Tuesday, 13 July 2010

Mari Membuat Tart : Stoberi Cheese tart, Blueberry Cheese Tart & Choc Tart

Ni cerita dah nak basi ye.
cerita hari Sabtu.
sowi lah, lama sgt mama peram.
mama tak berapa sehat.
semalam pun mama MC.
sakit kat bawah perut.awal pagi, papa nak bawak gi Klinik DrShima, tp malangnya klinik tutup.so, pas bekfes balik jek. plan pegi petang.
lepas Zuhur semalam, mama call tukang urut(Wak Salmah) tuk legakan sakit pinggang & seluruh badan ni. Wak salmah cakap, peranakan mama turun.mungkin sbb mama byk sgt bergerak bebas.so, kena limitkan sikit pergerakan takut janin belum kuat berpaut.hukhuk
macamlah buat keje berat cuti hujung minggu tu, padahal seharian duk baring depan TV ngadap novel.hehe

okeh, Sabtu tu cambiasa.kalo papa tak masuk opis, mmg kami bangun lewat sikit dari biasa.
lepas subuh ekceli dah bangun ngadap PC.
tapi, badan ni rasa sakit-sakit.tu yang join sekali appa& zahra tidur membongkang.hikhik

bangun kul 8 pagi, siap-siap sebab banyak sgt plan tuk Sabtu tu.
papa pas bersiap jek, terus ke Pejabat Pos tuk hidupkan lesen memandu. sementara tu, mama siapkan si kecik tuh.
Lepas singgah sarapan kat tepi highway shapadu tu, terus ke MBSB, Klang. lama gak urusan kat situ.
lepas tu, terus shoot ke Ss.19,Shah Alam tuk amik coklat conveture yg mama kirim dari kak watie.
tapi, malangnya.kak watie keluar ke Puchong tuk amik stok acuan coklat.
so, sementara tunggu kak watie sampai, kami ke Ss.20 tuk lunch. papa makan nasi ayam & mama mkn mee celup yg tak sedap.
kul 12.30 terus ke umah Kak Watie. "TQ k.watie, belikan norly cokelat neh"
Sebelum balik, singgah pulak Ss 7 tuk amik comforter kat Kedai Dobi Nur.mama hantar 6helai comforter last week.
punyalah banyak mama peram. aituh, masa kenduri khatan anak sedara mama tuh, ramai adik-beradik amma tidur rumah tu yg kena basuh semua comforter tuh.
Balik dari kedai dobi, singgah pulak ke BS Bakery, Jln Meru tuk beli bahan buat cistart.
dah lama sgt ngidam nak buat, tapi tak berkesempatan nak buat.

Lepas zuhur jek, bermulalah operasi membuat Cheese Tart.
mama buat 3 perisa. Stoberi, Blueberry Cheese Tart & Chocolate badam Tart.
Resepi buat Tart ni mama amik dari Kak Hanielieza.
ni kali kedua mama buat ikut resepi dia.
mmg terbukti menjadi.hehe
kalu kowang nak cuba klik sini.
mama tatau kak hanieliza ni dah ada lom buku tuk tart & biskut. tapi, mama mmg beli buku masakan dia.especially buku masak seafood. resepi yg mudah & sedap.
kalo nak amik jek resepi dia...[kak, ampun ye, sy copy resepi dr blog akak tuk kongsi dgn kawan2.hehe]

Bahan2 tuk sweet pastry
125 gm butter
125 gm majerin
100 gm gula halus
1 biji telur B
500 gm tepung gandum [ayakkan]
Filling
250 gm blueberry/stoberi filling [mama guna sikit jek, tuk setiap tart mama guna kat hujung sudu jek, takut manis sgt.kalo mama beli 250gm ni, mama bleh byk kali buat tart & siap bleh mkn dgn pancake.hehe]
Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul rata semua bahan]
Cara
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Pamkan adunan dalam acuan tat dan bakar dalam oven pasa suhu 170 selama 12 - 15 minit.
5. Kelaurkan tat dan masukkan blueberri filling dan keju kerim.
6. Bakar semula selama 5 minit lagi.
7. Angkat tat dan sejukkan.
8. Hidangkan.


