Thursday, 1 July 2010

Dulu Lain, Sekarang Lain

" Dulu lain..sekarang dah lain...
dulu bujang, sekarang dah kawen...
dulu lain, sekarang lain.."
wahhh, tetiba nyanyi lagu Dato' SM Salim pulak.
ekceli, takde mengena n3 ni dgn lagu tu.hikhik
mama bukan nak cerita pasal time bujang, dgn time dah kawen neh.
kawen pun dah nak masuk 4 tahun...hehehe



sebenarnya, mama nak cerita mengandung dulu, dan mengandung sekarang..
mengandungkan zahra, dan mengandungkan baby dalam pewot neh...
siyes memang lain...
apa yang lain?
[gambo cilok dari yahoosearch.takde gambar seniri]

 
time mengandungkan zahra

  1. Kuat : mama bleh bangun awal pagi tuk make sure, mama sampai kat stesen komuter klang/padang jawa kul 7pagi, pastu bleh plak jalan kaki, dari stesen Kg Dato Harun ke Bangunan commercedotcom (sebelah wisma bawal 1 & 2), time tu mama keje di MPH, HQ. boleh jek meredah hujan & banjir time jln kaki blek keje tuk ke stesen komuter. penah gak, mama berdiri dalam komuter dari Kg Dato Harun sampai Shah Alam walopon tgh sarat. Penah gak, shopping sakan, round satu mall tuk shopping raya walopon tgh tunggu masa tuk bersalin.

  2. Makan: mama bleh makan ape jek.takde mual or kembang tekak. mama suka minum teh tarik kurang manis, kuih wadeh, sayur lemak kuning & ikan keli. tgh2 malam pun, bleh ajak papa lepak kedai mamak tuk pekena mee goreng atau roti canai. [ tu badan naik smp 15kg.hikhik]

  3. Masak: mama bleh masak, apa pun mama larat nak masak.hujung minggu, mama akan masak tuk papa.takde mual or kembang tekak kalo bau nasi putih panas.

  4. Sihat: takde mual, pening atau payau tekak.sehat sejahtera jek.Alhamdulillah
time mengandung "baby" dlm pewot ni
  1. Lembik: tak larat nak buat ape benda pun.asek melepek 24jam.dah macam kain buwuk jek. kalo bleh takmo gi opis pun, nak berehat sepanjang masa.tapi, apakan daya, terpaksa gagahkan jua.hukhuk
  2. Makan: asek kembang tekak jek. kalo bleh, dalam mulut tak lepas asam.ngengada sgt tekak ni, asek loya dan mual jek.tapi, kemain teringin nak makan itu ini, bile dapat, sesuap dua jek tekak ni terima, yg selebihnya, direjek.sian kat papa dok tunaikan permintaan tekak mama yang mengada nak makan memacam, tapi bila papa dapatkan, sikit jek jamah.
  3. Masak: yang ni memang mama surrender.langsung tak bleh masak.cuma sekali-sekala jek boleh.itu pun, hanya menggoreng atau masak maggie.tp, tu pun maggie bujang kosong, tak bubuh bawang atau cili.cuma air & serbuk maggie.jangan haraplah nak buat pizza atau pasta atau cupcakes, nak buat pancakes pun malas.
  4. Tak Sihat: macam-macam penyakit ada.gatal-gatal sbb alahan lah, tak penah-penah tau jadik cenggini.selalunya, mama lah manusia yang tak alah pada makanan apa pun.ni, tak pasal2 kena alahan.dah tak pasal-pasal Doktor suruh kawal makan.huhuhu
  5. Malas: dan kali ni, ada extra sikit.mama jadik manusia paling pemalas kat dunia.sampai nak selimut sendiri pun, papa yang kena buat.kerja-kerja rumah cam membasuh baju & menyidai baju, mmg mama dah serah bulat-bulat kat papa.sian kat papa.tapi, nak buek camno?terpaksa.takde hati langsung nak buat pape.huhuhu

love: mamazahra ^__^

1 comment:

lily azliyana @ mama zara said...

Harap2 cptlah simptom2 tu pulih yek norly..letih gak klu hari2 terlepek mcm tuh..=)..moga bertmbah kuat n sihat smpai ke bulan2 terakhir..hee

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!