari tu xpernah lepas dari adik dia, takut kena amik dek orang.hikhik

k la, nanti mama update lg.pengalaman lahirkan Zharif, cerita pantang mama dll.




love: mamazahra ^__^

6 comments:

shila ariff said...

norly, sonoknya tgk awak berpantang..rindu saat2 itu..bila le giliran saya nih..tak bertambah2 lagi nih...huhuhu...

p/s; dapat 90hari cuti bersalin kan??..sonoknya beristirehat gaji jalan penuh...huhuhu...

Sha@Mama TinaAzra said...

comelnya zharif!

zh-ena said...

harap demam kuning bby n0rly terus hilang la kan..cian nak tgk anak kena cucuk nie

Norly a.k.a MamaLeana said...

shila:sonok eyh?kite yg alami, rasa cam nk cpat2 abes.hahaha.
xpe, shila...usaha tgga kejayaan.hehehe.kena lipatgandakan usaha tu..ngeh3

p/s: kite keje private, 60hari jek cuti bersalin.tp, OK la 2bln xkeje tp gaji jalan.boleh la mereward diri seniri.haha

Norly a.k.a MamaLeana said...

sha:TQ!!!sume budak nampak comel kan...walopon zharif mmg muka jawe,dengan hidung kembang tuh.ekeke

Norly a.k.a MamaLeana said...

ena: tu la...cian sgt2 dan sgt risau.walopon dah paras normal, but still risau gak sbb badan zharif still nmpk kuning bile tekan sbb kulit dia mmg merah especially lepas menangis.huhuhu

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!