Friday 17 September 2010

Cerita Raya Kami

Selamat Hari Raya Semua :)
kowang dah start keje ke?ke kowang raya sakan???cuti sampai 2 minggu??hehe
mama menyambung cuti lagi.padahal, amik cuti raya sampai selasa jek.
tp, last minit ibu zahra mintak cuti.nak beraya kat kampung lama sikit.nak tak nak, mma EL rabu lepas.
ibuzahra blek semalam sebenarnya.
tp, sebab aineh dah plan nak gi hospital bersalin tuk daftar.makanya, mama kena amik MC aineh.ekeke
kowang mesti raya sakan kan???
syokk arr...
kami beraya biasa-biasa jek.
dengan baju raya tak berapa nak sedondonnya, dgn kuih raya last minit buatnya. dengan papa demam panas+cerry berry nye.so, segalanya hanya bersederhana.
tahun ni, giliran beraya dirumah mak mama dulu a.k.a rumah kami la kan.ye lah, kami kan menumpang umah mak.hehe
Malam Menjelang Raya
so, sehari sebelum raya adalah hari bertungkus-lumus bagi mama tuk masak lauk raya.
mama cuma masak nasi himpit, ayam berlada & sayur campur jek.

[menu simple kami tuk raya tahun ni :) ]
sebab, mama dah tau dah.kakak-kakak & abang-abang mama sure 'monjong' punya lah.
so, mama tak payah susah-susah masak rendang, kuah kacang & lodeh bagai.sure sampai depan pintu before raya.hehe
khamis tu, papa keje lagi.pagi-pagi lak mama ada check up kat klinik desa.kul 9.30 dah setel.so, terus ke carrefour tuk beli bahan masak.
balik umah, sediakan bahan-bahan tuk masak cam rebus cili & blend, kopek bawang dll.
dalam pada tu, sempat gak mama buat kuih makmur.dapatlah 100++ bijik.kire orait lah tu.
dalam tak larat tu, jadik jugak.hehe
lauk semua siap dimasak tuk berbuka 30 ramadhan tu.Alhamdulillah.
lepas berbuka, mama gigih mengemas rumah.setelkan bab langsir dan sediakan bekas kuih.
papa cuma tolong pape yang patut.
malam, lebih kurang kul 9mlm kami keluar ke Klang tuk misi mencari tudung raya tuk mak, bunga hiasan, kerongsang tuk mama dan kalo jumpa baju kurung sehelai lagi tuk Zahra.
tapi, oleh kerana ambik masa sampai sejam tuk cari parking.maka, mood tuk shopping dah hilang ntah ke mana.
sudahnya, tudung dan brooch jek yg jumpa.yang lain, kirim salam jek.
zahra pun dah tertidur.
niat hati nak beli bunga hiasan, baju kurung tuk zahra terus terkubur.huhu
sampai rumah jek, family Atam dah sampai.
malam tu, mama gigih lagi buat persiapan terakhir before tidur.sempat lagi, menyapu lantai tau.
kul 1 pagi, baru masuk tidur.

Pagi Raya : 1 Syawal 1431H/2010M
kul 5pagi, mama dah bangun.
siap-siap tuk goreng sayur campur & panaskan lauk-pauk, dan isi kuih raya dalam balang kuih.
mujurlah, papa bangun tuk mop lantai.TQ, pa!!!
pastu, mandi solat hari raya & solat subuh.
lepas tu, bersiap cantik-cantik lah.
tahun 2010 ni, kami pilih pink fuschia tuk tema tahun ni.
tapi, baju adalah tak berapa nak sedondon.
mama malaslah beriye sangat membeli baju raya, dgn pewot memboyot ni.rasa cam membazir lak.
so, ala kadar sudeehhhh....
gambar raya pertama????nan ado.yang ada, cuma gambar cik Zahra jek.
mama sibuk buat air tuk tetamu.huhuhu

ni lah tema kami tahun ni...
nak tengok baju mama dan papa???
tunggu next entry ekk....

kul 7.30pgi, dah siapkan bekfes tuk papa.
semestinya nasi himpit, ayam berlada, sayur campur & kuah kacang Atam.
tahun ni, bukan jek turn Atam beraya kat sini, tapi Anjang, Ateh & Endek pun ada.meriah sesangattt!!!
pagi tu, kami 'baraan' ke rumah Paman Amat & kak hendon.
pastu, papa nak gi solat Jumaat.
dah namanya, raya hari Jumaat.memang suntuk sikitlah masa. rugi tau sbb turn umah mama jatuh jumaat.hahaha!!!
pas solat jumaat & makan tengahari, kami gi umah Paman Moh, Paman Siyan, Paman Mali & Wak War.
dekat kul 6 balik umah tuk solat Asar.
belah malam lak, kami gi beraya umah anak sedara mama, Kak Yong dan Kak Ngah kat sementa.
pastu, kami terus balik umah mertua.
sampai umah mak pun, dah dekat kul 11.mak & abah pun dah masyuk tidur.
maka, kami pun standby lah tempat tidur tuk kami gak.
belum pun sempat nak masuk tidur, Pak Ngah Zahra sampai.layan borak & main-main ngan Liana Izzati sampai kul 1pagi.
mata mama dah tak larat sebenarnya, tapi tahankan jugak lah.
Zahra & papa dah lama lena.
bile Pak Ngah, Mak Ngah ngn Izzati balik jek.
mama ngn mak mertua terus masuk tidur.mengantuk weehhh...

tamatlah Raya Pertama Kami... :)



love: mamazahra ^__^

1 comment:

Lily@MamaZaraZareef said...

slamat ari raya noly!!punye bizi smpai tk sempat snap gmbar raya yek..hihi..kite taun ni pon tk berapa byk amik gmbar sbb kemalasan melanda..

nway, sweet cik zahra berbaju kurung..dlm gmbar tu nmpak die dh big girl sgt..hehe

p/s: awat background blog norly dh ilang ni..nmpaknye kena makeover baliklah blog..=)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!