Monday 10 January 2011

Good Girl

alkisah tentang anak dara mama nan sorang tuh.
Hari ni kan Isnin, Zahra mula sekolah tuk minggu ni.
sepanjang minggu lepas, Zahra masih menangis setiap pagi amma hantar gi school.
mama bajet, hari ni pun Zahra akan nangis sbb dah 2 hari kan tak sekolah.
bangun pagi-pagi tadi, cambiasa susahnya nak pujuk Zahra mandi.
merengek-rengek, tapi mama berjaya mengguna segala skill yang ada tuk pujuk Zahra mandi.heeee :D
praktis kan make perfect, so setelah hampir 4hari praktis bangunkan zahra..mama dapat skill cemana nak pujuk Zahra mandi tanpa nangis.hehe
so, pagi tadi, Zahra tak nangis pun masa mandi.Alhamdulillah.
tapi, masih tak berjaya pujuk Zahra pakai tudung. dia cuma nak pakai anak tudung je.
so, papa pancing zahra dengan gi carik nasi lemak tuk dia.
balik dari beli nasi lemak, pujuk sekali lagi baru zahra nak pakai tudung.hehe
Sampai kat PASTI, mama bajet Zahra akan nangis cam selalu siap mintak papa dukung masuk kelas.
tapi..
ajaibnya, Zahra sikit pun tak nangis. cuma dia merengek mintak mama hantar sampai dalam kelas.
lepas dah letak beg, botol air & nasi lemak zahra atas meja. terus kiss pipi zahra dan ajaibnya dia langsung tak nangis.
sangat good girl zahra hari ni.
so, mama rasa sangat senang hati gi office pagi ni.
kalo tak, aseklah susah hati dok pikirkan keadaan zahra kat sekolah. berhenti nangis ke tidak. menangis meraung ke dia.
satu keje pun tak jadi nak buat.

mama masih hutang gambar zahra pakai baju sekolah kan?
mama tak sempat nak amik gambar zahra Jumaat lepas, tu 1st time Zahra pakai uniform. Khamis baru dapat uniform Zahra.tu pun cuma sepasang. lagi sepasang, hujung bulan baru dapat kot. PASTI dah kehabisan stok baju size S. ramai sangat budak yang langsing kot tahun ni.ekeke
mama tak dapat amik gambar zahra pun pagi Jumaat tu sbb zahra menangis meraung . hari ni pulak, mama lupa bawak henset.so, tak dapatlah nak amik gambar zahra.esok, mama amik eyh!!!!

p/s: hari ni, mama dah 37weeks 2day. sakit cam senggugut since jumaat dah terasa. tapi tanda2 lain belum muncul lagi. tak sabar menanti si kecik dalam perut ni keluar dengan selamat.

love: mamazahra ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!