Tuesday 16 November 2010

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam...

..terutama sekali kepada Emak kesayangan mama, Puan Hajah Siti Fatimah Mansor...
tuk keluarga mama, adik-beradik, anak2 sedara, menantu sedara, cucu-cucu mama...
dan....tuk korang semua, kawan2 mama samada blogger ataupun bukan.
asalkan korang anggap mama kawan korang, ucapan ni tuk korang lah.hehe

ada ke ahli keluarga korang pergi tunaikan haji tahun ni? mak-bapak korang ke? adik-beradik? nenek?
keluarga mama takde yang pergi tahun ni.
tapi, parents kawan2 mama, suami Nor Azrifah my BFF...
harap mereka mendapat Haji yg mabrur...

teringat 10 tahun lepas, masa mak mama gi tunaikan Haji. itulah kali pertama mak jauh dari mama.
maksud mama mak yang pergi jauh, bukan mama. kalau mama tinggalkan mak dah banyak kali sebab mama mmg study kat arau masa matrik dulu. tapi, masa musim haji tu, itu lah kali pertama mak mama pergi jauh.
sedih sangat time tu...
dengan dapat berita mak ditahan kat Hospital sbb cuaca sejuk kat Minna, mak mama kan ada asthma, cuaca sejuk mmg buat mak lelah.
time tu, hanya Allah yg tahu betapa risaunya mama. mak tunaikan Haji dgn sepupu mak, Wak Leman dan isterinya, Wak Anah. yelah, ofkos Wak Leman tak dpt jaga mak kan kat sana.mmg risau.
bila mak call bagitau dia dah sehat, baru lega rasa hati kami kat Malaysia.

korang buat ke korban tahun ni?
mama tak buat lagi, insyaAllah ada rezeki tahun depan nak buat.
niat nak buat tu dah ada, cuma rezeki belum cukup lagi.
apa pengorbanan korang tuk tahun ni/sebelum ni?
samada berkorban masa, tenaga, wang ringgit atau nyawa?
berkorban tuk keluarga, agama atau bangsa?

mama setakat ni, belum pernah lagi. pengorbanan yang kecik-kecik ada lah.hehehe

apa menu raya korang?
mama tak masak pape pun.
tahun ni beraya kat umah mertua. malam kang baru nak ke sana. umah mertua mama bukan jauh mana pun, sekangkang kera jek dari umah mama ni. hehe
mak mama kat umah kak lang sekarang ni, since semalam lagi. esok plan nak ke umah kak lang jenguk mak. malam esok kak lang buat BBQ.bestnya!!!
pas maghrib kang, nak gi umah kak ngah makan ketupat kat sana.hehehe





love: mamazahra ^__^

1 comment:

Lily@MamaZaraZareef said...

Slamat ari raya aidliadha buat norly sekeluarga..=D

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!