Friday 5 November 2010

Confinement Set..mana lebih bagus?

skang ni kandungan mama dah pun 28weeks.
mmg masih awal lagi. lebih kurang 10-12minggu lagi nak bersalin.
itu pun, kalau tak bersalin awal lah.harapnya biarlah baby keluar tepat pada waktunya.
tapi, mama dah start pikir apa produk nak guna time berpantang nanti. mmg nampak cam awal sangat.
tapi, mama takut tersalah pilih nanti.
penting ni... set bersalin ni..
badan nak pakai lama kan.hehe
mama ada gak tanya-tanya kawan-kawan kt FB, manatau derang leh rekomen produk yg bagus kan.yang bleh merampingkan balik pinggang mama yang dah melebar neh.
dan mengurangkan lemak kt bahagian-bahagian yg patut like lengan,perut,punggung, peha & betis.cam buruk sgt dah badan ni.huhuhu
kat sini, mama senaraikan beberapa set bersalin jenama terkenal yg mama rasa cam teringin nak guna. mama ada gak baca testimonial dari pengguna produk. ada yang meyakinkan dan tak kurang gak yang cam menakutkan mama nak cuba.
antaranya...


Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-
1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.
Set bersalin mengandungi:-
Minyak Barut (4 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.
Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.
Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.
Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
** bleh ke mama minum neh??'wejahan' yg mak buat masa bersalinkn Zahra dulu pun sampai muntah2 nak minum**
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.
Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.
Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
** masa bersalinkan Zahra dulu mak buat sendiri.biji manjakani & halba mak rebus tuk cuci tettt **
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.
Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.
Harga :
Semenanjung : RM85
** harga agak reasonable.kalo terguna pun, takde lah ralat sgt.ekeke **
yang tak bestnya, HPA ni takde bengkung & tungku herba. ke ada??sbb mama rasa bengkung & tungku ni yg paling penting. masa bersalinkan Zahra, mama guna bengkung tradisional yg kakak mama jahit. OK sgt2, cuma malam bile kite tidur, dia tak berapa ketat.so, perut lmbt nk kempes. tungku plak, pakai batu sungai.teringin lah plak nk pakai yg berherba, manatau lg cepat baik.hehehe
Pakej Ammy 60 Days merupakan produk lengkap bagi ibu-ibu selepas bersalin semasa tempoh berpantang. Kini didatangkan dengan pakej terbaru yang disediakan bersama kotak Ammy 60 Days yang cantik dan menarik. Mempunyai 11 produk penjagaan yang menyeluruh bagi ibu bersalin dari hujung rambut kehujung kaki bagi menjamin kesihatan dalaman dan luaran. la terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu dalaman dan luaran (turut disertakan risalah penerangan terperinci).

Untuk penjagaan dalaman, ia terdiri daripada 6 botol kapsul iaitu kapsul Ammy 60 Days dari hari pertama hingga hari ke 60 dan 5 produk kegunaan luaran iaitu Ammy Heat, Ammy Massage, Tummy Tone, Body Tone dan Oil of Telon (minyak bayi). Amalkan Ammy 60 Days Sendayu Tinggi dari hari ke 60 selepas bersalin untuk membantu mengambalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin. bagi mendapatkan bentuk badan asal seperti sebelum bersalin gunakan Ammy Corset, bengkung Sendayu Tinggi.

tapi, harganya agak mahal RM386/11item(tanpa bengkung)
Bengkung plak RM50++ rasanya...

mama ada usha-usha kat kedai/gerai ubatan tradisional kat carrefour, dan dia bagi diskaun RM350/11item.tapi, cam mahal pulak. mama ni bukan bergaji besar sangat pun. dan lagi satu, bukan jek sbb mahal tapi mama ada terbaca, yang susu akan berkurang bile guna ST neh.betul atau x, mama tatau. mama plan nak fully bf tuk lil DZ.syglah kalo badan kurus, tp xleh menyusukan lil DZ.huhuhu

Herbanika Bersalin adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.


Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan.
Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Produk ini adalah buatan dan keluaran Malaysia.
Semuanya dalam satu pek pada harga yang berpatutan RM365
* PhytoNatal - 90 biji
* Akar Herbanika - 10 paket
* Minyak Herbanika - 100 ml
* Herbanika barut (krim) - 60gm
* Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
* Herbanika Lulur - 100gm

harga dia agak mahal kan, tp mama suka set ni sbb semuanya jenis kapsul, tak payah nak minum bagai. mama mmg fail bab minum2 neh.yekks!!dan yg penting, dia ada herbanika lulur.sesuai tuk mama yg berkerak sungguh peknen kali neh.hehehe
dan rata2 pengguna produk ni ckp, minyak herbanika ni bagus.sedap diguna.bengkung Mia dia pun cam best jek.cam teringin jek nak guna.hehe

