Sunday 31 October 2010

Tragedi Oktober

malang memang tak berbau.
kalo khamis, cik Persona nyaris-nyaris kena hentam dgn lori dari belakang masa otw balik rumah dari opis gara-gara ada seorang pembonceng motor yang tak reti nak ikat topi keledar dia baik-baik sampai terpelanting betul-betul depan cik Persona.mama nak elak pun tak boleh, sebab lori treler sikit punya laju, yang mama sempat buat,brek jek.mujur treler kat belakang tak hentam cik Persona. Allah masih sayangkan mama & baby dlm tummy.Alhamdulillah.

dan..sekali lagi, malang tak berbau..
Jumaat pas abes kerja terus menghala ke GM tuk bertemu nett.byk kali plan nak jupe, baru dpt jumpa.
pas jumpa nett, terus nak balik umah sebab tak solat Asar lagi.
masa keluar dari GM Klang tu, ada pulak kereta yang buat short cut tuk across ke bangunan sebelah kiri.
tak pasal-pasal mama langgar kereta dia.
mama memang tak sempat nak elak, hanya mampu brek sekuat hati sampai perut boleh cecah stereng.
mujur baby dlm tummy masih aktif bergerak.masyaAllah.punyalah takut...
inilah kereta yang tetiba melintang depan mama...


pemilik adalah chinese couple.
derang marah-marah salahkan mama, cakap mama bawak sikit punya laju.
masyaAllah, apalah kudrat seorang ibu mengandung nak bawak laju.
mama rasa, mama dah cukup berhati-hati. mama memang takut drive laju-laju ni. dan bukan tabiat mama, tuk drive laju-laju.
mama kan amatur lagi.lesen P pun baru jek abes March lepas.
mentang-mentanglah mereka berdua & naik pulak kereta besar, senang jek nak salahkan mama.
tapi, mama tetap cakap, derang tak sepatutnya across jalan tu.derang sepatutnya ikut jln yg betul, masuk depan GM buat u-turn kat roundabout kecik tu baru masuk kiri, bukan main ikut suka mana nak u-turn.

inilah keadaan kereta kami.ni mama dah undur sikit.
mama punyalah panik masa ni.
mama takut apa-apa yg buruk jadi pada cik Persona Non Grata kesayangan mama neh.

mujur luka-luka pada cik Persona sikit jek.



meh,. fokus sikit...

Alhamdulillah, cik Persona,mama & baby dlm tummy tak pape.
cuma Toyota cina tu kemek.
tp, memang bukan salah mama.huhuhu
memula cina tu mintak ganti-rugi sbb dia cakap mama salah.
so, mama call papa, papa cakap jangan bayar sbb dia yang salah.
so, amma cakap kat cina tu mama taknak bayar sbb amma tak salah.
so, dia cakap.kalo camtu dia nak report.so, mama ikut jek.
mama amik detail cina tu, nama,no phone, plat kereta.
papa suruh mama balik umah dulu, then baru gi report dgn papa.
masa mama sampai rumah. cina tu sms,
"Puan, minta maaf atas kemalangan tadi, saya akan repair kereta puan sekira ada celak atau rosak. sy tidak membuat report.ada apa2 pls call me.yang penting sekali, kita semua selamat.tq"
so, kami tak jadi report.
mama call dia, if mama dah repair cik Persona sok, mama akan call dia tuk claim.setel.
tapi, masa drive balik rumah dari GM tu, serius menggeletar kepala lutut. macam fobia pun ada.

malam tu, papa bawak gi makan.kononnya nak hilangkan gelabah ayam mama la.
makan kat Topoi Western, Restoren Wahieda.
serius memang tragedi oktober lah.
makanan hampeh sungguh.
mama rasa, kuah black pepper mama masak lagi sedap tau.

carrot susu tuk papa & tembikai tuk mama. air OK.
menu yg papa order pun, papa kata OK.tapi, knowing papa lah kan.dia mmg tak penah cakap makanan tak sedap.ekeke

grilled chicken paling hampeh mama pernah makan.
mama cuit 2,3 hiris terus tolak tepi. bagi papa rasa pulak.
pertama kali lah, papa cakap, makanan tak sedap.so, mmg betul-betul punya tak sedap lah ni.
tapi, mama peliklah...sikit punya ramai yg mkn kat situ order western.tekak derang dah kebal ke hape ntah.
yackks!!


love: mamazahra ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!