Okeh, ni la hasilnya....

stoberi filling cheese tart. yg ni siap ada seketul-seketul stoberi dia.
filling ni, mama beli kt bakery shop tuh.
ekceli, jem dia masam sikit, so mama bubuh sikit gula ising & kacau.kasi manis sikit.tak sedaplah kalo cheese tu dah masam, pastu filling pun masam kan??
yang ni pulak, stoberi filling jek.
sowi lah huduh sket rupanya.
mama kasi chance anak-anak sedara mama, Irfan & Iqbal yg tolong.memaseng sibuk nak tlg bubuh cheese cream tuh, nak bubuh filling & nak tlg corakkan.
tu yg macam-macam pesen ada.hehe

selain stoberi, mama gak buat blueberry & choclate badam.
semua bahan ni mmg dah ada kat umah.
tapi, chocolate badam tart tu tak berapa lawo, tak licin.
tatau nape.
kalo ada yg tahu, petua nak kasi coklat tu berkilat jek kt atas tart, sila kongsi dgn mama.please!!!

petang tu, kul 4 lebih kot. Andak mama datang umah.
mintak tolong buatkan shaffiya kek tuk hari jadi dia mlm minggu tu. ekceli, besday shaffiya minggu lepas, 4/07/2010
Andak tak sempat nak beli kek sbb sibuk masak juadah majlis hari jadi tu.
walopon badan dah letih, mama buat gak lah.
kek yg simple jek.
bahan yang ada pun cuma cream cheese, so mama buatlah Baked Cheese Cake.
resepi, mama ikut resepi catlinaflybaby .siyes, mmg mudah.
tapi, mama buat tak secantik catlina lah kan.
ni 1st time mama buat.tp, rasa mmg sedap.

nak resepi nya?

tuk Cookies Base
120g biskut marie biasa @chocolate (lebih kurang 12-15 keping - aku agak2 je..) [tp, mama guna digestive biscuit.dah itu yg ada kan...hehe]
120 g melted butter
1.hancurkan biskut dgn blender
2.gaul dgn melted butter
3.tekan dlm loyang rapat2, pastu balut dgn plastic wrapper & simpan dlm fridge dulu smbil sediakan adunan kek....
tuk Simple Cheesecake
Bahan-bahan ( Loyang 18 cm ) [mama bedal pakai loyang yg ada, tatau apa size.hehe]
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream @ plain yogurt (aku gune plain yogurt..) [mama guna fresh cream]
2 sudu besar jus lemon(kalau tak mo masam sgt, letak 1 sudu je) [mama tak bubuh pun, sbb tu xberapa cun kott!!!next time, br nak bubuh lah]
3 sudu besar tepung gandum(kalau guna tepung naik sendiri, dia akan jadi gebu sikit) [mama pun guna self-raising flour]
2 biji telur
90g gula
Cara-cara
1.Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3.Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4.Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5.Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap. [mama tak masukkan dlm fridge pun sbb nak potong mlm tu jugak]

dan satu lagi faktor penyebab kenapa cheesecake mama comot.adalah sbb kek tu tak simpan dalam fridge. dan masa mama bubuh buttercream tuh, kek masih hangat.tu yg cair jek buttercream tuh.huhuhu
tapi, rasa mmg sedap.
cuma, kakak mama cakap, manis sikit.sbb mama bubuh byk topping blueberry filling tuh kot.huhu

Happy Birthday yg ke-9 Shaffiya Natasha Muhammad Nawi.
moga jadi anak yg baik & rajin-rajin belajar tau.
bkn belajar mekap jek.ekeke

Dan gara-gara kepenatan Sabtu tu, abes sakit pinggang dan segala sendi mama dan menyebabkan mama MC semalam.hahaha


 


love: mamazahra ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!