Dah seminggu lebih mak kat rumah kak ngah mama, kat sementa.
lepas balik hospital tu, mak sempat dok seminggu jek kat rumah.
bukan mama takmo jaga mak. mama kan keje, dari kul 8 smp kul 5 [alasan jek neh!!]
tu yg takut pape jadik waktu tu..
kalo mak kat umah, sementara siang tu, kakak mama da nak jaga mak.
tp, dia kan sibuk uruskan anak-anak dia.
sibuk nak hantar dan ambik anak-anak dia sekolah.
tu yg, kak ngah volunteer nak jaga mak.
sbb kak ngah seharian dok umah.
anak bongsu dia yg umur 8tahun tu, gi sekolah kakak dia yg hantar.
tu yg kami hantar mak ke sana tuh.
lagi pun, umah kak ngah dekat ngn tukang urut.
tu yg senang sikit.
so, mama hanya dapat jenguk mak 2 atau 3 kali jek seminggu.
jumaat malam sabtu lepas, mama gi umah kak ngah.jenguk mak.bawak nasi beriyani kesukaan mak.
tapi, mak langsung takde selera nak makan.
mak nampak lembik sangat.
cuma, jamah biskut & air susu jek tuk sepanjang hari.
mama bawak gak buat mata kucing, mak ada lah mintak 2,3 bijik.
tapi, ye lah.mak kan ada asthma.mana bleh byk mkn buah tu.sian kat mak.
apa yg dia selera nak makan, kena pantang pulak.
yang kita suruh makan pulak, dia takde selera.
kat umah kak ngah, mak terbaring jek. gi bilik air pun naik wheelchair.
mujurlah, mak mertua kak ngah mmg ada wheelchair, boleh la pinjam.
mak takleh nak berjalan gi bilik air, sbb mak akan termengah-mengah bila jalan jauh sikit jek.
bila kami suruh pakai lampin dewasa, mak cakap tak selesa.
so, kenalah tolak dia guna wheelchair ke bilik air.
malam tadi, mama jenguk mak lagi.masa kami makan nasi, mak langsung tak jamah.
even, kak ngah ada masakakn nasi himpit tuk mak.
mama bawakkan mak coco crunch & susu HL.mak makan beberapa suap jek.
lemah sangat badan mak, kurus jek.
risaulah tgk keadaan mak...
sekarang ni, kami usaha secara moden & tradisional.
secara modennya, cuma bagi mak makan ubat jantung yg hospital bagi lah. mak tgh tunggu giliran nak scan jantung kat hospital serdang.nak tahu punca mak dpt serangan jantung.
ntah bila lah, pihak HTAR nak call bagitau tarikh giliran mak tu.
tunggu jek lah...
kami gak, bawak mak berurut & berubat cara kampung.
dengan panggil ustaz yg pakar tengok-tengok kan mak.
moga mak sihat cepat & boleh balik umah tuk puasa kat rumah.
mama dapat rasa lain, kalo mak takde time puasa nanti.
mama tak penah puasa tanpa mak.
harap dapat sahur & berbuka dgn mak kat rumah.
sedihnya, bila pikirkan ramadhan yg makin dekat.tapi mak masih lemah camtu....
dah tentu mak lagi sedih, sbb tak dapat bertarawih kat surau dan qiamullail kat masjid...
"Ya Allah, Kau sembuhkan lah mak..kasihanilah mak sepertimana mak mengasihani kami sejak kami kecil...Kau berilah mak kekuatan tuk hadapi penyakitnya.amin Ya Rabbal Alamin"
kat bawah ni, mama ada terbaca keratan pasal faktor risiko serangan jantung...
bertambah risau dgn keadaan mak...
harap mak kuat..dan terus kuat...
love: mamazahra ^__^
No comments:
Post a Comment