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat & mudah.
* Sistem komphrehensif ini mempunyai 10 komponen herba yang diguna selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin. Bengkung Lepas Bersalin PERCUMA juga ada dimasukkan dengan setiap pembelian set ini.
* Ini adalah rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa pantang.
Untuk dimakan:
Teh Herba, Lepas Bersalin 1 dan Lepas Bersalin 2.
Untuk Kegunaan Luaran:
Herba Pembersih Wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan, dan Campuran Penenang.
Ciri-ciri dan Faedah
* Lengkap dan mudah.
Memberi penyelesaian mudah. Segala yang anda perlukan ada dalam pek ini. Penyediaan minimum diperlukan kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia diguna.
* Keberkesanan Terbukti.
Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.
* Herba-herba yang distandardkan.
Mengguna ekstrak bahan aktif herba yang distandardkan untuk kualiti dan konsistensi rumusan.
* Tiada pewarna dan perasa tiruan atau pengawet yang ditambah.
* Kapsul sayuran. Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan.
Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.
* Pengilang herba bertauliah.
Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)
HARGA : RM 293 (termasuk bengkong)
agak mahal lah bagi mama.tapi, set ni lengkap dgn bengkung, yg penting lebih murah banding ST.hikhik
dan rata-rata pengguna produk ni sgt puas hati.


terdapat lapan barang iaitu rempah mandi, tungku kukus, losen param, bedak sejuk, pilis, jamu serbuk (sebungkus), jamu kapsul (2 botol) dan juga bengkung untuk penggunaan dalam tempoh 60 hari.
KHASIAT :-
Membuang toksik didalam badan /Membuang angin /Menyuburkan rahim/Masalah keputihan /Merapatkan faraj /Memberi tenaga, cergas seawal pagi/Membetulkan sistem kitaran haid /Membakar lemak dan menurunkan berat badan /Mengurangkan bau badan /Menambahkan nafsu syahwat /Mengurangkan sakit pinggang dan lemah tubuh badan /Awet muda
Bahan-bahan :-
gadong /tahi angin /cabai pintal /akar siak /ambar antu cabai batik akar cerita /kulit pulau sari /kulit kayu serapat /ketumbar kasar /jintan hitam /temulawak /halia bara /halia putih kunyit kering /kayu manis cina /kedaung /daun cina maki/ masuri jerangau /lengkuas merah /buah keras /jemuja /daun terawas / hadas pedas /langkau besar /langkau kecil /bica bolong /biji kani/buah gorek /akar kayu putih /cekor
ISTIMEWA UTK:-
Buang Lemak /Untuk awet muda /Ada masalah senggugut dan haid tak teratur/Masalah keputihan Muka berjerawat dan kusam /Mengembalikan semula keharmoniaan rumahtangga /Masalah faraj longgar, rahim turun, berair dan kurang mencengkam /Masalah terkencing ketika batuk dan bersin /Masalah banyak angin dlm badan /Masalah toksik dlm badan /Masalah kesihatan seperti gout darah tinggi, kencing manis, resdung, migrain /Masalah sengal badan, sakit pinggang, sakit tumit dan lutut /Ingin berhenti merokok /Tidur tak lena.
Bagi wanita yang baru melahirkan anak, eloklah diamalkan pengambilan Jamu Mak Dara pada hari ketujuh dalam pantang. Amalan ini dapat mengembalikan tenaga, menegangkan otot2 yang kecut, menyembuhkan luka bersalin, memulihkan dan menyempitkan lagi faraj dan mengecutkan rahim.
Jamu ini juga boleh melangsingkan tubuh wanita dan mengatasi masalah haid seperti senggugut dan pusingan haid yang tidak teratur. Ia juga bukan sahaja mencantikkan tubuh malah mencantikkan kulit yang tidak bermaya.

"JANGAN TAK TAHU" Jamu ini juga turut diamalkan oleh ramai artis di Malaysia dan antara artis yg mengamalkan jamu ini, Aleeza Kassim, Nanu, Watie Elite, Erra Fazira, Umi Aida dan Ziela Jalil.
HARGA : RM350.00

mama suka set ni, sbb siap ada param,pilis,tungku,kire set lengkap lah.
tak payah dah nak beli benda2 asas time berpantang tu dari mak bidan dah.
Tablet Haruan
Tablet Haruan adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.


Tablet Perawan
Tablet Prawan yang berperanan seperti ubat periuk ini diformulakan dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan. Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.
Ginger cream
Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkan amalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia . Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.
Body Contour Gel
Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak dan selulit. Ia disapu sebelum berbengkung bagi mempercepatkan pembakaran lemak dan selulit di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Ia tanpa bau, tiada kesan melekit serta mudah menyerap apabila di sapu.

Bengkung
Bengkung CORRECTUER dari Leesa Formula adalah singkatan perkataan `Correct & Contour`, khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.

