Wednesday, 28 July 2010

Pantang Larang Semasa Mengandung

ekceli, ada banyak cerita & gambaw nak share. cerita wiken, cerita pasal mak.
tapi, mama kesuntukan masa lah.
kat opis, PC lak buat hal.lagipun dah 2 hari mama tak dok opis sepajang hari sbb mama turun site tuk 'projek' memutihnggelapkan kulit gebu mama.
so, nanti-nanti lah mama stori-mori ye citer mama.
skang neh, mama nak share cerita peknen..hehe [kemaruk sungguh mama ni kan???egege]
ala, skang ni kan ramai kawan blogger yang tgh peknen.so, bleh lah mama share info yg tak seberapa neh.hehe

kali ni, kita share cerita pantang larang orang dolu-dolu tuk wanita mengandung ekk...
ada yg bleh di jadiakan panduan & ada gak yang karut-marut.yang kurafat pun ada...
tapi, sekadar berkongsi lah ye...

pantang larang orang Melayu, semasa mengandung...

  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. [dlm Islam pun ade ckp, mengumpat tu berdosa.tak kesahlah samada mengandung atau tak, mmg berdosa kalo buat kan.so, tapayah buat.selain tak dapat dosa, anak pun akan terhindar dari terikut perbuatan tak baek tuh]

  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan. [masyaAllah, mintak jauh lah kan.doa jek la...anak yg dikandung sihat n sempurna tubuh badan.nnt, mama share doa tu, nak kena scan dulu la article psl doa tuk mintak bb sehat sempurna...doa tu mak mama yg ajar, ekceli dari sepotong ayat Quran gak]

  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya. [kalo lepas maghrib tak pe kan??kalo malas masak, camne pun kena kuar dinner gak.hikhik.tp, kan mmg tak elok kuar time maghrib, kan ke elok, lepas solat baru kuar, ye tak???hehe]

  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. [insyaAllah, semua kawan2 mama baik akhlak & jujur.malah setiakawan semuanya kan??]

  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap. [InsyaAllah, mintak jauh lah ye..]

  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak. [aduhai, yg ni cam payah jek, sbb umah mama ada tangga.mmg salu melepak ngn mak & kakak2 kt tangga.amik angin sambil menyembang.hikhik.yg penting selalu berdoa kpd ALlah tuk permudah bersalin, dan baca selawat syifa byk2.itu pesan mak mama.]

  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.[abes tu, kalo terpaksa cemana?misalnya, ibu mengandung tu mmg petani yg menanam pokok pisang, takkan sepanjang mengandung dia nak kene tanam anggur pulak??ekeke]

  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya. [tempurung kelapa pun payah nak jumpa.kalo kt kampung ada lah kot kan..hehe]

  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. [ye ke???ni mama tak pasti, yg penting bykkn doa n zikir.tul tak??]

  • Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar. [tidur ptg tak pe kan?atau kalo tertidur tanpa disengajakan takpe kan??ekeke]

    pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung [istimewa tuk papa-papa semua]

  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis. [cam merepek jek kan??nasiblah papa langsung tak reti main alat muzik.satu hape pun tak tahu.hikhik]

  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya. [yang ni mmg papa takkan buat lah, skang ni mane lah nak beli ayam hidup pastu nak sembelih.beli kat kedai yg dah siap sembelih, lg senang.hikhik]

  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut. [masyaAllah, mintak jauh lah kan.papa tuh dah lah extra berani bile nampak ular.serreemmm!!!]
tapi,  ni semuakan ketentuan ILLAHI.kita sebagai hamba-Nya, hanya mampu berdoa tuk yang terbaik jek lah. pantang larang ni, byk yg cam kurafat lah pulak. sebagai hamba-Nya...sebaiknya, banyakkan membaca Al-Quran dan surah2 seperti:-


    • Surah Yusuf

    • Surah Maryam

    • Surah Taubat

    • Surah Al-Imran ayat 38: tuk peroleh anak yg baik

    • Surah AL-Imran ayat 8-9: tuk memohon rahmat

    • Surah Ibrahim ayat 40: doa tuk anak kerjakan solat

    • Surah Al-Baqarah ayat 128: anak patuh

    • Surah Yassin ayat 22-23: jaga aqidah

    • Surah A-Furqan ayat 74: anak yg menyenangkan hati

    • lagi bagus, baca 30 juzuq Quran terus.byk pahalanya.
        p/s: renung-renungkan, dan selamat beramal.kalo ibu2 mengandung yg lain, ada nak kongsi.buatlah entry n link ke mama eyh..syok gak dpt share info kan...

    Peringatan: ini entry auto-publish.jgn ingat mama mengulau time keje tau!!!

     
    love: mamazahra ^__^

    No comments:

    Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!