Monday, 6 September 2010

The Manhattan Fish Market

ni cerita Jumaat lepas tau, nak basi dah citer neh.
sowi lah, mama busy bebenor kat umah.
busy grooming rumah, shopping raya & buat cookies raya.
Jumaat lepas, bos belanja buka puasa kat Manhattan Fish Market, bukit tinggi.
lepas abes keje, mama gerak ngan kak siti gi klinik dulu.
kak siti nak beli ubat tuk abah dia.
so, mama tunggu kat siti dalam kereta je.
masa tunggu kak siti depan kedai tepi klinik keluarga Aishah tu, mama nampak ni...

abaikan budak jual burger tu.
bukan nak cerita pasal dia pun.
fokus pada pakcik uh duduk dlm kedai makan de warong tuh.(yg mama bulat kaler merah)
pakcik tu muka memang macam cina, mama tak nafikan.dan sorang lagi tu mmg muka melayu(duduk menhadap pakcik tu).
tapi, selamba badak dua-dua pakcik tu minum teh ais kat kedai.
mama sangat berharap pakcik tu bukanlah islam, sbb sungguh tak senonoh di usia senja macam tu org beragama islam tak puasa kan...
lepas amik ubat abah kak siti, terus gerak ke Jusco bukit tinggi.
window shopping jek.
takde menda nak beli pun.
dah penat jalan, terus ke Manhattan fish market.
Anis dah buat reservation, so kitorg lepak tunggu waktu berbuka dlm tu.
sesuai tak mama pakai tudung camni???
papa cakap, mama macam "orang tua" jek pakai tudung ni.memang last lah, mama pakai tudung ni.huhuhu
lepas ni, takmo pakai dah walopon papa berulang-kali papa cakap, dia gurau-gurau jek.
tp, apa yg keluar pertama dari mulut, salunya itu yg ada dlm hati kan???betul tak??
dah lama gile mama tak makan manhattan fish neh.
mama ni cepat muak makan ikan byk2.tapi, dah bos belanja kan, belasah jek la.
lagipun, manhattan ni kan mahal sikit, itu bagi mama lah, bagi kowang mestilah celah gigi jek makan tempat cemni kan???tapi kan, kalo nak harap gi makan sendiri kat situ, mmg jgn haraplah.mama takkan makan benda yg mama tak bape suka.hehehe
menu kami dah pilih siap-siap, anis dah order pun.
mama order flaming platter for one+orange juice+mushroom soup.
giler banyak satu plate tuh.tak terhabis mama makan.
nasi tu, mama makan 2,3 suap jek.fries ngan ikan pun tak habis, cuma udang jek mama bedal abes.
then, tuk appertizer, kak siti order white bait neh.
sedap dan rangup.
mama tak tahu, dia guna ikan apa.rangup.tolong jangan cakap, white bait ni, ikan belut eyh..gelinyee!!!
tuk dessert lak, kongsi ramai-ramai.
chocolate mud pie + tiramisu.
mud pie tu sedap, tapi manis sangat.mama makan 2 suap jek.
kalo tak kerana GDM ni, sure mama bedal abes.tapi, sian kat adik baby dlm tummy mama ni.so, mama beringatlah.hehe
tiramisu tu serius tak sedap, lagi sedap di secret recipe.
makan pun terkocoh-kocoh sebab nak kejar sembahyang maghrib.
lepas solat, terus gerak balik.
sampai jek rumah, papa dan zahra dah balik dr umah MIL.memasing dok dalam bilik.
sian kat papa, tiap kali mama ada makan-makan, dia kena menumpang kasih gi makan umah MIL.hikhik

love: mamazahra ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!