Wednesday 4 August 2010

Dua hari yang penuh dengan dugaan

Selasa, mama gi minum 'air gula' kat Klinik Nuraini.
ini pun atas arahan Dr masa mama gi monthly check up kat Klinik Desa Rantau Panjang(KDRP) bln lepas.
ni semua, sbb bagitau mak ada kencing manis.
kalo ikutkn hati, mmg taknak bagitau.tapi, takut lak effect kemudian hari.
sudahnya, kena minum 'air gula'.
ini pengalaman pertama mama kena minum 'air gula' ni.
masa mengandungkan Zahra, tahun 2007 tu, mak mama lom ada penyakit 3 serangkai neh.takde kencing manis, darah tinggi & serangan jantung.
dan, mmg dah "rezeki" mama kali ni agaknya.hikhik
sebelum gi minum 'air gula', mama kena puasa start kul 10mlm sebelum tu.
tp, oleh kerana Isnin tu, mama ada dinner kat Genji Restaurant, PJ Hilton tuk celebrate besday big boss.
makanya, mama makan sungguh-sungguh lah kan.
tapi, mama langsung tak minum air manis tau.cuma minum warm water.
last kul 10 tu, mama makan sepotong kek hari jadi Dato'. tu pun mama tak habiskan sbb dok fikirkan kena minum 'air gula' esoknya.kalo tak, mmg mama bedal kek tiramisu tu.
so, kul 9pg mama gi Klinik Nuraini tuk minum 'air gula'.
kul 9.30pg, amik darah dulu, pastu baru minum 'air gula'.
sebelum mama pergi, mama dok bayangkan, dia akan bagi segelas kecik jek 'air gula' tu, sekali...hambekk ko!!! dia bagi satu mug penuh.
mama pun try minum seteguk. masyaAllah, dia punya rasa.dah lah manis, pekat dan likat plak tuh.
terus kembang jek tekak.
tapi, sbb dia cakap, kalo mama muntahkan, dia kan tambah lagi.
maka, mama minum perlahan-lahan lah.
sampai menitis air mata lah tuk habiskan satu mug tu.
tapi, Alhamdulillah.habis gak.huhuhu
ingatkan, pas minum tu abes dah azab.
sekali, Dr tu suruh balik umah, rehat dan sambung puasa.
kul 11 datang semula ke klinik tuk amik darah lagi.
dari mama nak masuk opis, terus cancel.
balik umah jek, terus nak pitam. dengan laparnya, dgn haus, dgn ada rasa lagi kat tekak 'air gula' tuh.
amik darah lagi, then....keputusannya....
^

^

^

^

^

^

positive.mama disyaki ada kencing manis gak.
sbb kalo patient yg dah minum 'air gula', ujian darah dia 7.8, tp mama punya 8.2
so, hari ni, ujian Allah sekali lagi..
mama kena gi KDRP tuk buat ujian darah 4 kali sehari.
start kul 8 pagi ni, then 10pg, 2ptg dan 8mlm.
doakan semunya baik-baik belaka ye.
dan harap sgt, ujian semalam tu, TIPU jek.
mama takde pun penyakit bahaya tu.huhuhu

kowang doakan ye!!!!



love: mamazahra ^__^

2 comments:

Puteri Satu said...

akak doakan.. semua baik2 belaka...

Lily@MamaZaraZareef said...

harap oklah 2nd test nanti yek..kite pon risau sbb mak kite ade kencing manis..mase 1st preknency dulu alhamdulillah, ok. yg kali ni lom taulah..dhlah suka sgt benda2 manis sejak preknen nih..konon nak bagi ilang rase mualla..huhu

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!