wiken semalam, sangat busy.
penuh dengan aktiviti.
sabtu, pagi-pagi lagi mama dah start buat cookies raya.
mula dengan semprit.
sowi, gambar ikhsan dari, pakcik yahoo.
mamanya semprit kaler pink kesukaanku.dan bubuh manik-manik urai kalerful.
mama buat sebalang kecik jek semprit ni, tak larat nak menekan adunan tu dlm acuan.
then, mama buat hazelnut ball.
ni 1st time mama buat dan tidak mengecewakan.
mama bubuh extra hazelnut.so, memang terasa.
then, celup dalam coklat compund milk chocolate.
mama tak guna coklat masakan, lagi suka coklat compound sbb dia guna lemak sayuran.
perasan tak separuh guna choc rice yg kalerful, separuh lagi guna manik2 kalerful??
manik2 tu lebihan mama buat semprit & cornflakes coklat, mama suruh papa beli lagi kat kedai.
sekali, papa beli choc rice kalerful tu gara2 takde kat kedai yg papa gi tu dan papa malas nak gi kat kedai lain.so, belasah jek lah..
lepas zuhur lak, kami keluar ke shah alam tuk shopping baju raya pulak.
memula, gi Jakel shah alam.jumpa baju papa & mama jek.tapi, tak jumpa yg sedondon pun.mama amik yang sipi-sipi nak sama, belasah jek la.hehe
then, gi SACC mall tuk cari zahra punya baju kurung.pun tak samapa ngan mama, cuma sipi-sipi jek.huhuhu
pastu, papa ajak pulak ke alam sentral.cari tudung raya.
macam nak patah kaki rasanya.
mama sempat beli sehelai tudung kat booth kakak sedara mama, untung sebab dia bagi diskaun.hehe
petang tu, jalan jem gila.
plan asal nak berbuka kat Afnan tomyam, tapi dah fullybooked.takde kosong langsung.huhu
nak balik umah memang tak sempat, so terus gerak ke rumah kak ngah berbuka kat sana.
kebetulan, endek ngn mak pun buka kat sana.
mama sempat beli lemang jek.tu pun, tinggal sebatang jek, rendang pun dah licin.huhu
dan, Ahad lepas solat subuh kami bantai tidur lagi sebab hujan turun.
kul 9, papa kejutkan ajak gi jalan-jalan kt pasar stadium sek.13.
so, bangun mandi dan bersiap laju-laju.
sampai kat pasar kul 10 pagi, parking pun dah fulled.
nasib ada gak space tuk kami.
tak round abes pun pasar tani tu, sebab dah tak larat.
tu pun, sempat sambar jeans tuk papa jek.
tahun ni, kami shopping ala kadar jek.
selalunya, papa beli jeans & baju kasual 2 atau 3 pasang.tapi, tahun ni beli sehelai jek.
zahra ngn mama pun sama, beli sikit-sikit jek.tak beriye cam selalu.
sesampai rumah jek,terus gigih grooming hall & bilik tidur kami.
pasang langsir, lap kerusi meja, basuh cermin tingkap,lap perhiasan & mop lantai.
sapu, vacuum & mop lantai sememangnya keje papa.
pastu, terus pengsan.hehe
lepas zuhur, mama start buat choc badam&cornflakes cookies.
sebenarnya, ni kes nak menghabiskan stok bahan cookies yg ada.
mama campur badam, hazelnut&cornflakes.
maka jadilah cookies ni..
belum pun sempat bakar cookies ni, papa ajak gi rumah along mama.berbuka kat sana.
so, lepas masukkan dlm cup, simpan dulu dan terus gerak gi umah along.
tengok, muka mama sememeh jek sbb keletihan.
budak baju merah tu ceria jek, sbb dia tak puasa.hehe
tengok, betapa seksinya budak tak puasa neh...bersungguh nak pakai short walopon dah dipujuk suh pakai seluar panjang.
sekarang ni, zahra dah memilih baju sendiri.so, mama & papa kena ikutkan jek.kalo tak, mengamuk.
balik dari umah along kul 10, beriya along pujuk suruh tidur sana tuk sahur sama-sama.
tp, memandangkan isnin keje.maka lupakan jek la.
balik rumah, terus terbongkang.
pagi tadi bangun sahur, terus panaskan oven & bakar cookies sambil panaskan lauk tuk sahur.
mujurlah dapat "monjong" dari kak watie & ateh.tak payah susah-susah masak sahur.hikhik
dan inilah hasil cookies mama...
setakat ni, inilah stok kuih raya mama...
perkenalkan..dari kiri, semprit pink, choc chips rangup, cornflakes chocolate, rempeyek & choc badam cookies.
hazelnut ball mama susun tempat lain.
kalo rajin, nak buat makmur lak esok atau lusa.doakanlah mama rajin yee!!!
korang buat gak cookies ke??ke beli jek??kuih tart jem.ini kes malas nak buat jem.tu yg bantai beli jek.hikhik
love: mamazahra ^__^
2 comments:
dasat betol mak buyung neh ... terer3 ...
buatkan akak sebalang ... choc rangup tuh hehehh
lps raye bawak opis naaa
@Anonymous
kak anon,
nak buat cane.tahap kerajinan adalah ditahap melampau.tu yang jadik 5jenis.kalo malas, maknanya takde kuih raya tahun ni.lagipun, fulus tuk beli, ngak ada.
mau sebalang choc rangup??bolehh!!!kalo kt famous amos, 100gm=RM8++, beli ngan sy, 100gm=RM10++ sbb extra kepenatan pd sy&bb dlm pewot.haha
Post a Comment