Minyak Telon
Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi.

Pek Tungku Herba
Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif Leesa Formula yang di ilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, menggunakan beberapa ramuan herba yang dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu dituam ke badan bagi memberikan kesihatan yang lebih baik kepada semua orang, terutama ibu lepas bersalin.

KEISTIMEWAAN SET CONFINEMUM
Formula yang inovatif.
Leesa Formula menggubah kembali resepi lama mengikut gaya hidup dan keperluan generasi baru masa kini dengan cara yang lebih mudah tanpa mengurangkan keberkesanannya.
Dari sumber semulajadi tempatan, yang menjadi amalan pelbagai kaum.
Semua produk di dalam Set ConfineMum Premium dibuat dari sumber yang telah digunakan sekian lama oleh pelbagai bangsa di Malaysia seperti ikan haruan, herba `ubat periuk`, halia dan penggunaan bengkung atau barut.
Set yang lengkap, eksklusif serta istimewa dan menyeluruh.
Dengan 8 produk, ia memberikan penjagaan menyeluruh untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran ibu selepas melahirkan.
Fungsi 2-in-1 (dalaman & luaran).
Disamping menyihatkan peranakan dan badan, Set ConfineMum Premium juga membantu memberikan kembali bentuk badan yang langsing menawan.
Ringkas dan mudah.
Ia tidak remeh, tiada bau, tak perlu dibancuh, tak berbau jamu yang tengit, tak berdebu, tidak dipek mengikut minggu hingga berbotol-botol dan menyukarkan kerana perlu diteliti terlebih dahulu setiap kali sebelum digunakan.
Praktikal dan tidak membazir.
Setiap produk yang ada dalam Set ConfineMum Premium semuanya praktikal & penting untuk digunakan dan selalunya set pasti habis digunakan sebaik selesai pantang, Ia berbeza dengan jenama lain yang kadangkala memberi pelbagai produk di dalam setnya, namun sukar diamal sehingga akhirnya ia tertinggal begitu saja tanpa digunakan walaupun telah habis berpantang.

HARGA : RM350

walopon harga dia mahal, mama rasa berbaloi sbb lengkap set ni.bengkung & tungku herba.



Salindah Set Bersalin
tuk set ni, mama definitely takkan ambik. sbb Dr Rafi dah sound awal-awal, jauhkan dari set ni atas sebab-sebab kesihatan.bukan Dr Rafi nak banned ke hape.





tapi, Mustika Ratu Jamu Selapan ni pulak mama yang TAKNAK. sebab mama dah guna masa bersalinkan Zahra dulu.
walopon mama berjaya turunkan dekat 12kg berat badan mama.tapi, mama serius tak suka param & pilisnya sbb terlalu keras. rendam ngan air panas pun, tak jalan. nak kena tumbuk lah pulak. kowang bayangkan, mama yg dlm pantang nak kena tumbuk param & pilis tu guna lesung batu.langsung tak masuk akal.
tapi, mama suka minyak telon tuk baby.wangi sgt2.set ni sebenarnya lengkap, lagipun tuan punya salon tu ada rekomen mama amik sekali mandian herba wangi & herba tuk bertangas.
HARGA dia pun memang murah, tak sampai RM100 pun.kalo tak silap RM75 sahaja tanpa bengkung.

kalo kowang pernah try salah satu dari produk ni, hope dapat kongsi. kalo bleh, mama nak yg terbaik.
cam amma cakap tadi, badan ni nak pakai lama, taknak lah sok-sok sakit badan sbb tak jaga pantang.
mama risau sikit sbb mak amma dah tak berapa sihat.so, mak takkan dapat buat ramuan istimewa mak masa dalam pantang. mak nak jaga diri sendiri pun cam susah, takkan nak jaga mama dlm pantang pulak kan.
so, bersalin kali ni mama kena berdikari. takleh nak harap sesapa. jadi, mama harap sangat, produk bersalin ni lah yang dapat bantu mama berpantang.
mama nak yang mudah diguna & tak mudaratkan kesihatan lil DZ dan yang paling poenting, susu tetap banyak.


love: mamazahra ^__^

2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

dulu kite pon guna jamu selapan pas preknenkan Zara..beli set yg ngan bengkung skali tu..tp bengkung die ala2 traditional gak main lilit2..hehehe...psl param n pilis, tk ingat pon psl keras tak keras, lagipon sume mak yg tolong sediakan..=p

kali nih tk tau lagi nk guna set mane..yg jamu selapan tu pon dh last2 dok asyik ponteng makan jek..huhu

Norly a.k.a MamaLeana said...

lily: untunglah, mak lily masih kuat.mak norly dah tak bape sehat, harapkn kakak tlg kite berpantang.bersalin kali ni, tatau cane.kakak dah sibuk hantar dan amik anak sekolah.huhuhu

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!